Euro Trip (Amsterdam)

Amsterdam

Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah, pada penulisan yang lepas kita telah mengetahui bagaimana perjalanan kami di Belgium, kali ini suka saya menyambung cerita kami seterusnya, kali ini di Amsterdam.

Dari Brussels ke Amsterdam hanya memakan masa 3 jam perjalanan dengan menaiki bas Eurolines, bertolak jam 6 petang tiba di Amsterdam jam 9 malam, kami tiba di Amstel Station, oleh kerana waktu sudah pun malam, kami kebuntuan mencari arah.

 

Amstel Station

Sepanjang di eropah kita tidak akan kebuntuan sebenarnya jika rajin bertanya, lagipun di setiap station bas mahupun keretapi yang kami singgahi semuanya disediakan kaunter pertanyaan untuk pelancong.

Mulanya kami merancang untuk tidur di Amstel station dan mula berjalan keesokan paginya, setelah berbincang kami bersepakat untuk ke tengah-tengah kota Amsterdam, kami menaiki bas no. 59 dari Amstel station ke Central Station, kami berhenti di akhir perhentian, suasana di Central Station ketika itu masih sibuk, orang ramai masih lagi berpusu-pusu menuju entah kemana.

Hadapan Stesyen Keretapi Central Station 

Central Station berlatarkan stesyen keretapi yang agak besar, bangunan-bangunan antik masih lagi dikekalkan di kawasan itu, suasana bangunan disitu tidak banyak bezanya di Brussels, bezanya pada warga Amsterdam dan cuaca lembab yang sejuk.

Kami kedalam stesyen keretapi mencari kaunter pertanyaan, biasanya kami akan meminta peta sekitar bandar disitu, petugas disitu meyuruh kami mengambil peta di mesin peta, mesin peta?, kami ditunjuki sebuah mesin yang berwarna merah, maklumat untuk pelancong semuanya disediakan di dalam mesin tersebut tanpa cas bayaran, kemudian diprintkan, canggihnya, terasa jakun pula hehehe….

Mesin Peta?

Peta sudah ada ditangan, kepala otak ni masih lagi bebal nak fahamkan peta tersebut, usai tanya beberapa petugas disitu, kami mula berjalan mencari hotel-hotel yang agak murah, penuh, kami cari hotel yang mahal sedikit, juga penuh, kelihatan ramai pelancong-pelancong lain yang senasib dengan kami.

Stesyen keretapi sekali lagi jadi tempat pilihan terakhir kami sebagai tempat tidur, cuaca di Amsterdam teramat la sejuk, kami sekali sekala menggigil menahan kesejukan. Kerusi menunggu keretapi menjadi tempat tidur, kami juga mengambil kesempatan untuk menunaikan solat disitu, selesai Daud, aku pula, sempat bagi salam yang pertama datang jaga disitu menghalau kami, katanya setesyen keretapi akan ditutup dan akan dibuka semula jam 5 pagi.

Bangunan-Bangunan

Kami kehampaan, nampaknya terpaksa bermalam di luar stesyen, sambil aku mencari tempat yang agak sesuai terlindung dari angin malam, aku terdengar perbualan dalam bahasa arab dari dua orang pemuda.

“ assalamualaikum…” aku cuba memberi salam, “ waalaikummussalam…ta’al ta’al (mari sini, mari sini) “, mereka memanggil, terus memperkenalkan diri, seorang bernama Khalid, warga Saudi, seorang lagi Assobir, asalnya arab Saudi tetapi lahir dan menetap di Belanda.

Sepanjang perbualan kami saya cukup kagum dengan Assobir, katanya dia mengenali Khalid hanya melalui Chatting room, ceritanya lagi, dia langsung tidak boleh berbahasa arab pada mulanya, setelah tiga tahun bercakap arab melalui msn dengan Khalid penguasaan bahasa arabnya memang hebat, tambah Assobir adik dia langsung tidak boleh berbahasa arab.

“Dia tidak boleh membaca dan bercakap arab bagimana dia solat? “ tanya Khalid kepada Assobir, “ Terus terang aku katakan, dia tidak solat “. Kami simpati dengan nasib orang-orang arab di eropah khususnya dan umat Islam disana umumnya. Bagi yang sedar mereka akan mencari agama itu kembali, bagi yang hanyut dengan kehidupan disana, mereka hanyalah muslim pada nama, seperti kita juga di Malaysiakan?

Sungai Dalam Bandar

Kami berpisah dengan Assobir, kami berjanji untuk bertemu keesokannya, kami dibawa oleh Khalid ke hotel penginapannya, Alhamdulillah malam itu kami dapat berteduh dari kesejukan kota Amsterdam, kami mengambil peluang mengcas bateri dan memindah gambar ke usb.

Seawal pagi kami sudah keluar dari hotel, berjanji dengan Khalid jam 12 tengahari di hadapan setesyen keretapi, kami bergambar sepuas-puasnya, dan ke kedai cenderamata mencari sedikit buah tangan, kesimpulan bandar Central Station adalah bandar hiburan, semua hiburan ada disini, kebanyakan hiburan mereka tiada yang halal untuk kita.

Sekitar Dataran Centrum 

Setelah puas bergambar dan berjalan sekitar Central Station kami mencari Khalid demi menunaikan janji, hampir sejam lebih kami berlegar disitu, kelibat bayang dia pun tak nampak, terpaksalah kami meneruskan perjalanan. Kali ini kami kembali ke Amstel Station untuk ke Ajax FC stadium.

Amsterdam Arena

Kelab bola paling popular di Belanda, melahirkan ramai bintang-bintang bola sepak, seperti Sneidjer dan ramai lagi, kami beruntung pada hari itu, kerana pemain-pemain Ajax FC ada sesi latihan, kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan menonton sesi latihan mereka.

Penyerang Ajax FC Huntler

Usai di stadium kami ke Amstel station mencari tiket untuk perjalanan seterusnya, perancangan kami sebenarnya ingin ke Frankfurt Jerman, alangkah sedihnya, tiket ke Frankfurt memang ada, cuma dari Frankfurt ke Paris seperti tidak ada, kami tidak sanggup mengambil risiko memandangkan duit perlu dibajet, kami mengambil tiket terus ke Paris, malangnya waktu perjalanan keesokan pagi, maka terpaksa la sekali lagi bermalam di Amsterdam yang sejuk itu, kali ini tidak ada lagi Khalid atau pun sesiapa membantu kami, kami tabah menahan kesejukan menunggu hari esok.

Amsterdam, warganya lebih menunjukkan ke eropahan mereka, anak muda di sana tidak kalah dengan fesyen-fesyen, ada punk, ada The Beattles, Bob Marley dan macam-macam ada, nampak segak juga mereka berpakaian begitu, bila dibanding dengan anak-anak melayu yang ingin meniru gaya mereka, buruknya kelihatan anak melayu kita ni, dah la hidung pesek, kulit gelap, rambut hitam, langsung tak sesuai, mereka pakai macam tu tak apa la itu budaya mereka, sesuai dengan mereka, kita ada budaya kita sendiri, kita segak dengan budaya kita.

Segak Melayu Kita

Disana ramai Yahudi, biasanya kita tengok Yahudi ni kat dalam tivi, tetapi di Amsterdam anda boleh dapati mereka berkeliaran, siap senyum pada kami lagi, terkejut kami dibuatnya, Yahudi senyum pada kami?, sakit hati ini melihat senyuman mereka. Disana juga ramai sangat warga Indonesia, ada ibu-ibu, bapak-bapak, dan mas-mas.

Orang Belanda suka naik basikal, jutaan basikal kalahkan motorsikal dan kereta, nak cari kemalangan jalanraya mungkin susah, mereka tinggi kesedaran sivik ni, tak buang sampah merata, kencing merata, mabuk pun hanya di tempat yang khusus.

Jutaan Basikal

Akhirnya…bas tiba awal pagi, terus meluncur laju munuju Paris, mata dibiarkan diulit rasa kantuk, zzz…..Jumpa lagi episod seterusnya Insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Euro Trip (Amsterdam)

    • amsterdam ke paris tak silap 6 atau 7 jam dengan bas, harga sekitar 20 euro. Khabarnya train ada. tapi tak tahu tambang dan macam mana perjalanannya sebab tak pernah naik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s