Adat Kami Menepati Sunnah?

Bismillahirrahmaanirrahim

Bagaimana suasana adat perkahwinan di tempat anda?

Setiap tempat sudah tentu mempunyai adatnya tersendiri, cuma yang penting adakah adat itu menepati syariat ataupun tidak, dan adat itu mestilah tidak bertentangan dengan apa yang ada dalam syariat.

Saya ingin bercerita adat perkahwinan di Terengganu dan Kelantan, sangat simple dan murah berbanding tempat-tempat lain yang pernah saya dengar.

Versi 1

Akad akan diadakan di rumah perempuan ataupun di masjid, biasanya khamis malam jumaat, yang hadir hanya ahli keluarga terdekat belah pengantin lelaki dan perempuan. Majlis makan bersama tetamu akan diadakan keesokan harinya bermula selepas zohor hinggalah petang, selesai. Ringkas dan sederhana.

Versi 2

Lebih kurang macam versi 1 tadi, bezanya akad diadakan selepas solat jumaat, selesai akad dijalankan, makan-makan sampai petang dan selesai. Ringkas dan sederhana.

Bila bersanding?

Satu soalan yang tidak perlu ditanya, adat kami tidak kenal bersanding, merenjis, menepung tawar, atau apa-apa yang sama waktu dengan nya. Tak perlu buang duit tempah pelamin, itu dah jimat (kata timbalan perdana menteri ubah cara hidup).

Ada orang kata, pelamin tu hanya tempat kita nak ambil gambar sahaja buat kenangan…boleh jika ianya memenuhi syarat. Paling penting ialah menjauhi fitnah yang boleh timbul.

Macam mana nak tengok pengantin?

Pengantin lelaki kita boleh tengok, biasanya pengantin lelaki akan melayan tetamu yang hadir. Pengantin perempuan hanya duduk di bilik, tetamu perempuan yang hadir boleh melihat pengantin perempuan dengan memasuki bilik, tetamu lelaki tak boleh tengok pengantin perempuan.

Baguskan macam ni, isteri kita bukan untuk tontonan umum, kenapa perlu kita buat macam ini…kerana kita nak mengelak timbulnya fitnah, kita harapkan majlis perkahwinan kita diberkati Allah SWT, agar mahligai yang dibina berkekalan.

***

Ada seorang kawan saya melahirkan rasa kagum beliau dengan adat kami, beliau berasal dari pantai barat, katanya ini bukan majlis kahwin, tapi hanya majlis makan, tambah beliau, jika di tempat nya, majlis kahwin diadakan sehingga beberapa hari dan besar-besaran.

Mungkin benar perkahwinan hanya sekali seumur hidup, mungkin juga salah, sebab lelaki bisa kahwin lebih dari satu, perempuan juga bisa kahwin lebih dari satu kali selepas bercerai. Ini bukan masalah besar untuk ditimbulkan, kerana yang kita dahulukan ialah redha Allah SWT.

Masalah mahar mungkin tidak menjadi masalah bagi orang lelaki yang hendak mendirikan rumah tangga, lagipun di beberapa negeri ada menetapkan harga mahar, cuma yang menjadi masalah ialah hantaran, ada sampai berpuluh-puluh ribu dan ratusan ribu, itu yang menbebankan.

Nak amik bibik (pembantu rumah indonesia) dah lima ribu, tak kan hantaran kahwin nak bagi murah dari itu? “, Apa nilai perempuan diukur dengan wang ringgit? Saya dengan kerasnya tidak bersetuju.

Ko jangan Timah, balas 3 dulang je, belah perempuan tu 5 dulang, malu ko nanti ” antara  buah mulut orang ramai, satu dulang sampai mencecah ribuan ringgit, ini sangat melampau dan cekik darah, tapi dek malu usahakan juga sampai dapat, sampai ada yang pinjam along kerana nak kahwin, apa kes ni?, kerana nak ikutkan adat tetapi menyusahkan diri, astaghfirullah…

Islam tidak menyusahkan umatnya begitu, Islam itu mudah, Islam menyuruh kita permudahkan sesuatu perkara, jangan menyusahkan, oleh itu, buat sahaja dengan kadar kemampua kita, tidak perlu berlebih-lebihan, cukuplah dengan bersederhana, buat apa malu pada orang sedangkan kita tidak mampu, yang penting tidak melanggar syariat, apatah lagi jika kita mengamalkan sunnah perkahwinan yang Rasulullah SAW sudah ajar, insyAllah lagi diberkati.

Saya amat berbangga dengan amalan dan adat kami di sini, ringkas, sederhana, tidak timbul fitnah, cukup dengan kadar kemampuan, alhamdulillah, walaupun adat ini masih lagi diamalkan oleh kebanyakan kami di sini, saya melihat ianya mula terhakis, keterhakisan ini disebabkan kemasukan budaya luar, mungkin pengantin lawannya berasal dari negeri lain dan terikut-ikut dengan budaya di tempatnya.

Akhir Kalam

Saya akan pertahankan adat dan amalan kami ini, selagi mana ia tidak menyalahi syariat. Sebagai muslim menjadi kewajiban kita mencontohi sunnah Rasulullah SAW, bukannya menuruti adat yang membebankan kita, apatah lagi menyalahi syariat. Permudahkan jangan menyusahkan, kerana Islam itu mudah. Adakah adat kami menepati sunnah?

p/s : penulisan ini mungkin lebih kepada pengalaman penulis.

Allahumma Zawwijna Zaujatan Solehatan, Wa Ja’alna Zaujan Solehan Aminn.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

9 thoughts on “Adat Kami Menepati Sunnah?

  1. Salam.Pengalaman penulis yang menarik.Semoga budaya perkahwinan pantai timur dijadikan tauladan pd masyarakat di pantai barat dan selatan…Semoga penulis mendapat isteri yang solehah..amin…

  2. salam.tuan rumah,posting yg menarik.alhamdulillah kebanyakan masyarakat kita masih mengamalkan adat sbgitu rupa.Tapi di pantai barat (selain trg n klntn) ada juga yg beramal dengan kesederhaan sebegini.Di pantai timur pon, masih ada adat2 yg kacau bilau spertimana saudara ceritakan td.Puncanya bergantung pada ilmu dan amal ahli keluarga pasangan pengantin, bukan pada timur atau barat kedudukannya.bimbang takut org pantai barat kecik hati pula..maaf andai silap tutur kata.siiru ala barakatillah=D

  3. Terima kasih ikram,saya setuju dengan pendapat ikram tu,puncanya pada ilmu. semoga masyarakat kita kembali meniti di jambatan ilmu insyallah,dan kita sebagai pemberi ilmu kepada mereka insyallah =)

  4. —-” Nak amik bibik (pembantu rumah indonesia) dah lima ribu, tak kan hantaran kahwin nak bagi murah dari itu? “, Apa nilai perempuan diukur dengan wang ringgit? Saya dengan kerasnya tidak bersetuju.—-

    Saya tertarik dgn rangkap ini.. Bagi saya duit bukan segalanya. tapi duit hantaran ini bg saya biarlah reasonable..jgnla smp mengambil kesempatan di atas ‘kesenangan’ yg diberikan.

    Biarla ikhlas pemberiannya..bknla niat mau berbanding..tapi..biarla simple, tapi jgnla smp cincai.. kalo dah keje engineer, gaji beribu2 ape la salahnya hadiahkan isteri lebih(tapi masih berlandaskan kemampuan).

  5. (tapi masih berlandaskan kemampuan).

    Itulah antara yang ingin saya tonjolkan pada artikel ini, saya setuju dan merhargai pendapat anda, terima kasih.

  6. salam

    hantaran yang diletakkan terlalu tinggi mungkin akan membebankan pihak lelaki. bagi saya sebagai wanita dan mengingatkan wanita lain yang bakal ingin mendirikan rumah tangga, hantaran itu biarlah berpada, tidak membebankan. yang penting keberkatan untuk mendirikan rumah tangga. majlis pula, biarlah sederhana,sama-sama rasa selesa dan yang penting tidak berhutang.

    • Salam

      Sebaik-baik pekerjaan adalah sederhana…jika bakal isteri awal2 lagi dah membebankan dirinya, pasti akan lahir perspektif yang buruk, bukan sahaja pada suami, malah keluarga mertua, ini mengakibatkan ketidak bahagiaan berlaku…sedih tuh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s