Gajah Bukannya Keras Macam Batu

Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah segala pujian kepada Allah, selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW , para sahabat dan keluarga baginda sekaliannya.

Orang buta mengenal gajah

Orang buta 1 : sedang memegang belalai gajah “ gajah ni bentuknya panjang “.

Orang buta 2 : sedang memegang ekor gajah “ gajah ni berbulu “.

Orang buta 3 : sedang memegang gading gajah “ gajah ni keras macam batu”.

Ketiga-tiga orang buta ini mempunyai pentafsiran yang berbeza mengenai seekor gajah, setiap mereka hanya memegang sebahagian daripada gajah itu bukan keseluruhannya.

Islam yang kita mahu

Kita berpegang kepada Islam, kita mengimaninya, dan Islamlah jalan kita. Kita bukan golongan yang mengambil Islam hanya sebahagiannya, Islam itu syumul, kita mengambil keseluruhan Islam, tidak menambahnya dan tidak menguranginya. Ini Islam yang kita seru dan yang kita mahu.

Setengah golongan tersilap (mungkin juga sengaja) dalam menyeru kepada Islam, ada pihak yang mengajak bahawa Islam itu hanyalah ukhrawiah dan meninggalkan duniawiyyah, ada juga yang mengatakan Islam itu hanya dalam lingkungan ibadah seperti solat, zakat, puasa, dll. Soal pemerintahan, ekonomi, pembangunan, dan yang sama waktu dengan nya tidak ada kaitan dengan Islam.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Al Baqarah : 208

Islam tidak mengajar umatnya mengambil Islam hanya 50%, 30%, akan tetapi keseluruhannya, ayat di atas adalah “ayat perintah”, tidakkah ianya bermaksud wajib? Jangan memekakkan telinga dan membutakan mata.

Islam pada diri

Kebanyakan kita tersilap dalam mengamalkan Islam, lihat sahaja di bulan Ramadhan, solat berjemaah di masjid tidak pernah ditinggalkan, malah ditambah lagi dengan solat-solat sunat dan amalan lain, selesai sahaja bulan Ramadhan, kita kembali kepada akhlak yang lama. Begitu juga ketika melakukan haji, mungkin ada yang menganggap di tanah suci sahaja harus berkelakuan baik, luarnya tidak. Tidakkah kita terfikir Allah itu maha melihat dan maha mengetahui?.

Islam Itu Syumul

Apa yang terkandung di dalam Islam ialah saling melengkapi. Salah sama sekali jikalau kita hanya mengambil tasawwuf tanpa feqh, mengambil feqh tanpa hadith, dan sebagainya. Malah yang lebih menyedihkan ada golongan yang taksub mengambil sebahagian daripada Islam dan membidaah hatta mengharamkan yang lain.

Kita menyeru kepada Islam yang syumul, mengambil keseluruhan kerana ianya saling melengkapi, kita tidak menguranginya dan tidak menambahinya.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.

Al Maa’idah : 3

Wallahu Ta’ala A’lam

Rujukan : Al Islam Kama Nu’minu Bihi Dhowabith wa Malamih oleh Dr Yusuf Al Qardhawi. Cetakan kedua, Januari 2006. Nahdhah Mesir.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s