Bismillahirrahmaanirrahim
Kita adalah umat terbaik. Itulah yang disebut di dalam al Quran. Sebelum melangkah jauh saya ingin kita berfikir dengan fenomena-fenomena yang akan saya bawa ini :
1. Rukun Islam yang ketiga ialah menghormati ibu bapa
2. ” saya tak pernah mandi wajib, mandi wajib tu apa? “
3. ” Saya tak pernah buat jahat, tapi saya tak solat, bolehkan ustaz? “
4. Pelajar perempuan jual ice baby (dadah) dalam sekolah
5. Saya bebas nak buat apa cikgu tak ada hak menghalang saya
6. Al Quran tidak sempurna
7. Allah tak wujud
Ini adalah situasi saya bersama pelajar selama hampir 8 bulan mengajar. Letih, sedih, sakit hati, kecewa dengan kerosakan umat.
Adakah ini yang kita panggil sebaik-baik umat? Sedarlah selagi al Quran hanya dibaca untuk orang mati dan tidak digunakan segala isinya untuk yang hidup, selagi itulah umat ini dilaknat, dihina, dicerca, dipandang rendah.
Saya menyeru sahabat untuk sama-sama berjuang mendaulatkan Islam, kerana mendaulatkan Islam adalah tanggung jawab setiap muslim.
Wallahu ta’ala a’lam