Hukum Menjatuhkan Pemimpin Ep.1

BERSAMA WAK KANG

HUKUM MENJATUHKAN PEMIMPIN SECARA LEMBUT DAN KEKERASAN

Pada keluaran kali ini (keluaran majalah al-Qalam) kita akan membincangkan satu perkara yang penting iaitu hukum menjatuhkan pemimpin samada secara lembut dan kekerasan dari segi syarak.

Di sisi ulama silam, mereka menggariskan beberapa perkara yang mengharuskan pemecatan seorang Khalifah atau pemerintah, antaranya boleh disimpulkan seperti berikut :-

  • 1. Perletakan jawatan oleh khalifah tersebut
  • 2. Murtad dari Islam
  • 3. Hilang akal
  • 4. Menjadi tahanan musuh
  • 5. Tidak mampu menggalas tugas sebagai pemimipin
  • 6. Rosaknya sifat adil pemimpin tersebut kerana melakukan kefasiqan yang nyata ataupun zalim kepada rakyat.

Oleh kerana setiap syarat ini mempunyai perbahasan yang panjang, maka saya tumpukan pada syarat yang keenam iaitu syarat adil di dalam pemilihan khalifah dan juga berterusannya jawatan tersebut pada seseorang pemimpin selagi mana dia memiliki sifat adil tersebut. Antara ulama yang mensyaratkan berkekalan sifat adil tadi bagi kekalnya seseorag itu sebagai pemimpin dan boleh memecatnya jika hilang sifat adil :-

1. Imam Mawardi di dalam al-Ahkam as-Sultaniah : Adapun jarah(kecederaan) pada keadilan seorang Imam maka ianya ada dua jenis : pertama kerana mengikut hawa nafsu dan kedua kerana syubhah. Adapun yang pertama adalah berkaitan dengan perbuatan, iaitu melakukan perkara yang dilarang dan mungkar kerana mengikut hawa nafsu. Maka ini adalah fasiq terhalang dari menjadi Imam dan kekalnya sebagai Imam…ms 28.

2. Imam Ibn Hazm al Andalusi di dalam Al Fasi fil Milal wal ahwa wa nihal : Jika berlaku kezaliman walaupun sedikit dari seorang Imam hendaklah diperingatkan dan dihalang, dan jika kembali kepada kebenaran…maka tidak boleh memecatnya. Tetapi jika Imam itu tidak mahu melaksanakan sesuatu pun dari kewajipan ini dan tidak insaf, maka wajib memecatnya dan digantikan oleh orang lain sebagai Imam…ms 16

3. Ibn Abdul Jabbar dari Muktazilah di dalam al-Mughni: Demikian berkata golongan Muktazilah pada memecat Imam kerana fasiq dan zalim dengan perantara wakil kepada rakyat…ms 17

Sekarang mari kita lihat pula perbezaan ulama di dalam mengharuskan pemecatan Imam dengan cara pemberontakan bersenjata yang boleh saya bahagikan kepada 3 golongan :-

1. Golongan yang tidak mengharuskan keluar menentang Imam dengan bersenjata dan bersabar pada mentaati Imam yang zalim lebih utama berbanding menentangnya. Ini adalah pendapat Rafidah dari Syiah, dan sebahagian ahli sunnah dan pendapat yang masyhur dari Imam Ahmad. ( Sila lihat Maqalat Islamiyyin oleh  Abu Hassan Asyari dan Nailul Authar oleh Imam Syaukani. Mereka berpegang dengan beberapa hadis seperti:-

” Sesiapa yang melihat dari pemimpinnya yang sesuatu yang tidak disukainya maka hendaklah ia bersabar. Maka sesiapa yang bercerai dari jemaah walau sejengkal maka dia akan mati sebagi jahiliyah “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

” Akan berlaku pemimpin yang kamu kenal dan kamu ingkarinya, sesiapa yang membencinya akan terlepas, sesiapa yang ingkarinya akan selamat, dan sesiapa yang meredhainya maka baiah lah pemimpin tersebut. Maka bertanya sahabat : Apakah kami tidak boleh memeranginya? Bersabda nabi: Tidak, selagi mana mereka bersembahyang”. ( Riwayat Muslim)

2. Golongan yang berpendapat harus memerangi Imam fasiq. Maka dia boleh memilih untuk keluar ataupun bersabar sahaja. Ini pendapat yang dipegang oleh Imam Haramain yang berpendapat apabila Imam itu zalim dan menzahirkan kezalimannya maka bagi ahli al hilli wal aqdi bersepakat untuk menggugurkannya walau dengan kekerasan bersenjata dan peperangan. Ini jugalah pendapat Imam Nawawi tetapi beliau mensyaratkan pemecatan dengan kekerasan ini tidak membawa fitnah atau menyebabkan kerosakan yang lebih besar dari kezaliman Imam tersebut. (Rujuk Syarah Muslim oleh Imam Nawawi).

3. Golongan yang berpendapat wajib keluar iaitu pendapat Khawarij, Muktzilah, dan sebahagian ahli sunnah. Mereka berpendapat sekiranya Imam yang fasiq dan zalim tidak dapat dipecat dengan aman, maka wajib dipecat dengan kekuatan dan pemberontakan jika keadaan memerlukannya. Dalil mereka :-

Firman Allah Taala ” tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah “.

Surah al- Hujurat ayat 9

Hadis ” Sesungguhnya manusia apabila melihat penzalim dan tidak menghalangnya, hampir-hampir Allah meratakan azab kepada mereka semua”. (Hadis sahih riwayat Abu Daud).

Bersambung…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s