Bila Kita Rasa Berkuasa

Saya Perlukan Nasihat

Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah setinggi kesyukuran, selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat sekaliannya.

Selepas final exam sem 4, kami kerap bermain bola, kadang-kadang hampir tiap-tiap hari. Pada satu petang, kami agak lewat ke padang di kuliah, satu padang sudah dipenuhi pelajar kuliah dan satu lagi dipenuhi budak-budak (mungkin budak-budak sekolah rendah).

Kami memikirkan cara untuk dapatkan padang, pilihan kami sudah tentu padang yang digunakan oleh budak-budak. Kami bermula dengan memasuki padang secara beramai-ramai dan berlakulah pertelingkahan mulut antara kami.

Ini kuliah kami, jadi kami berhak bermain di sini, kamu semua orang luar, tak boleh main di sini “, antara hujah kami. ” Tapi kami datang awal, lagipun padang ini untuk umum “, balas budak-budak itu.

Setelah agak lama bertelingkah, salah seorang di antara budak-budak tadi bersuara, ” kenapa kamu tak rampas padang sana?, kamu takut sebab mereka besar?, kami kecil kamu beranilah“.

(Pertelingkahan itu agak panjang, walaupun pada logiknya hujah berpihak pada kami, tetapi agak tidak adil untuk mereka).

Kami akhirnya mengaku kalah, natijahnya tidak dapat padang itu, tapi satu pengajaran dapat aku perolehi pada petang itu, kami bersalah kerana telah menggunakan ‘kuasa’ hak pelajar di universiti untuk merampas padang malah tindakan kami juga lebih kepada menindas golongan yang lemah dan tidak menghiraukan perasaan mereka demi memenuhi kehendak serakah kami.

Tindakan kami ini tidak ubah seperti sebuah ‘kerajaan itu’ yang menggunakan kuasanya merampas tanah-tanah yang telah dibahagikan pada zaman ‘pembangkang’ memerintah, demi kepentingan politik mereka walaupun menggunakan akta-akta rekaan manusia.

Kami merampas padang dari budak-budak kecil demi memuaskan nafsu serakah, kerajaan pula merampas tanah rakyat yang lemah demi kepentingan politik mereka, jadi apa beza di antara kami? kami sama-sama menindas golongan yang lemah. Ya Allah Kau ampunilah dosa kami.

Mujurlah ada teguran dan nasihat menyedarkan kami, kami agak lalai bila rasa berkuasa, dan mula tidak menghiraukan perasaan orang lain demi kepentingan diri. Bagaimana pula mereka yang sombong dan tidak mahu menerima peringatan setelah ianya datang kepada mereka?

Dari kisah ini point penting yang dapat kita titik beratkan ialah, berhajatnya kita pada teguran dan nasihat, supaya kita tidak terus lalai dan alpa, kalau dari masalah sekecil merebut padang sudah rasa berkuasa, apatah lagi masalah pemerintahan, sudah tentu lebih besar hajatnya kepada nasihat, teguran dll.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s