
Muslim couple in London
Bismillahirrahmaanirrahim
Menghormati keinginan dan hasrat kedua-duanya, ini adalah antara kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga yang dirasai oleh setiap pasangan suami isteri.
Wahai isteri hendaklah kamu bersifat menghormati dan menghargai keinginan, hasrat, dan hobi suami anda, janganlah kamu bersifat membantah setiap kesukaan dan keinginan suami mu.
Henry James menyebut : ” Ilmu yang mula-mula sekali patut dipelajari dalam ilmu muamalat sesama manusia ialah tidak menyanggahi setiap perbuatan yang disukai oleh si pelaku ” .
Setiap insan mempunyai keinginan, hobi dan kesukaan mereka yang tersendiri, adalah salah bagi kita menyanggahi setiap perbuatan yang disukainya, samada dengan kata-kata ataupun perbuatan selagi mana ia tidak menyalahi tatasusila hidup.
Isteri hendaklah tahu sifat lelaki, biasanya seorang lelaki akan mengambil masa untuk diluangkan bersama kawan-kawan mereka, ini adalah sifat biasa buat orang lelaki.
Kebiasaan lelaki akan mengambil waktu berenggang dengan isterinya untuk beberapa tempoh, mungkin bersama rakan-rakan atau bersendirian daripada rumah, jadi janganlah risau dengan sifat seperti ini.
Oleh itu isteri janganlah bersifat mengikat dengan soalan-soalan yang bertubi-tubi dalam setiap perbuatan suaminya, kemana nak pergi? bila nak balik? dengan siapa nak keluar? dll…cukuplah dengan berpada.
Isteri yang bijak tidak akan membiarkan suami merasakan yang dirinya dikongkong, setiap masa ingin bersama dirumah atau kemana sahaja.
Teringat pula ada PM tu selalu diekori isteri dia kemana sahaja, ishh…remaih aku nengok nye.
Wallahu Ta’ala A’lam