Hantaran…Hantaran…

Bismillahirrahmaanirrahim

Buang tebiat ke ni, cerita tentang kahwin lagi…entah kenapa tetiba isu ni timbul di kalangan kami disini, bukan kata dah tak sabar nak dirikan rumahtangga, cuma melihat kepada beberapa permasalahan yang timbul dalam masalah kahwin ni.

Nak dengar cerita ?

Seorang kawan pernah bercerita, katanya di Saudi pernah mereka ni kahwin mas kahwinnya mencecah 95000 rial saudi, lebih kurang 95 ribu duit ringgit kita, gila apa kan, kata kawan aku ni lagi, mereka punya majlis makan pula sampai 3 hari, melantak apa la agaknya mereka ni.

Cerita-cerita macam tu kita boleh dengar kalau berbual dengan orang arab saudi, masa di Belanda haritu pun, kami pernah berbual dengan pelancong Saudi disana, dia mengeluh betapa susahnya nak kahwin disana, apa lagi, kami tawarkan perempuan Malaysia la…hehehe.

Masalah yang timbul di Saudi kerana biah (suasana) masyarakat yang terlalu tinggi permintaannya kepada pihak lelaki, sehingga kebanyakan lelaki disana sukar untuk mendirikan rumah tangga, sebenarnya biah seperti ini telah mencipta satu tekanan buat pemuda-pemudi yang sudah mampu untuk berkahwin ini.

Kesannya

Oleh kerana wujudnya tekanan yang begitu tinggi, kebanyakan mereka pada musim panas akan keluar melancong ke negara-negara yang boleh menghilangkan tekanan mereka, menghilangkan gelojak jiwa, sehingga ada yang tergelincir dari landasan millah (agama) dengan mencari pelacur-pelacur, ini semua berpunca dari tekanan yang dicipta oleh masyarakat mereka sendiri, Rasulullah SAW mengajar kita permudahkan bukan menyusahkan, antaranya dalam masalah perkahwinan ini.

Hantaran

Di Malaysia bersyukurlah kita kerana mas kahwin tidak la sampai beribu-ribu ringgit, lagi pun mengikut negeri sudah ada ditentukan berapa mas kahwin nya, isu mas kahwin tidak menjadi masalah bagi kita di Malaysia.

Seorang kawan tanya pada aku, ” kalau tak bagi hantaran sah tak perkahwinan tu? “, aku tanya dia balik “hantaran ni ada dalam rukun ataupun syarat perkahwinan ke?“,jawapannya tak ada.

Hantaran hanyalah sekadar adat di Malaysia, dari perbincangan kami, hantaran tidak salah bagi mereka yang nak buat ataupun tidak (berdasarkan kemampuan), cuma kadang-kadang masyarakat akan memandang serong jika tak ada hantaran ni, saya risau dengan pemikiran seperti ini.

Saya risau jika masyarakat kita menganggap hantaran ini seperti wajib, dan bersalah jika tidak melakukannya, saya risau dari hal ini tekanan yang bakal tercipta, ianya akan menyusahkan golongan yang tidak mampu.

Kerana kesusahan dan tekanan, timbul masalah anak luar nikah, kahwin lari, melacur, pelacur, gangguan seksual, cabul dan apa macam yang buruk itu, golongan yang tertekan ini mengambil jalan kiri kerana jalan kanan ditutup dengan kesusahan, kesulitan, yang dicipta oleh masyarakat kita sendiri.

Itulah hikmahnya kenapa Islam mengajar kita permudahkan dalam hal seperti ini, apabila sudah tiba waktunya, sudah mampu dari zahir dan batinnya, eloklah dipercepatkan dan dipermudahkan bagi mengelak dari berlakunya fitnah yang lebih besar, jika anak-anak kita tersilap pilih jalan, masa tu kita nak salahkan siapa?

Bagi kedua-dua pihak lelaki dan perempuan (terutama keluarga) hendaklah berbincang dengan baik demi kabaikan anak-anak, lakukan sekadar kemampuan yang ada, hendaklah masing-masing terbuka dan bertolak ansur, Rasulullah SAW mengibaratkan orang mukmin seperti binaan yang saling mengukuhkan di antara satu sama lain, seharusnya kita saling membantu, bukannya menambah beban dengan permintaan yang tinggi.

Mungkin kedua-dua pihak tidak menjadi masalah untuk mengsimple perkahwinan anak masing-masing, tetapi masyarakat dan suasana adat pula yang mengbingunkan keluarga untuk menurutinya, walau apa pun dari niat yang ikhlas, Allah SWT pasti akan permudahkan setiap urusan hambanNya.

Allahumma Yassir Umurana, amin Ya Rabb.

Wallahu Ta’ala A’lam

P/s : penulisan kali ini saya menulisnya dalam keadaan yang masih belum mendapat satu konklusi yang baik mengenai perkara ini, bagaimana agaknya?

Advertisements

2 thoughts on “Hantaran…Hantaran…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s