Robin Hood

Bismillahirrahmaanirrahim

Setinggi kesyukuran kepada Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW, para  sahabat baginda dan ahlu bait sekaliannya.

Agak lama tidak mendengar dan menonton cerita Robin Hood, dulu masa kecik-kecik suka la juga tengok, biasalah fitrah budak-budak, lagipun dari ceritanya Robin Hood membawa watak seorang hero, macam Ultraman, Batman dll.

Robin Hood, dianggap hero bagi rakyat, mencuri harta-harta orang kaya dan mengagihkannya pada fakir miskin, adakah cara Robin Hood ini betul?

إن الله طيب لا يقبل إلا طيبا

Sesungguhnya Allah suka kebaikan, tidak menerima sesuatu melainkan ianya baik

( Riwayat Muslim )

Walaupun niat dan tujuan Robin Hood baik, tetapi cara dan kaedah yang digunakan kotor, kerana dia mencuri, niat yang baik tetapi dicemari dengan perbuatan yang kotor, maka ianya tidak diterima.

Perkara seperti ini bukan terhenti pada zaman itu (zaman Robin Hood) sahaja,  malah makin berkembang cara dan manhajnya, jika dulu Robin Hood hanya mencuri, Robin Hood sekarang lebih hebat dan pelbagai caranya.

Ada orang yang naik haji, niatnya baik, ingin mendapat haji yang mabrur, tetapi duit yang diperolehi adalah hasil tikam nombor, tikam nombor tu pun dah salah, macam mana nak dapat haji mabrur?

Ada orang ambil exam, niatnya nak lulus dan berjaya, pulang bisa membantu masyarakat dan menyampaikan dakwah, tetapi di dewan peperiksaan ada azimat yang dibawa bersama, mungkin dia akan lulus dalam exam, tetapi tiada keberkatan dalam ilmunya, inikah ciri pendakwah yang akan membawa Islam yang suci?

Ada juga orang politik cuba nak mendaulatkan Islam, tapi dia guna politik kotor, sudah tentu apa yang ingin didaulatnya itu tidak kekal, kerana tidak diterima Allah SWT.

Dan banyak lagilah keadaan yang mempunyai ciri kesamaan dengan cerita Robin Hood, cuma versi nya berbeza.

Ini antara perkara yang jangan kita pandang enteng, kita mahukan amalan kita diterima Allah SWT, kita tidak mahu amalan kita ditolak, kerana amalan kita ini sebagai saham di alam sana yang kekal, jadi jalan ingin mencapai amalan baik perlulah bersih dan tidak dikotori supaya ianya diterima.

Tujuan (niat) baik, amalan juga perlu baik (tidak bertentangan dengan syariat), maka amalan kita diterima, insyAllah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s