Euro Trip (Paris)

Bismillahirrahmaanirrahim

Perjalanan diteruskan lagi, kali ini dari Amsterdam ke Paris, perjalanan memakan masa selama 8 jam.

Kami tiba di Paris jam 2 petang waktu tempatan, kami hanya mengikut hanyutan orang ramai menuju jalan keluar, sebelum ke pintu keluar utama sempat kami mencampai beberapa pamplate sebagai rujukan untuk perjalanan nanti.

Di sekitar luar pintu utama kelihatan ramai perniaga jagung, ada yang direbus, ada juga yang dibakar, kebanyakan peniaga jagung disitu berbangsa afrika.

Jika sebelum ini saya pernah menyebut kita tidak akan sesat kalau rajin betanya, kali ini cukup berbeza, walaupun bertanya, kami menghadapi masalah memahami percakapan mereka, hampir semuanya disitu hanya tahu bahasa Perancis sahaja.

Setengah jam berlegar di luar La Gare Gallieni sambil bertanya yang mana jawapannya menghampakan, sehinggalah kami ditemukan dengan seorang pemuda yang bersungguh-sungguh mambantu kami.

Kami mengikut setiap catatan yang ditulis pemuda tadi, menaikai bas ke tempat destinasi tanpa membayar tiket, setelah beberapa pengalaman di Brussels dan Amsterdam, kami mencipta satu kaedah jimat duit, “ tidak membayar apa-apa tambang sehinggalah disuruh membayarnya” .

Destinasi pertama kami Musee du Louvre , dikelilingi bangunan besar yang antik, disitu juga terdapat La Pyramide, dikatakan terdapat di dalam nya lukisan Leonardo Da Vinci, kami sekadar mengambil gambar di sekitar kawasan tersebut.

Destinasi kedua kami Arc de Triomphe, antara Musee du Louvre dan Arc de Triomphe mengambil masa sejam berjalan kaki saya kira, mungkin anda tidak akan sedar anda telah berjalan sejauh sejam, kerana sepanjang perjalanan anda akan dipersonakan dengan butik-butik pakaian, kasut, mainan, kereta, pasaraya dan sebagainya.

Setibanya kami di Arc de Triomphe kami dihidangkan pula persembahan break dance oleh penari jalanan, sebiji macam dalam filem Save The Last Dance, it’s awesome!!!

Sejarah disebilik Arc de Triomphe anda boleh rujuk disini.

Kami meneruskan perjalan ke destinasi ketiga kami, simbol kota Paris, kata orang kalau datang Paris tak ke Eiffel Tour ibarat makan nasi tak berlauk. Tower yang dibina dari tahun 1887-1889 ini siap secara berperingkat-peringkat.

Cenderamata

Harga cenderamata di Paris amat murah kalau nak dibandingkan tempat-tempat yang pernah kami lawati sebelum ini, berbelanja sakan juga disana, lagipun perjalanan sudah makin hampir ke penghujungnya, duit yang dibajet kelihatan lebih.

Al kisah semasa membeli keychain , kami membelinya dari seorang peniaga jalanan, oleh kerana dia becrakap bahasa Inggeris kami ramai-ramai berspeaking la,

Kami : “ where you come from? “

Penjual : “ I am from Senegal

Kami : “ You know Sheikh Ahmad Bamba?

Dia agak terkejut bagaimana kami mengenali seorang tokoh ulama yang dikagumi di Negara nya, kami memuji Sheikh Ahmad Bamba, Si peniaga ‘naik angin’, terus mulutnya memuji Allah sambil tangannya sibuk memberi percuma beberapa keychain kepada kami. Alhamdulillah.

Pesan kawan Senegal kami di kuliah, jika kita ke Senagal dan ingin mendapat sesuatu dengan percuma katakana pada peniaga “ berikan kami hadiah dengan berkat Sheikh Ahmad Bamba “.

Malam

Kali ini kami merancang untuk mengambil hotel, bateri kamera, handphone harus dicas, alhamdulillah semua berjalan lancer, keesokannya kami meneruskan perjalanan, bermula dari Eiffel Tour ke beberapa tempat lain seperti Musee de l’Armee dan Notre Dame de Paris.

Susah juga untuk saya jelaskan warga Perancis, sesiapa yang pernah menonton filem-filem Perancis, suasana dan warganya lebih kurang seperti di filem, bezanya dengan tempat yang kami lawati sebelum ini ialah warga Afrika amat ramai disana.

Kedai-kedai kopi di sekitar bandar Paris mengingatkan saya pada Morocco, Paris tiru Morocco ke Morocco tiru Perancis , wallahu a’lam?. Alhamdulillah tak banyak kesulitan yang kami hadapi.

Kami kembali ke La Gare Gallieni, perjalanan seterusnya ke Madrid, sekali lagi situasi yang sama berlaku seperti di Amsterdam, tiket untuk malam itu habis, stesyen bas pilihan istimewa kami untuk berteduh menunggu hari esok.

Jumpa di Madrid, Negara Matador, banyak tempat kami rancang di Spain, adakah semuanya akan tercapai? Doakan saya ada kesempatan masa untuk terus menulis perjalanan kami Insyallah.

Wallau Ta’ala A’alam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s