Siapa Kita Berbanding Ulama?

Bismillahirrahmaanirrahim

Agak lama saya meninggalkan blog ini tanpa sebarang penulisan, mohon kemaafan buat pengunjung blog yang melawat tanpa sebarang update.

Hampir dua minggu kami keluar ‘bermusafir’ ke benua eropah menimba pengalaman, mempelajari kehidupan dan pemikiran warga eropah, mungkin tempoh dua minggu tidak cukup untuk kami membuat kesimpulan keseluruhan mengenai masyarkat eropah, untuk itu sedaya upaya akan saya keluarkan input-input berguna yang telah saya catatkan dan perolehi di sana, insyallah di post yang akan datang.

Dan dalam masa dua minggu ini juga banyak maklumat dan berita-berita di tanah air jua luar negara saya ketinggalan, oleh kerana kami terpaksa bajet sepanjang berada di eropah, maka untuk ke cybe cafe hanya terhad kepada memindah gambar dari kamera ke usb sahaja. Dalam masa sehari dua ini saya banyak ‘mengqada’ kembali bacaan wajib saya di internet, dan saya amat tertarik dengan penulisan di Roslan SMS yang bertajuk Mengunjungi MAHA Bersama Tuan Guru.

Saya sebak menahan sedih apabila membaca di akhir penulisan tersebut, bagaimana Tuan Guru membayar nazarnya demi Islam, siapa kita berbanding mereka (ulama) , benar apa yang disebut di dalam al-Quran :

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Faatir : 28

Begitu tinggi cinta dan sayang mereka (ulama) kepada Islam, ahhh…bezanya iman di antara kita dan mereka, kedudukan mereka tersangat mulia sehingga mereka dianggap sebagai pewaris nabi.

Pun begitu masih ada golongan yang menghina dan mencerca golongan ulama, tidakkah mereka sedar menghina ulama seolah menghina Rasulullah SAW, kerana risalah yang dibawa oleh para ulama ialah apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dahulu.

Tidak hairan jika yang menghina ulama adalah golongan kuffar (walaubagaimanapun kita akan tetap mempertahankan ulama dari cercaan mereka), yang menghairankan kita apabila umat Islam sendiri menghina para ulama, sehingga menyesatkan mereka dek kerana perbezaan ideologi, kefahaman, mungkin juga politik.

Ulama bukanlah maksum, seorang manusia biasa tidak terlepas dari kesalahan, cuma yang harus ditekankan bagaimana adab berinteraksi dengan ulama, sedangkan ulama-ulama dahulu amat menjaga adab sesama mereka dalam menegur kesalahan yang dilakukan, apatah lagi kita orang awam yang hanya memahami Islam baru di permukaan bukan lagi di dasar.

Jauhilah dari sifat taksub atau fanatik kepada seseorang, fahaman ideologi dsb nya, yang benar tetap memegang kebenaran, tidak kira dari pihak mana pun dia, tidak perlu menegakkan benang yang basah jika perkara itu benar-benar salah, berlapang dadalah menerima kebenaran.

Sekali lagi saya tekankan supaya kita mempelajari adab dan cara berinteraksi dengan ulama, walaupun mereka salah, tegurlah dengan cara yang betul, jangan sesekali sampai kita menghina dan mencerca ulama wanauzubillah min zalik.

Wallahu Taála A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s