Tentera Allah

Bismillahirrahmaanirrahim

Siapakah tentera Allah?

Apa tugas tentera Allah?

Di kesempatan ini saya ingin membawa saudara berfikir mengenai peranan dan kerja kita sebagai muslim di bumi Allah SWT ini.

Mungkin kebanyakan kita menganggap tentera Allah hanya orang yang berjuang di medan perang, ini adalah satu pemikiran yang dibataskan.

Siapakah tentera Allah ?

Tentera Allah adalah semua orang Islam, kerana orang Islam membawa agama Islam, selagi mana keyakinan dia pada Lailaha Illa Allah Muhammad Rasulullah, dia adalah muslim.

Setiap orang Islam tidak dijadikan sia-sia di bumi ini, setiap kita mempunyai tugas membawa panji Islam, walaupun dia seorang penyanyi, doktor, jurutera, pelajar, tidak kira siapa dia dan apa profesionnya.

Apa tugas tentera Allah ?

Sepertimana yang saya sebut tadi, setiap orang Islam mempunyai tugas, selagimana dia muslim, dia sebenarnya sedang membawa panji Islam kemana sahaja dia pergi, oleh itu tugas sebagai seorang muslim ialah menampilkan Islam, menyebarkan Islam ke ceruk mana pun ia berada.

Cuma cara dan bagaimana kita menampilkan Islam haruslah difikirkan, bagaimana seorang pelakon menampilkan Islam dari kerjaya beliau sebagai pelakon, begitu juga polis, dan siapa sahaja.

Seorang peniaga muslim, menampilkan Islam dalam muamalatnya, membawa imej seorang muslim dan beriltizam pada dirinya, ini mungkin cukup untuk orang bukan Islam tertarik pada Islam, dengan tidak disangka tugas sebagai tentera Allah sudah dijalankan.

Ini antara contoh yang cuba saya bawa, anda semua berfikirlah bagaimana pengaplikasian Islam dalam kehidupan kita seharian bisa membantu agama Islam.

Sudah tentu tentera Allah mempunyai tahap-tahap kemampuan yang tertentu, maka ganjaran buat tentera Allah juga mempunyai tahapnya, dengan itu laksanakanlah tugas dengan sebaiknya, moga dari amal yang kita lakukan mendapat pulangan ganjaran dari Allah SWT.

Jadikan kehidupan kita ini berharga, kita bukan nya binatang yang hidup hanya untuk hidup, bekerja mencari harta, makan, membuat anak, akhirnya mati, apa jasa yang kita tinggal?

Luaskan pemikiran, berfikirlah dengan cara apa kita boleh membantu agama Allah SWT, biarlah kita menjadi umat yang Rasulullah bangga, yang Rasulullah rindui, bukan umat yang dimurkai oleh baginda.

لا يتم واجب إلا به فهو واجب

Tidak Sempurna Kewajipan Melainkan Denganya Wajib

Agama Islam wajib ditegakkan di atas bumi ini, sekarang agama Islam masih belum tertegak di bumi Allah selepas ianya dijatuhkan sejak kurun lampau, oleh itu menegakkan kembali agama Allah di muka bumi hukumnya wajib, kewajipan ini terletak atas bahu siapa? jangan bilang anda tidak tahu, jangan bilang tanggung jawab ini bukan milik kamu, selagi mana kamu muslim, kamu pikul amanah ini, kerana kita semua TENTERA ALLAH.

Wallahu Ta’ala A’lam

Rujukan : Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan oleh Said Hawa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s