Islam Dan Modenisme

Bismillahirrahmaanirrahim

Pendahuluan

Islam sebuah agama yang melengkapi setiap aspek kehidupan kita. Islam tidak seperti yang digambarkan barat sebagai golongan yang menolak kemodenan. Gambaran seperti ini sebenarnya merosakkan kredibiliti kajian barat ke atas bangsa timur khusus nya umat Islam.

Mereka dengan jelas dan mengakui ketamadunan Islam lebih dahulu menjangkaui ketamadunan mereka. Sesuatu yang normal dilakukan bagi mereka yang rasa terancam untuk merancang pelbagai strategi menjatuhkan sesiapa yang dianggap musuh mereka. Itulah perbuatan barat ketika menyeleweng pandangan umat manusia kepada Islam.

Ini menjadi cabaran kepada umat Islam untuk kembali membetulkan pandangan salah yang dilontarkan barat keatas Islam. Isu kemodenan bukanlah isu yang dipinggirkan oleh Islam tetapi bergerak seiring dengan isu-isu yang menjadi keutamaan di dalam Islam.

Istilah Modenisme

Harus diingat bahawa istilah modenisme seperti yang difahami barat adalah berbeza dengan definisi nya di dalam Islam. Seimbas lalu modenisme ini boleh lah dikatakan sebagai lawan kepada klasik. Klasik dalam pandangan barat adalah masa yang lampau, gereja, antik, fundamentalis, pemikiran tertutup dan yang sama waktu dengan nya.

Berbeza dengan Islam dalam mendefinisikan istilah modenisme. Islam dengan menggunakan ‘peranti’ nya iaitu ijtihad telah melakukan penerokaan di dalam semua bidang. Terus menuju kehadapan dalam mencapai kehidupan yang lebih moden dan selesa.

Hasil kefahaman yang salah mengenai istilah modenisme di kalangan sarjana Islam yang mengikut rentak barat telah mengakibatkan kecalaruan dalam berfikir seterus nya kebobrokan dalam tindakan. Inilah natijah yang dapat kita lihat di dunia Islam apabila ramai yang menjadi hamba kepada barat.

Kemunduran Islam

Dalam usaha kita mencapai kemodenan demi keselesaan hidup atas prinsip-prinsip Islam rupa nya adalah satu teori yang masih tidak ada pelaksanaan nya. Kita bisa lihat ke serata bumi umat Islam, kemiskinan, penyakit, kemunduran, ketirisan, keruntuhan moral dan banyak lagi seolah menggambarkan kita lah juara keburukan itu.

Ijtihad sebagai alat mencapai kemajuan sebenarnya sudah lama disekat fungsi nya. Ijtihad tidak sepenuhnya dimanipulasi sebagai alat mencapai kemajuan umat Islam malah lebih teruk menolak Islam sebagai cara mencapai kemajuan atas dasar kefahaman modenisme barat yang dianuti.

Golongan yang mengambil definisi barat secara tidak langsung akan menolak fungsi agama dalam mengejar kemajuan. Ketamadunan barat yang berdiri di atas asas memisahkan agama daripada kehidupan tidak boleh diserap ke dalam jiwa orang Islam. Buktinya walau berdekad lama nya kita mengambil solusi barat sebagai jalan mencapai kemajuan tetapi umat Islam tetap juga di takuk yang lama.

Bukan silap Islam umat ini terus mundur tetapi umat ini yang tidak cukup pengetahuan mengambil Islam sebagai agama. Lihat sahaja ilmu-ilmu sains yang dikuasai barat kemudian ditemui kebenaran nya di dalam al-Quran adalah hasil kajian barat.

Solusi

Bukan niat mengagungkan barat, tetapi menjelaskan hakikat kedudukan kita di dunia. Kita tidak berubah sehinggalah kita sendiri yang mengubahnya. Begitulah umat ini, kita harus bangkit dalam semua bidang. Kita tidak boleh terus dibelenggu dengan pemikiran yang menganggap Islam sebagai sebuah agama sepertimana agama-agama lain. Islam adalah manual kita hidup di dunia cuma sejauh mana kita mampu melaksanakan kehendak al-Quran.

Umat Islam tidak boleh lagi memegang al-Quran dan al-Hadith sebagai penentu diantara halal dan haram dalam setiap aspek kehidupan sahaja, tetapi al-Quran dan al-Hadith sebagai rujukan bagi sebuah binaan tamadun yang unggul. Kenapa kita tidak mampu mencapai seperti itu? Kerana kelemahan kita dalam menguasai ilmu dan bentuk pemikiran yang lebih dicorakkan atau tercorak dengan suasana yang sedia ada.

Kesimpulan

Istilah yang datang daripada barat hendaklah disaring, diselidik, dibanding kedudukan nya di sisi Islam sebelum dipopularkan. Seperti istilah Justice atau keadilan yang difahami barat adalah sama rata. Sedang di dalam Islam keadilan itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kekeliruan seperti ini menjadi kewajipan sarjana-sarjana untuk menjelaskan nya.

Setelah kefahaman yang jelas telah kita perolehi barulah pertembungan atau pun perselisihan mengenai nya mampu mengorak langkah kepada penyelesaian. Selagi masalah ini tidak dileraikan selagi itulah perbezaan di kalangan umat Islam menjadi polemik.

Seterus nya penguasaan umat Islam dalam semua bidang dan dihubung jalinkan dengan al-Quran dan al-Hadith harus dikuasai. Dengan terus menerus mengambil solusi luar menyebabkan kita tidak mempunyai identiti yang khusus. Sedang baginda sendiri menolak cadangan-cadangan panggilan sebagai telah masuk waktu solat dengan mengikut agama-agama lain. Umat Islam harus mempunyai identiti yang tulen.

Dasar permasalahan ialah bentuk pemikiran umat harus dibetulkan. Proses pembentukan pemikiran umat Islam melalui banyak peringkat. Antara yang terpenting adalah institusi pendidikan, disinilah pembentukan pemikiran manusia dibentuk. Secara tidak langsung ia berkaitan dengan politik pemerintahan. Itulah yang disebut oleh M.Umer Chapra sebagai penghalang perlaksanaan kebangkitan Islam.

Wallahu Ta’ala A’lam

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s