Nilai Sebuah Peperiksaan

Bismillahirrahmaanirrahim

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW,para ahlu bait dan para sahabat sekaliannya.

Saya pernah baca satu blog, blog ini kepunyaan bekas pelajar Morocco. Katanya bila tiba musim peperiksaan mereka semua akan berubah, berubah macam mana?

Mereka akan jadi baik, sentiasa dekat pada Allah SWT, membuat amal kebaikan, bersedekah dan lain-lain lagi, mereka lakukan begitu kerana peperiksaan, mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah SWT. Mereka namakan “musim menipu tuhan”.

Mungkin selepas peperiksaan ataupun memperolehi result, amal kebaikan yang dilakukan sebelum ini sudah tidak diamalkan, jika sebelum ini sentiasa qiamullai, sekarang subuh pun dah gajah, mungkin sebab itu mereka namakan “musim menipu tuhan”.

Perkara ini dialami oleh kami juga, mungkin dialami oleh orang lain samada dulu sekarang dan akan datang, ianya akan dialami dan dilalui oleh kebanyakan penuntut ilmu. Cuma bagi saya, musim peperiksaan ialah musim latihan, latihan kesabaran dan latihan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Latihan Kesabaran

Bila tiba musim peperiksaan, kita tidak boleh lagi seperti hari-hari biasa, kita harus menumpukan pada peperiksaan yang bakal dihadapi, mungkin kita akan mengatur jadual, dan menghafal pelajaran yang mana perlu dihafal.

Kita harus bersabar sepanjang musim peperiksaan sehingga tamat musimnya, bersabar dari terlalu asyik menonton tivi, bersabar daripada asyik melayari internet, dan perkara-perkara yang menjadi kebiasaan kita sebelum ini, supaya dengan usaha yang kita lakukan dapat memperolehi kejayaan.

Latihan Mendekatkan diri kepada Allah SWT

Jikalau hari-hari biasa kita langsung tidak berjemaah di masjid, tetapi di musim peperiksaan kita mampu untuk istiqamah berjemaaah di masjid, ianya satu kemampuan yang ada pada diri kita, pun begitu unsur yang memungkinkan kita mampu melakukan sedemikian ialah ‘ujian’, setiap manusia apabila ditimpa musibah, masalah dan ujian ke atasnya, maka dengan sendirinya (fitrahnya) akan mengingati tuhan dan mengharapakan bantuanNya.

Ujian-ujian yang Allah SWT berikan ini sebenarnya sebagai pengukur iman kita, adakah kita dari hambaNya yang bersabar ataupun tidak.

Saya mempunyai pandangan positif pada peperiksaan, musim peperiksaan bukan musim menipu tuhan, jika!!!…kita mampu terus istaqamah melakukan amal-amal baik yang dilakukan di musim peperiksaan pada waktu-waktu lain. Saya melihat betapa pentingnya musim peperiksaan sebagai latihan mendekatkan diri kepada Allah SWT untuk diamalkam berterusan.

Kesimpulan

Jika tidak ada ujian, mungkin kita akan sentiasa dalam suasana selesa yang bisa melalaikan kita dengan Allah SWT, oleh itu pentingnya didatangkan ujian kepada kita supaya wujud masa untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan berterusan amalan yang dilakukan itu di waktu-waktu lain.

Semuanya bergantung atas diri masing-masing, walaupun didatangkan malaikat dari langit sekalipun memberi nasihat, yang menentukannya ialah diri sendiri.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Nilai Sebuah Peperiksaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s