Perjuangan Dan Pelajar ep 2

Sambungan dari episod 1 ” Perjuangan Dan Pelajar ”

Teringat perbualan antara kami dan Al Fadhil Ust Rahim, pelajar Thailand yang sedang menyiapkan PhD nya di Tetouan, beliau berasal dari Yala selatan Thailand. Kata beliau bagaimana cara kerajaan Thailand ingin menghapuskan identity mereka (umat Islam selatan Thai) di sana.

Antaranya ialah menghapuskan sistem pembelajaran pondok, mewajibkan silibus daripada kerajaan Thailand dan menawarkan pekerjaan-pekerjaan khusus untuk umat Islam disana, tujuan mereka ialah untuk melupakan dan melalaikan umat disana dengan agama Islam, dan juga tujuan politik.

Mujurlah mereka masih sedar dan tidak lalai dengan apa yang dibawa oleh kerajaan Thailand. Dari kesedaran yang ada itulah, wujud di kalangan mereka yang berjuang meneruskan kelangsungan agama Islam disana. Anak-anak disana lima hari belajar di sekolah kerajaan dengan silibus dan bahasa 100% dalam bahasa thai, pun begitu, di hujung minggu anak-anak mereka akan diajar agama dari kitab-kitab jawi, supaya umat ini tidak lenyap begitu sahaja.

Ini antara cara dari cara-cara yang digunakan musuh Islam untuk menghapuskan umat ini (seperti juga dinegara kita,mereka menghapuskan tulisan jawi dan mewujudkan pembawakan Islam yang mengelirukan), bukan dengan mengurangkan kuantiti umat ini, tetapi menghapuskannya dengan kualiti, syaksiah diri, dan mengoyahkan akidah, kerana dengan cara ini umat Islam sendiri beransur-ansur mengkafirkan dirinya sendiri dengan bersifat dan akhlak orang kafir malah lebih teruk dari itu.

Peranan pelajar

Apakah peranan kita? Ya! Kita mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam meneruskan kelangsungan Ad din ini. Peranan kita berjuang mempertahankan agama ini dari dihapuskan oleh tangan-tangan mereka yang membenci agama Allah SWT, dan juga menyedarkan masyarakat akan pentingannya mempertahankan agama ini dari dihapuskan, kerana kita pelajar, pelajar adalah orang yang terpelajar, orang terpelajar wajib menyampaikan ilmunya.

Oleh itu setiap pelajar hendaklah mempertahankan nilai Islam yang wujud pada syakhsiah dirinya, tuntutlah ilmu sebagai senjata menghadapi musuh, dengan ilmu kita dapat menangkis serangan musuh, kerana kitalah yang akan menyambung perjuangan ini insyAllah ta’ala.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s