Melamine

Bismillahirrahmaanirrahim

Dunia digemparkan dengan skandal Melamine, setakat ini kes kematian bayi dan masalah bayi menghidap batu karang dikesan di negara China, kes Melamine sebenarnya timbul sejak tahun 2007 lagi, dimana binatang peliharaan seperti anjing dan kucing mati setelah memakan makanan binatang yang diimport dari China.

Melamine asalnya digunakan dalam produk pembuatan plastik seperti pinggan dan cawan plastik, ianya diluaskan penggunaanya dalam makanan, melamine kaya dengan nitrogen, jika dicampur kedalam makanan seperti susu ianya akan menghasilkan protein yang tinggi.

Penggunaan melamine yang melebihi dos yang ditetapkan akan memberi mudarat kepada penggunanya, itulah yang dikesan dalam produk susu di China.

Dalam Islam kita di ajar untuk tidak berlaku ghuluw (melampau), samada dalam beragama dan perkara-perkara lain, sifat ghuluw ini banyak membinasakan manusia, antara umat yang binasa seperti nasrani, mereka melampau dalam beragama, memuji nabi Allah Isa Alaihi Salam sehingga menganggap beliau tuhan, ini dilarang kerana tiada tuhan melainkan Allah.

Isu melamine ini manusia mula melampau dalam menggunakannya, demi menarik pembeli apa sahaja sanggup dilakukan sehingga nyawa tergadai, ini satu kesan binasa dari sifat ghuluw manusia.

Jika dilihat dari peratus mereka yang menderita akibat penggunaan melamine ini, 80% adalah kanak-kanak di bawah umur dua tahun, kebanyakan mereka sebenarnya masih lagi dalam tempoh menyusu dengan ibu, ini satu kesalahan serius, para ibu sepatutnya mengutamakan susu badan daripada susu produk yang ada dipasaran, teringat saya satu ayat di dalam al-Quran :

Sebagai suatu sunnatullah  yang telah berlaku sejak  dahulu,  kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.

Al Fath- 23

Dari ayat ini kita fahami bahawa sunnatullah itu adalah satu ketetapan, bagaimana seorang yang lapar melawan fitrah itu dengan berlari contohnya, adakah lapar itu akan bertukar menjadi kenyang? malah mungkin akan memudaratkan tubuh badan.

Bila ibu-ibu pada zaman ini lebih suka memberi susu produk daripada susa mereka sendiri yang mana Allah SWT telah tetapkan sebagai satu sunnatullah, akibatnya mudaratlah yang mengundang.

Isu skandal melamine ini kita jadikannya sebagai satu pengajaran supaya menuruti agama, landasan agama adalah sebaik-baik jalan untuk kita turuti, tersasar darinya banyak bencana yang menanti, kerana dariNya kita datang dan kepadaNya tempat kita kembali.

Allahumma Arinal Haqqa Haqqa Warzuqna Tiba’ah, Wa Arinal Bathila Bathila Warzuqna Jtinabah

Wallahu Ta’ala A’lam

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s