Hukum Menjatuhkan Pemimpin Ep.2

Sambungan dari episod 1…

Kesimpulan Pendapat

Apabila dilihat pada hadis-hadis yang dibentangkan tadi, kelihatannya seperti bertentangan antara satu sama lain iaitu terutamanya antara hadis-hadis yang melarang memerangi pemimpin yang zalim sebaiknya hendaklah bersabar dan hadis-hadis yang kelihatan mewajibkan menjatuhkan pemimpin yang zalim walau dengan cara kekerasan. Di sini ingin dikemukakan pendapat Ibn Hazm di dalam Al Fasl :- Jika sahih hadis-hadis yang menyuruh bersabar, dan hadis-hadis yang mewajibkan memerangi pemimpin zalim, maka hendaklah dicari jalan keluar…Maka sahlah salah satunya Nasikh bagi yang lain. Maka wajib melihat mana satu hadis yang nasikh. Maka kita dapati hadis-hadis larangan dari berperang adalah bersesuaian sebagai asal. Dan demikianlah keadaan permulaan Islam tanpa syak lagi. Manakala hadis yang lain adalah syariat tambahan iaitu disyariatkan berperang. Ini Juga tidak syak lagi.

Hasil dari pendapat Ibn Hazm ini kita dapat simpulkan bahawa hadis-hadis yang kelihatan bertentangan ini sebenranya adalah menerangkan peringkat-peringkat yang wajib diikuti dan tujuan sebalik larangan atau suruhan tersebut. ( Iaitu samada bersabar atau berperang).

Jika kita perhatikan hadis yang masyhur sekali dalam bab mencegah kemungkaran iaitu (Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah mencegah dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lidahnya, dan jika tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman) Riwayat Muslim.

Maka hadis-hadis yang mewajibkan memerangi pemimpin zalim adalah menerangkan peringkat pertama iaitu mencegah dengan tangan. Iaitu dengan kekuatan dan kekerasan jika pemimpin tersebut enggan mendengar nasihat. Tetapi dengan syarat dipastikan kemampuan untuk menang dan mampu melakukan perubahan tadi tanpa kerosakan atau kemusnahan besar. Jika tidak dapat memenuhi syarat ini bahkan mungkin membawa perpecahan ummah tanpa ada sebarang kesan pada kemungkaran maka di sini sudah tidak termasuk dalam kemampuan.

Pada ketika ini, rakyat hendaklah bersabar dan bertahan dari menentang dengan kekerasan kepada peringkat kedua iaitu dengan lidah dengan memberi peringatan kepada rakyat dan melakukan persediaan sehingga benar-benar bersedia.

Maka dapat difahami di sini bahawa hadis-hadis menyuruh bersabar adalah pada ketika tiada kemampuan atau hal darurat dan bimbang berlaku fitnah yang lagi besar. Manakala hadis-hadis yang menyuruh memecat imam walau dengan kekerasan adalah pada ketika ada kemampuan. Kemampuan di sini dapat ditafsirkan sebagai kekuatan ummah, kekuatan kuasa ataupun undang-undang.

Pada hakikat ulama salaf telah berijmak wajib menentang kemungkaran dan mencegahnya, dan majoriti mereka berpendapat wajib keluar menentang Imam yang zalim. Contohnya sebagaimana keluarnya Saidina Hussain bin Ali, Abdullah bin Zubir dan sebahagian sahabat di Madinah menentang Yazid bin Muawiyah di dalam peperangan al-Hurrah yang telah mengorbankan beribu-ribu sahabat. Manakala sebahagian sahabat tidak keluar menentang Imam yang zalim bukan kerana mereka berpendapat bahawa sah kepimpinan mereka bahkan adalah kerana ketidak mampuan mereka untuk keluar samada dari segi ketenteraan dan kekuatan.

Di sini dapat difahami bahawa sebahagian ulama yang tidak membenarkan menjatuhkan pemimpin yang zalim dengan kekerasan adalah kerana dibimbangi berlaku fitnah yang lebih besar lagi terutamanya pada zaman dahulu yang tiada disebut di dalam undang-undang mengenai mekanisme pemecatan pemimpin.

Tetapi pada zaman sekarang mungkin kita tidak berapa perlu lagi kepada perbahasan pemecatan secara kekerasan. Hakikatnya pemecatan pemimpin yang zalim dan pecah amanah kini boleh dilakukan dengan cara yang aman sekali di kebanyakan negara terutamanya di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Pasti ada disebut di dalam perlembagaan masing-masing mengenai sebab-sebab yang boleh membawa pemecatan seseorang ketua negara dan mekanisme pemecatan tersebut samada melalui undian tidak percaya di parlimen, referendum rakyat, pilihanraya umum, mahkamah agung dan lain-lain. Dan tidak syak lagi bahawa cara-cara ini besar kemungkinan tidak membawa kepada fitnah.

Rujukan :

1. كتب حديثية

2. مقالات الإسلاميين لأبي الحسن الأشعري

3. الأحكام السلطانية للموردي

4. الفصل للملل والأهواء والنحل لابن حزم

5. شرح مسلم للنووي

6. نيل الأوطار للشوكاني

7.الدولة الإسلامية بين التراث والمعاصرة للتوفيق الواعي

p/s : Wak Kang ialah nama panel yang digunakan penulis di dalam majalah al-Qalam. Beliau adalah bekas penasihat Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (pmmm).

Advertisements

One thought on “Hukum Menjatuhkan Pemimpin Ep.2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s