Euro Trip (Perjalanan Bermula)

Pejabat Travel

Bismillahirrahmaanirrahim

Sejak setahun kami merancang perjalanan ini, walaupun pada mulanya hanya azam, tapi tidak disangka menjadi kenyataan. Setiap sesuatu yang dirancang sudah tentu mempunyai masalahnya, masalah paling besar dan mampu melenyapkan cita-cita kami untuk menawan benua eropah adalah WANG, tetapi ianya bisa diatasi, kata pepatah melayu, nak seribu daya, tak nak seribu dalih, kami tak banyak berdalih, mula mengumpul wang sekadar termampu, selebihnya support dari FAMA (Father and Mother/baca dengan sebutan).

Impian dan cita-cita ini bertitik tolak dari hasil pembacaan kami, jika kita menyoroti sejarah, ulama-ulama dahulu banyak bermusafir dari satu tempat ke tempat yang lain, demi ilmu, yang utama adalah demi Islam, dan demi kita umat Islam yang terkemudian ini, hasil permusafiran mereka dahulu telah banyak memudahkan kita dari aspek ilmu dan yang berkaitan dengannya, melihat keazaman mereka ini, kami dengan nekad memutuskan ingin merasai apa yang ulama dahulu rasai dari jerih payah mereka, walaupun tidak 100% mahupun 50% atau kurang, tapi kami yakin tetap wujud apa yang mereka rasai walaupun sedikit.

Kalau orang ajak lagi round eropah aku tak nak dah ” antara luahan yang pernah kami keluhkan, mungkin kerana kepenatan yang kami rasai ketika itu, jika difikirkan kembali bagaimana susahnya ulama dahulu bermusafir tanpa ada pada mereka itu kemudahan terutama pengangkutan membuat kami termenung mengenang kesusahan mereka, pada hari ini kita mengecapi nilai khazanah dari usaha mereka yang tidak pernah dituntut dengan harga matawang mahupun emas.

Kenapa Eropah?

Saya tertarik dengan kata-kata Muhammad Abduh ketika beliau ke Perancis, dimana beliau melihat nilai Islam diamalkan disana, walaupun mereka tidak betul-betul berpegang dengan agama, dan begitulah sebaliknya yang ditemui di negara umat Islam.

***

8/8/2008

Kami mula bertolak dari Morocco menaiki bas, tambang musim panas agak mahal, kami menaiki bas sekitar  jam 3 pagi, singgah sebentar di Kenitera mengambil beberapa penumpang yang akan turut bersama kami ke eropah, tak sampai setengah jam tiba-tiba bas berhenti di station minyak, dua orang polis menghampiri bas kami, apa yang terjadi ni…?

Kami mula kehairanan…”keluar! keluar! ” jerit seorang brader yang memegang lampu suluh, lampunya diarahkan ke dalam enjin bas, ada sesuatu yang tidak kena, kami ke bawah meninjau keadaan.

Ada beberapa budak remaja di dalam enjin bas, tiga orang dapat dicekup, seorang lagi sempat melarikan diri, semuanya berlaku di depan mata kami, mereka diberi beberapa buah tangan oleh polis, rupanya ada penumpang tak rasmi turut bersama ke eropah, tapi alangkah sedihnya, hajat mereka tak kesampaian. Begitulah realiti kehidupan masyarakat disini, demi mencari secebis kehidupan, nyawa sendiri sebagai taruhan. Kami bermuhasabah seketika.

Pelabuhan Tanger, 06.00 am.

Pelabuhan Tanger

Kejadian tadi membuatkan diri ini sukar melelapkan mata sepanjang perjalanan ke Tanger. Setelah tiba di pelabuhan kami dapat mengagak beberapa kerenah birokrasi yang akan kami hadapi, lagipun saya dan Daud masih menggunakan tawsil ( kad pengenalan sementara ) sebagai lesen untuk kami kembali ke Morocco nanti.

Alhamdulillah kami sabar menghadapi kerenah birokrasi yang memakan masa hampir 3 jam di emigresen, pasport dicop, kami terus ke feri, selesaikan dahulu solat subuh yang tertangguh, mata ini mula diulit rasa kantuk, zzz….

Bas Yang Kami Naiki

Perjalanan kami ini akan terus ke Belgium yang akan memakan masa beberapa hari, insyallah dipost yang akan datang saya akan menceritakan kisah tazkirah tengah malam seorang pak cik tua, ” Semoga Allah kurniakan aku rezki “, dan beberapa kisah lain lagi sepanjang perjalanan kami.

Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu  dibangkitkan.

Al Mulk : 15

Wallahu Ta’ala A’lam

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s