Jom! Jadi Bijak

Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW, para sahabat dan ahli keluarga baginda sekaliannya.

Lama pula menyepi dari menulis, mungkin idea tak datang, mungkin juga diri ini terlalu sibuk atau kacau jiwa melihat suasana politik Malaysia sekarang ini, Ya Allah Kau lindungilah kami di bawah naungan Mu.

Dalam kehidupan ini kita tidak lari daripada bergaul dengan spesis yang bernama orang, macam-macam ragam, macam-macam perangai, ada baik ada buruknya, itu lumrah hidup.

Cuma bagaimana kita menghadapi dan melayari kehidupan ini? Ada orang hanya mengikut rentak kebanyakan orang, tiada bezanya antara dia dan orang-orang lain, mungkin ada betulnya mungkin juga ada salahnya, cuma dia tidak kelihatan hero (pelik).

Tetapi bagi orang yang bijak, dia tidak mengikut kesemua yang ada pada orang kebanyakan, jika rentaknya sama, dia juga akan perolehi hasil yang sama dengan orang kebanyakan. Dia harus berbeza.

Antara situasi-situasi yang wujud…

Semua yang bersama nya menonton tivi dan berseronok-seronok, tetapi dia sibuk menelaah pelajaran dan menghafal. ” eh! Meon, lama lagilah exam, lepak la dulu…”. Si Meon terus membaca tanpa menghiraukan temannya itu.

Semua orang di sisinya hisap rokok, perlukah juga dia hisap rokok? ” ko tak boleh campur kami, budak lagi, tak hisap rokok “. Berlalu si Ali dengan perasaan yang agak sedih.

Semua yang ada disisinya tidak menutup aurat, “ko pergi duduk masjid je lah, malu kami ada kawan macam ko ni” Seorang muslimah dihalau kerana dianggap pelik dengan jubah dan tudung labuhnya.

Begitulah dunia sekarang menilai orang bijak.

Kenapa Mereka Bijak?

Orang bijak dia tahu apa yang menguntungkan dirinya pada masa akan datang, dia bukan setakat berfikir kehidupan sekarang, tetapi juga apa yang boleh membawa keuntungannya di masa hadapan.

Si Meon bijak kerana memikirkan examnya, bersusah dahulu supaya saat peperiksaan nanti lebih mudah dan ringan .Si Ali tadi bijak kerana tidak merokok, kerana dia memikirkan tentang kemudaratan yang akan diperolehi nanti, muslimah tadi bijak tidak mengikut kawan-kawannya itu, kerana dia tahu di hari itu Allah SWT akan murka pada nya.

Kita perlu jadi orang bijak dalam hidup ini, jangan ikut rentak orang dengan pegangan, sifat, perangai mereka, yang boleh merugikan kita.

Bagaimana Mahu Jadi Bijak?

Gunakanlah akal yang Allah SWT kurniakan kepada kita ini, berfikir tentang masa depan kita, adakah sesuatu itu menguntungkan kita atau tidak, samada urusan dunia dan terlebih awla urusan akhirat, kerana keduanya berkaitan.

Dan ingatlah, selagi kita berpegang dengan al Quran dan sunnah rasulNya, kita adalah orang yang bijak.

Penutup

Gunakan akal dalam menilai sesuatu perkara, adakah ianya memberi keuntungan di dunia jua di akhirat dan jangan mengikut kehidupan orang kebanyakan, kerana kebanyakan mereka silap, tidak perlu malu untuk jadi pelik (asing) pada mata orang, malulah dengan kepelikan kita pada agama.

Islam bermula dengan asing, akan kembali asing seperti mana dia bermula, berbahagialah orang-orang asing

Riwayat Muslim

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s