Euro Trip (Belgium)

Brussels

Bismillahirrahmaanirrahim

Kami sampai di bandar Brussels dalam linkungan 11 malam waktu tempatan, kelihatan orang arab memenuhi kawasan tersebut, kami sangka akan berhenti di setesyen bas, tetapi hanya di tepi jalan, ini agak menyukarkan untuk perjalanan seterusnya jika setesyen bas jauh dari tempat perhentian kami.

Kami terus bertanya dimana kedudukan setesyen bas, memandangkan orang arab ramai disitu, jadi masalah komunikasi tidaklah timbul..kami ditunjukkan kedudukan La Gare Du Midi (setesyen bas di tengah kota Brussels), tidaklah jauh sangat, sekitar 15 minit berjalan kaki dari tempat kami diturunkan.

Memandangkan waktu malam dan cuacanya sejuk (macam musim sejuk di Morocco), kami harus mencari tempat bermalam, teringat pesan kawan-kawan kami dulu yang pernah sampai di Belgium ni supaya mencari masjid, tanpa berlengah kami terus mencari masjid, dengan harapan dapat bermalam disitu satu malam pun jadi la.

 

Pak Cik-Pak Cik Algeria

Kami bertemu dengan dua orang Pak Cik, dua-duanya dari Algeria, mereka sedang menunggu waktu isya’, kami agak terkejut kerana waktu isya’ disana hampir jam 11.30 malam waktu tempatan, kami jelaskan kepada mereka kedudukan kami, terus mereka dapatkan Tok Siak masjid…natijanya kami hampa, Tok Siak tetap bertegas tidak membenarkan kami bermalam disitu.

Selesai solat kami diajak menaiki kereta mercedez mereka untuk mencari hotel, kami dibawa berjalan sekitar bandar Brussels, suasana malam sangat cantik, bandarnya boleh tahan mewahnya, oleh kerana kepenatan kami tidak menghayati sangat suasana malam itu, dalam kepala kami hanya mahu isikan perut dan tidur.

 

Hotel Penginapan Kami

Pencarian kami sekali lagi menghampakan, semua hotel penuh (hotel murah), pak cik tu pesan pada kami,kalau nak hotel, waktu zohor esok jumpa dia, dia akan dapatkan, untuk malam itu kami selesa bermalam di setesyen bas, mujurlah disitu disediakan tempat menunggu bagi perjalanan keretapi dan bas untuk keesokannya, ramai juga pelancong-pelancong lain yang tidur disitu, 3 jam seorang, itulah waktu yang kami aturkan, bergilir-gilir menjaga beg dan waktu tidur sehinggalah bumi disinari cahaya pagi.

Tempat pertama yang kami tuju ialah kaunter Eurolines, kami ingin pastikan tiket untuk perjalanan seterusnya ke Amsterdam ada, sekali lagi kami menghadapi masalah, kaunter Eurolines mengalami masalah line internet, kami disuruh ke La Gare Du Node, dimana pula tu? 

 

Grand Place Groote Markt

Kami tinggalkan masalah itu, selesai solat dan sarapan pagi, kami menuju ke Grand Place Groote Markt, sebuah dataran yang agak kecil, dikelilingi bangunan lama yang masih tersergam indah, katanya setiap tahun mereka akan penuhkan dataran ini dengan bunga, sempena sambutan apa entah…dah lupa pula.

Sebelum kami ke eropah saya cuba mencari sedikit maklumat tempat-tempat yang akan kami tujui, Brussels antara tempat yang paling sedikit kami dapat maklumat, saya agak kebuntuan ingin kemana setelah melawat Grand Place Grote Markt.

 

Tram

Saya dan Faiz bercadang ingin ke Amsterdam pada tengahari, berjumpa dengan seorang warga Morocco yang turut sama ingin ke La Gare Du Node, kami mengikutinya menaiki Tram no. 31, kami memperolehi bas ke Amsterdam jam 6 petang waktu tempatan, masih berbaki dalam beberapa jam, kami masih kebuntuan mahu kemana?

Mujurlah Daud pernah melihat kawannya (seorang artis) pernah melancong di sini, cadangannya kami ke Atomium, sekali lagi kami menaiki Tram, kali ini no.51, Tram ini akan menuju ke Heyzel, tempat dimana adanya Taman Atomium.

 

Besarnya Replika Atom

Taman Atomium cukup luas dan besar, kami bergambar sakan sepuasya, ramai juga pelancong-pelancong luar disitu, penat berjalan dan bergambar, kami berhenti rehat dan solat jama’ takhir asar dan zohor, selesai berjemaah kami mencari Mini Europe.

 

Mini Europe Belakang Atomium

Taman itu terlalu besar, label penunjuk arah pula sangat memeningkan kami, kami keletihan mencarinya, walaupun kepenatan kami tidak berputus asa, “alang-alang dah datang biarlah puas” itulah perinsip yang kami pegang. Perjalanan kami berakhir di Mini Europe, kami harus cepat ke La Gare Du Node, perjalanan kami seterusnya ke Amsterdam.

Satu hari satu malam di Belgium, tidak banyak yang boleh kami simpulkan mengenai masyarakatnya, secara umum, kita sedia maklum masyarakat eropah terkenal dengan kebersihan, mereka juga tidak kekok untuk membantu bila kita meminta pertolongan, mereka banyak mengamalkan nilai yang ada di dalam Islam, berbeza pula dengan kebanyakan kita, sikit mengamalkannya, contoh terbesar ialah kebersihan.

 

Polis Belgium

Komunikasi dengan masyarakat disana amat susah, kebanyakan mereka bercakap bahasa perancis, oleh sebab itu kami tidak berkomunikasi dengan mereka, tetapi hanya dengan orang arab, bangsa arab di bandar Brussels seperti bangsa melayu di Kaherah (kata seorang kawan, wallahu a’lam), setiap ceruk lorong anda bisa melihat bangsa arab, hatta di tengah bandar Brussels ada restoran yang bernama Tetouan (tempat kami belajar di Morocco).

Apa yang saya perasan bangsa arab khususnya orang Morocco di Belgium cukup baik, berbeza dengan bangsa mereka di bumi Morocco, cukup bila mereka tahu kita seorang muslim, mereka bersungguh-sungguh menolong kita, mungkin suasana yang dikelilingi agama lain menyebabkan ikatan ukhuwah islamiah dirindui dan betul-betul ingin dirasai setelah jauh mereka tinggalkan (negara mereka sendiri).

 

Kemana Selepas Ini?

Kami tinggalkan Belgium dengan perasaan gembira, tiada masalah yang terlampau menyukarkan disana, perjalanan disana cukup mudah, semuanya kerana saudara seislam ramai dan mudah membantu. Bas berlalu laju menuju ke Amsterdam, apa yang akan kami temui disana? adakah ianya semudah seperti di Brussels? sama-sama kita nantikan dalam episod akan datang, insyAllah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

4 thoughts on “Euro Trip (Belgium)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s