Perjuangan Melayu Raya

Pada masa ini, sosok seperti Dr Burhanuddin Helmi, Ibrahim Haji Yaakob dan Harum Muhammad Amin sudah tidak lagi dikenali, amat jarang nama-nama mereka di sebut-sebut, terutama yang pernah muda sekitar 70 an sehingga kini .

Apa tidaknya, kurikulum sejarah sejak merdekanya Tanah Melayu (sekarang Malaysia) melabelkan mereka sebagai pejuang aliran kiri, radikal dan agresif. Apa yang ditonjolkan adalaha United Malayan National Organization sebagai pejuang kemerdekaan tanah air.

Perjuangan tokoh-tokoh tersebut pada masa itu adalah mewujudkan sebuah Melayu Raya yang merangkumi Indonesia dan Malaysia. Mereka memahami gugusan kepulauan Melayu bukanlah hanya Malaysia sahaja, tetapi merangkumi kedua-dua negara ini.

Pihak barat sedar, golongan haluan yang dianggap kiri ini, akan merosakkan rancangan mereka menguasai selama-lamanya Tanah Melayu, dengan penyatuan kedua-dua negara Indonesia Malaysia sudah tentulah akan membentuk kekuatan yang bisa menghancurkan hegemoni barat di Tanah Melayu.

Kesemua gerakan-gerakan yang dilabel aliran kira telah diharamkan, pimpinan mereka didakwa menentang pemerintah, mereka ditangkap dan disumbat ke dalam penjara tanpa bicara.

Hari ini, pihak barat perlu mencipta konflik di antara kedua-dua negara ini supaya impian Melayu Raya terus kubur dalam lipatan sejarah. Kejayaan pertama adalah konflik yang timbul akibat MAPHALINDO yang dianggap Indonesia sebagai bentuk penjajahan baru. Akhirnya tercetuslah kempen Ganyang Malaysia.

Sudah tentu luka ini tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia kebanyakannya, luka ini bila-bila masa sahaja boleh kembali berdarah dengan mewujudkan konflik-konflik baru. Akhir-akhir ini ada usaha melukakan kembali parut lama.

Yang terbaru adalah masalah penciplakan budaya, segelintir rakyat Indonesia mengadakan bantahan di hadapan kedutaan Malaysia mengenai masalah ini, sehingga ada yang nekad membakar bendara Malaysia.

Penulis melihat perkara ini sudah tentu dimainkan oleh pihak-pihak yang cuba mengeruhkan hubungan antara kedua buah negara, tidak mustahil ia adalah mainan barat bagi menguburkan terus cita-cita pejuang Melayu Raya.

Mungkin kita terfikir apalah sangat dengan perjuang Melayu Raya ini, apa manfaat khususnya kepada umat Islam? Penulis meyakini perjuangan mereka sudah tentu memberi impak besar kepada umat Islam dan agama Islam seterusnya menggugah kekuasaan barat. Lihat sahaja bilangan umat Islam di kedua-dua buah negara ini.

Barat tidak akan melakukan sesuatu tanpa melihat adanya kepentingan bagi mereka, perkara ini sempat saya pelajari dari buku Falsafah Dunia yang ditulis oleh Ninian Smart khususnya falsafah individualism ataupun kini kapitalisme yang diamalkan mereka.

Perjuangan Melayu Raya ini mungkin akan muncul kembali, itupun jika masyarakat diantara kedua-dua buah negara mula memahami kepentingan penyatuan umat Islam, semuanya demi kelangsungan kedaulatan Islam.

Wallahu ta’ala A’lam

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s