Aung San Suu Kyi, Middle Finger On Your Face

Aung San Suu Kyi the fighter of democracy in Myanmar?

Aung San Suu Kyi pejuang demokrasi. This is a worse ever word i had hear it. Aung San Suu Kyi didn’t know what is democracy is.

Pengikut dan peminat Aung San Suu Kyi was manipulated for her survival politics. Menggunakan nama demokrasi bagi memancing penduduk Myanmar agar menyokong beliau dan menaikkan beliau sebagai pemimpin. Rakyat tertipu.

Democracy is nothing if you let the minority without life. Lihat apa yang terjadi kepada minoriti Rohingya. Aung San Suu Kyi didn’t open her mouth about Rohingya minority. This is what you say democracy fighter?

Shame on you Aung San Suu Kyi, all the followers of Aung San Suu Kyi,shame on you too.

Don’t ever speak about democracy Aung San Suu Kyi !!!

Boikot World Cup 2014

Bismillahirrahmaanirrahim

Sudah lima hari penulis boikot Piala Dunia 2014 Brazil. Tak tengok langsung perlawanan di Tivi walaupun sebelum ini sejak Piala Dunia 1998 di Perancis sehingga 2010 di Afrika Selatan penulis tidak pernah ketinggalan dalam kebanyakan perlawanan.

Kenapa boikot?

Brazil dengan penduduk yang ramai dan kebanyakan rakyat miskin, fasiliti seperti sekolah dan hospital yang tidak cukup menampung bilangan penduduk yang kian bertambah seharusnya kerajaan mereka bukan menganjurkan Piala Dunia tetapi membantu rakyat mereka untuk hidup yang lebih baik.

Malangnya, hampir separuh dari hasil negara dilaburkan untuk Piala Dunia. Angka yang besar itu lebih tepat dilaburkan untuk kehidupan rakyat yang kebanyakan susah.

Ada yang belajar di bawah jambatan, terpaksa menjadi pelacur malah menjual dadah, semua itu demi untuk terus hidup. Kerajaan Brazil ‘bernafsu’ menganjurkan Piala Dunia sedang rakyat mereka sebegitu hidupnya. Untuk apa? Populariti dan keuntungan yang hanya berlegar di kalangan orang kaya mereka sahaja, itulah yang dikejarkan.

Disitulah justifikasi kenapa Piala Dunia kali ini perlu diboikot. Tergamak kah kita ‘menikmati’ perlawanan sedangkan duit yang digunakan untuk mengadakan perlawanan sepatutnya menjadi milik rakyat Brazil yang kesusahan. Di mana letaknya sensitiviti kita? Di mana letaknya iman kita? Kalaulah kita ada sifat kesian belas pada haiwan yang dianiya kenapa tidak untuk rakyat Brazil, malah mereka itu manusia. Tepuk dada tanya iman.

Mereka Bukan Muslim?

Ada juga yang bertanyakan bukankah mereka itu bukan muslim? Benar, mereka bukan muslim, tapi itulah ajaran Islam, bukan sempit lingkungan orang muslim sahaja malah lebih melangkaui sempadan agama, bangsa dan negara. Berbuat baik kepada sesama manusia tidak kira siapa mereka, itulah tuntutan agama Islam.

Nabi diutuskan untuk rahmat sekalian alam, maka kita sebagai pencinta Nabi menjadi agen membawa rahmat tersebut. Tunjukkan yang mana umat Islam bersama-sama menolak kezaliman yang dilakukan pemerintah Brazil terhadap rakyat mereka yang susah.

Bukan Soal Halal atau Haram

Perkara ini bukan soal halal atau haram cuma, sejauhmana sensitiviti kita, rasa iman kita terhadap mereka yang ditindas. Bagi penulis, selemah-lemah iman kita boikotlah Piala Dunia kali ini dengan rasa bersalah menikmati perlawanan sedang rakyat dihimpit kemiskinan. Sepertimana kita boikot McDonald yang tidak haram tu tapi kerana sayangkan saudara kita di Palestin begitu juga di Brazil.

Lagipun Islam bukan sekadar soal halal atau haram, boleh atau tak boleh, Islam bukan sesempit itu. Islam meliputi seluruh kehidupan. Islam is away of life.

#Boycott World Cup Brazil

Wallahu ta’ala a’lam

Guru, Kenapa Dihormati?

16 Mei adalah sambutan hari guru setiap tahun di Malaysia. Di negara-negara lain ada tarikh nya tersendiri. Hari guru disambut sempena mengingati jasa guru yang tidak kira penat lelah mendidik anak bangsa. Dari seorang Raja, Perdana Menteri, Doktor dan sebagainya, mereka semua bermula dari ajaran seorang guru.

Namun negara dikejutkan di bulan di mana sambutan Hari Guru disambut, seorang pelajar tingkatan dua menumbuk gurunya sehingga pecah bibir dan darah berciciran keluar. Pelajar ini menumbuk gurunya ekoran tidak berpuasa hati apabila ditegur supaya tidak bising di surau.

Penulis berfikir, bagaimana pelajar ini boleh hilang adab sehingga sanggup menumbuk guru atau cikgunya sendiri. Apa nilaian pelajar ini pada seorang guru? Apakah pendidikan sekarang tidak mengajar pelajar beradab? Penulis sempat membaca artikel tentang pandangan Barat kepada seorang guru. Artikel ini sedikit sebanyak menjawab persolan di atas.

Apa nilaian seorang pelajar kepada seorang guru di Barat?

Di Barat guru hanya wasilah/ mekanisme/ platform/ alat yang memindahkan satu ilmu kepada seseorang. Guru dianggap alat. Seperti pokok tebu yang terpaksa melalui mesin tebu untuk mendapatkan air tebu. Guru seperti mesin tebu itu. Alat yang menjadi perantara satu tempat A ke tempat B.  Jika pandangan ini tertanam di dalam pemikiran pelajar, maka pelajar tidak akan menghormati guru kerana menganggap guru tidak lebih hanyalah perantara.

Guru Di Dalam Islam

Di dalam Islam, guru bukan sahaja memindahkan ilmu dari buku kepada pelajar tetapi guru dihormati kerana mereka juga menjalankan tugas mendidik/ mentarbiyyah/ membentuk pelajar menjadi manusia/ insan yang mampu membezakan apa itu baik dan apa itu buruk. Tugas yang diwarisi dari seorang nabi. Bukan guru itu perlu disanjung sepertimana nabi tetapi dek kerana tugas yang dipikul adalah tugas nabi, penghormatan kepada guru kerana tugas tersebut, kerana itu jika guru tidak menjalankan tugas mendidik tetapi sekadar mengajar pelajar berjaya dalam peperiksaan ia tak layak diberi penghormatan. Guru seperti ini tiada beza dengan guru di Barat. Maka guru dihormati kerana tugasnya itu adalah warisan para nabi.

Masalah Sistem?

Mungkin juga masalah sistem pendidikan sekarang. Pendidikan yang menekankan peperiksaan yang menentukan masa depan pelajar. Apa yang dimaksudkan dengan masa depan pelajar? Kerjaya. Kerjaya diertikan dengan masa depan. Pengertian inilah yang merosakkan pemikiran pelajar. Perkara ini pada penulis melahirkan pelajar yang hanya berjaya dalam pendidikan tetapi rosak dari adab nya. Sepatutnya pendidikan kearah membentuk pelajar sedar apa itu kebaikan apa itu keburukan yang mana mendorong mereka menilai kearah kebaikan seterusnya melahirkan tindakan-tindakan yang beradab.

Pendidikan

Pendidikan bagi penulis ialah menyediakan bekalan untuk pelajar bagaimana mereka harus menghadapi kehidupan sebenar atas dunia ini. Pendidikan seharusnya menyediakan ‘pancing’ sebagai alat untuk terus hidup, bukan dihidangkan ‘makanan’ untuk dimakan kemudian hilang punca bila makanan itu habis. Selain ‘mencipta’ mereka menjadi robot untuk pasaran kerja, mereka juga perlu dibekal alat untuk menghadapi kehidupan seterusnya.

“ Selamat Hari Guru “

Isu Pasangan Malaysia di Sweden

Tahun ini Malaysia digemparkan dengan penahanan pasangan suami-isteri oleh pihak penguatkuasa Sweden atas kesalahan memukul anak mereka.

Sweden terkenal dengan undang-undang yang tegas berkaitan penderaan kanak-kanak. Bukan sahaja anak-anak tidak boleh dipukul, menengking kepada anak adalah satu kesalahan disana.

Pada penulis, pasangan suami-isteri ini dan anak-anak mereka terlebih dahulu perlu tahu apakah perkara (khususnya yang berkaitan perundangan) yang tidak boleh dilakukan di sana. Ini bagi mengelak berlakunya kes penangkapan seperti ini. Kata pepatah Melayu ” Masuk kandang kambing mengembek “.

Satu kajian berasaskan undang-undang yang dilaksanakan ini, seorang pakar psikologi di sana mendapati, kajian beliau menunjukkan anak-anak di Sweden berperangai degil dan biadap. Menurut pakar ini lagi, sifat ini berpunca daripada rasa ‘kebal’ yang dimiliki mereka. Anak-anak ‘kebal’ kerana dilindungi undang-undang.

Keadaan ini dimanipulasi oleh anak-anak untuk tidak mendengar kata ibu-bapa mereka. Jika dipaksa dan ditengking mereka akan membuat laporan. Ibu-bapa sukar mendidik anak-anak mereka. Kesannya, lahirlah generasi anak muda yang degil dan biadap disana.

Hal yang sama penulis lihat mula dipraktikkan di Malaysia. Pelajar-pelajar di sekolah mula kebal daripada tindakan disiplin guru. Guru-guru tidak dibenarkan memberi hukuman yang boleh mendatangkan sakit ataupun tekanan kepada pelajar. Dek kerana itulah penulis lihat banyak laporan-laporan yang diadu oleh pihak ibu-bapa berkaitan tindakan disiplin guru keatas pelajar.

Penulis fikir, satu mekanisme terbaik perlu difikirkan dalam soal tindakan disipilin keatas para pelajar, khususnya di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Mengimport sistem disiplin Barat ke dalam sistem kita adalah tindakan yang patut didahului dengan kajian. Mengambilnya bulat-bulat dibimbangi akan lahir genarasi yang disebut tadi, degil dan biadap.

Satu aspek, pendidikan di negara kita dalam bab memberi hukuman kepada pelajar masih tidak beres. Ia nya memberi gambaran kedudukan mereka yang bertanggungjawab merangka dan menentukan polisi pendidikan seolah-olah tidak buat kerja. Harus diingat proses pendidikan senantiasa berubah dari zaman ke zaman yang lain, dari sinilah mereka yang bertanggungjawab harus mengkaji seterusnya merangka polisi yang terbaik yang perlu digunakan pada masa itu. Bukan mengimport dari negara luar (tidak salah cuma perlu diteliti sebelum diaplikasi).

Wallahu ta’ala a’lam.

 

Mengubah Budaya

Bismillahirrahmaanirrahim

Kenapa kemungkaran sukar dicegah? Jika ingin mencari sebab, banyak sebabnya. Apa yang boleh penulis simpulkan, salah satu sebab kemungkaran sukar dicegah kerana kemungkaran itu sudah menjadi budaya. Maksudnya, apabila kemungkaran sudah menjadi budaya maka ia dilihat bukan lagi kemungkaran.

Untuk lebih jelas. Contohnya, budaya couple di kalangan remaja. Ia adalah satu dosa kerana banyak perlakuan menghampiri zina ada di dalamnya. Pergaulan bebas, berdua-duaan, pendedahan aurat, melayan perasaan. Ini semua dosa yang sudah sinonim dengan budaya couple. Tetapi oleh kerana itu sudah diamalkan dan menjadi kebiasaan ramai orang tidak kira di peringkat mana atau di mana sahaja. Maka ia tidak nampak sebagai satu kesalahan lagi. Apabila ia menjadi budaya yang salah nampak betul.

Penulis pernah memberitahu kepada pelajar di dalam kelas yang, orang mati sebab denggi lebih ramai berbanding yang mati dibaham harimau. Begitulah perumpamaan orang yang melakukan dosa kecil dengan dosa besar. Si pelaku dosa besar mungkin tidak ramai tetapi, si pembuat dosa kecil sentiasa ada. Contohnya, percakapan “ bodoh la kau…” “ko ni sial la…” sudah menjadi alunan zikir di kalangan anak remaja sekarang samada yang bersekolah menengah biasa ataupun aliran tahfiz. Percakapan seperti itu sudah menjadi budaya dan sedikit pun tidak rasa berdosa. Hakikatnya, sikit-sikit lama jadi bukit. Sedar tak sedar dosa kita sama banyak dengan dosa orang yang melakukan dosa besar.

Sebut tentang budaya percakapan kotor, penulis teringat kisah yang baru sahaja berlaku di sekolah ini. Kisah seorang ibu yang hancur hatinya mengenangkan anaknya di sekolah ini. Kata ibu tersebut, anak nya di rumah seorang yang pemalu, sangat sopan dan tidak pernah dalam keluarga mereka mengeluarkan perkataan yang buruk apa lagi lucah. Namun, alangkah terkejut dan luluh hati si ibu apabila dia dapati mesej-mesej di dalam telefon bimbit anak nya itu penuh dengan kata-kata kesat. Si ibu ini hairan bagaimana seorang anak yang bersekolah di aliran tahfiz dan hidup dalam lingkungan keluarga yang tidak diajar dengan kata-kata kesat boleh berubah apabila bersekolah disini. Yang lebih mengecewakan kata-kata buruk itu dituturkan sesama pelajar perempuan.

Mungkin ramai yang menyalahkan ibu bapa tidak pandai mendidik anak bila anak itu buat salah. Namun kita harus sedar, ibubapa mana yang mahu melihat anaknya berkelakuan buruk. Ibu dan ayah akan usaha memastikan anaknya mendapat persekitaran yang terbaik agar tidak terpengaruh dengan budaya negetif, antaranya menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz walaupun terpaksa bekerja keras membayar yuran dengan harga yang mahal. Tapi, alangkah sedihnya jika aliran tahfiz tiada beza dengan sekolah biasa.

Bagaimana mengubah budaya ini?

Pada penulis, mengubah kemungkaran yang sudah menjadi budaya adalah dengan menanam nilai kepercayaan. Sepertimana berjaya nya orang melayu menanam kefahaman kepada anak-anak mereka betapa jijiknya memakan babi, begitulah juga usaha yang harus dilakukan dengan menanam kepercayaan dalam diri setiap kita betapa jijiknya percakapan kotor, kesat ataupun lucah. Usaha ini mungkin boleh dimulakan dari diri sendiri, bilik di asrama atau di kalangan kelompok usrah.

Cristiano Ronaldo Tanda Kiamat

Cristiano Ronaldo Tanda Kiamat

Oleh : Faiz Mukmin

Selepas mendengar perbualan anak murid tentang  penganugerahan pemain terbaik dunia yang jatuh kepada Cristiano Ronaldo, membuatkan hati ini sedikit teruja melihat bagaimana suasana anugerah tersebut. Menonton penyampaian anugerah Pemain Bolasepak Terbaik Dunia 2014 di Youtube membuatkan kepala penulis sedikit berfikir mengenai ucapan yang disampaikan CR.

Beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada rakan-rakan, keluarga, teman wanita dan anak lelaki beliau. Penulis memang tak hairan dengan budaya barat yang sudah mempunyai anak dalam masa yang sama pasangan mereka masih seorang teman bukan lagi isteri, cuma kali ini terlintas hadith ke-2 dalam Hadith 40 yang disusun Iman Nawawi selepas mendengar ucapan tersebut.

Antara yang disebut di dalam hadith tersebut adalah berkaitan tanda kiamat di mana akhir zaman nanti hamba perempuan akan melahirkan tuannya. Di kalangan ulama ada yang mentafsirkannya sebagai anak derhaka. Ada juga yang menyamakan suasana sekarang di mana ibu-ibu yang sibuk bekerja di bandar menghantar anak mereka ke kampung untuk dijaga oleh nenek mereka. Tugas yang sepatutnya dipikul oleh seorang ibu tetapi dibebankan kepada nenek yang mana ibu kepada si ibu tadi.

Melihat variasi tafsiran kepada perenggan hadith tersebut mambuatkan penulis juga terfikir mengenai kesesuaian hadith tersebut dengan zaman sekarang, memandangkan masa sekarang sudah tiada hamba. Antara yang terfikir ialah mengenai budaya barat yang tidak mengiktiraf ibu kepada anak mereka sebagai isteri tetapi sekadar teman hidup sedangkan anak yang dilahirkan dianggap sebagai anak mereka. Hal demikian tidak lebih seperti hukum hamba perempuan pada satu ketika dahulu. Hamba perempuan boleh ditiduri namun anak yang dikandung dan bakal lahir akan menjadi anak kandung kepada si tuan yang meniduri hamba tersebut. Si hamba tetap kekal dengan layanan sebagai hamba. Si anak lahir sebagai seorang yang merdeka. Tidakkah itu seperti hamba melahirkan tuannya?

Walaupun hamba secara istilah yang difahami dalam feqah sudah tidak lagi wujud namun kini ia kembali dengan bentuk yang berbeza tetapi tetap mengekalkan isi yang sama sepertimana dahulu. Contoh aspek layanan, teman wanita yang sepatutnya menjadi ibu kepada anak yang dilahirkan itu boleh ditinggalkan pada bila-bila masa memandangkan dia tiada hak sepertimana hak seorang isteri. Keadaan nya sama seperti hamba. Dan banyak lagi persamaan yang boleh dilihat.

Pada penulis, apa yang disebut Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu kini menjadi kenyataan. Budaya itu hanya tunggu menyinggahi bumi umat Islam. Masa yang akan menentukan bila kerana proses nya sedang berjalan, sama ada kita siap menghadapinya atau bakal hanyut dengan arus tersebut, wanauzubillahi min zalik.

Kestabilan atau demokrasi?

Bismillahirrahmaanirrahim

Kestabilan atau demokrasi? Persoalan ini timbul berkaitan kebangkitan rakyat di negara-negara Asia Barat seperti Tunisia, Libya, Mesir dan Syria. Persoalannya, apakah kestabilan lebih utama walaupun diperintah oleh regim yang tidak adil atau demokrasi lebih penting walaupun keadaan negara bakal mengundang kacau bilau.

German Marshall Fund of the United States cuba menyelesaikan permasalahan ini melalui geran kajian tahunan mereka. Respondan di pilih di kalangan penduduk Eropah dan Amerika. Pemilihan tersebut adalah bagi menilai perspektif mereka sebagai penduduk negara maju berkaitan permasalahan ini.

Menurut hasil kajian, 58% penduduk di eropah memilih demokrasi berbanding kestabilan. Di Amerika juga mencatatkan 47% memilih demokrasi. Keputusan ini memperlihatkan bagaimana penduduk eropah dan Amerika lebih memilih demokrasi (Terry Atlas, 2013).

Selebihnya yang memilih kestabilan khususnya di eropah adalah dari negara yang pernah terlibat dengan perang seperti Poland dan Romania namun, terdapat juga negara yang memilih demokrasi walaupun mereka pernah melalui pengalaman berperang seperti negara Jerman dan Austria.

Kesimpulannya, negara yang sudah stabil kebiasaan penduduknya akan memilih demokrasi buat negara mereka, hal ini bagi mengekalkan hak rakyat dan dari sudut kebajikan terjaga. Bagi negara yang mempunyai pengalaman berperang mereka dilihat agak serik untuk merasainya lagi lalu memilih mengekalkan kestabilan.

Rakyat di Malaysia mungkin mengalami dilema ini. Mereka dihantui dengan momokan setengah pihak yang pro-kerajaan bahawa negara akan huru-hara jika bertukar pemerintahan. Paradigma ini sebenarnya menghalang masyarakat untuk berubah kearah lebih baik. Faktor kurang celik politik juga antara penyebab rakyat Malaysia sukar membuat perubahan. Mereka lebih rela dipimpin oleh pemimpin rasuah daripada bertuka kepada pemimpin yang mereka anggap bakal menghancurkan negara.

Usaha mencelikkan rakyat tentang peri penting politik dan demokrasi perlu diperluaskan agar rakyat sedar tentang hak-hak mereka maka dengan itu tidak mudahlah golongan pemerintah melakukan sesuka hati keatas rakyat.

Wallahu ta’ala a’lam

Sumber :

Terry Atlas. (2013, September 18). Politics. Retrieved Disember 24, 2013, from bloomberg: http://go.bloomberg.com/political-capital/2013-09-18/u-s-split-over-stability-democracy-for-middle-east-europeans-pick-democracy/