Bismillahirrahmanirrahim dengan lafaz yang mulia saya mulakan.Hamba yang kerdil ini diberi nama Muhammad Faiz Mukmin Bin Abdul Mutalib.Dilahirkan tanggal 23 jun 1987 di Hospital Besar Kuala Terengganu. Mula mendapat pendidikan di PASTI sehingga berumur 5tahun, meneruskan pembelajaran di Darul Taqwa dari darjah satu sehingga darjah lima. Masih dapat menyambung pembelajaran dengan kudrat yang Allah pinjamkan pada diri ini di Maahad Darul Anuar,hampir tujuh tahun saya habiskan segala liku hidup disana.Berakhir dengan sijil SPM, sedikit kecewa kerana tidak dapat mengakhiri pembelajaran dengan sijil STAM,walaubagaimana pun itulah yang telah dinokhtahkan di luh mahfuz dan tiada apa yang dapat menghalang segala yang telah ditakdirkan. Tanggal 27 september 2005 adalah titik mula aku hidup sebagai seorang perantau di bumi Andalus,Morocco,hanya dengan satu niat menuntut ilmu Allah dan mendapat keredhaan nya. Mula belajar di Universiti Qurawiyyeen sesi 06/07 setelah bertukar dari Universiti Abdel Malek Es-Saadi Tetouan sesi 05/06 atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.Segala usaha yang akan dicurahkan dalam blog ini atas nama perjuangan mendaulatkan agama Allah dan mengembalikan kegemilangan tamadun Islam di muka bumi ini.Kesalahan dan kekurangan harap dibetulkan,kerana Hamba ini bukanlah insan yang sempurna.Wallahu Ta’ala A’lam.

Assalamualaikum…
>Komen saya di sini, saya memang tabik apa yang sedara berdua buat. Berinformasi dan terkini.
>Semoga lebih maju jaya di negeri orang.
>Jaga diri baik2 dan belajar sungguh2!!
Wassalamm..
Mekasih Kaah…good luck ur study
gambar macho, peribadi hebat! moga istiqamah..
Pomm!!!!!!!! meletup tayar kapal terbang hehehe…insyallah semoga terus istiqomah