Perjuangan Dan Pelajar ep 1

Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat ikutan dan pesuruhNya nabi Muhammad SAW, para sahabat baginda dan ahlu baitnya.

Jika kita menyoroti sejarah, kita akan dapati pelbagai kewujudan kaum yang pernah wujud di muka bumi ini. Di dalam Al Quran sendiri banyak menyebut kaum-kaum terdahulu seperti kaum thamud, kaum ad dan banyak lagi, kebanyakan kaum-kaum ini sudah tidak wujud lagi.

Adakah kaum-kaum terdahulu itu benar-benar terhapus? Apa yang sepatutnya kita fahami dari keterhapusan mereka ialah,terhapusnya tamadun kaum tersebut, bukan keturunan kaum tersebut. Itulah yang dimaksudkan dengan terhapusnya satu-satu kaum.

Baiklah saya datangkan satu contoh, kaum qibti di Mesir, dulu mereka di kenali sebagai kaum yang hebat, tamadun mereka menjangkaui masa, akan tetapi sehingga ke harini,masihkah lagi kita mendengar tentang kewujudan kaum mereka? Mereka lenyap, yang lenyap adalah tamadun mereka, bukan zuriat-zuriat mereka, kerana keturunan darah daging mereka masih lagi wujud, yang hilang ialah tamadun, dengan itu mereka tidak dikenali.

Point penting yang ingin saya bawa disini ialah pentingnya sesebuah kaum mempunyai kesinambungan tamadun agar ianya tidak luput dan hilang begitu sahaja. Sesuatu kaum akan lenyap jika tidak ada kesinambungan tamadun.

Begitu Juga Umat Islam

Umat Islam, kita adalah umat akhir zaman, kita diutus oleh Allah SWT seorang rasul penutup semua rasul-rasul, tidak akan ada rasul selepas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW cukup lengkap, dari pegangan (akidah), akhlak, muamalat dan sebagainya, ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW disambung oleh para sahabat kemudian tabiin, tabi’ tabiin, dan berterusan sehingga ke hari ini.

Setiap zaman kita mempunyai mujaddid, kita mempunyai pejuang-pejuang yang meneruskan perjuangan Rasulullah SAW, begitulah kelangsungan Islam diteruskan, pun begitu, perjuangan menegakkan panji-panji Islam tidak mudah yang disangka, ianya penuh dengan onak dan duri.

Musuh-musuh Islam tidak akan berhenti memusuhi Islam, dendam kesumat dalam diri mereka tidak pernah pudar apatah lagi padam.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk “. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Al Baqarah -120

Mereka akan menggunakan apa cara sekalipun untuk menghapuskan umat Islam, mereka pernah cuba cara penghapusan etnik seperti di Bosnia, mereka pernah menghalau umat Islam seperti di Andalus dan menjajah tanah-tanah umat Islam dsb, walaupun begitu sehingga ke harini umat Islam tidak pernah lenyap dari muka bumi ini.

Cuma hakikat yang berlaku pada umat kini ialah ‘kepupusan’. Bukan kepupusan dari sudut ‘kuantiti’ tetapi ‘kualiti’. Musuh Islam sedar mereka tidak mampu untuk melenyapkan umat Islam secara total, oleh itu kaedah pengahapusan umat secara kualiti dilaksanakan.

Bersambung di artikel akan datang, yang mana akan menceritakan bagaimana penghapusan ‘kualiti’ yang dilakukan oleh kerajaan Thailand kepada umat Islam disana dan peranan pelajar dalam perjuangan, insyAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s