Euro Trip (Madrid)

cimg1270

Bismillahirrahmaanirrahim

Perjalanan kami di teruskan lagi, kali ini kami sampai di bumi Matador, juara Euro 2008, dan bumi dulunya kepunyaan umat Islam.

Madrid, tidak banyak yang saya ingat, entah kenapa ingatan saya agak kabur di Madrid, tidak banyak yang dapat saya lihat di sana, kenapa ya?

Kami sampai sekitar jam 6 pagi waktu tempatan di stasyen bas Madrid, pusat informasi belum dibuka, mujurlah kaunter tiket sudah mula beroperasi.

“ Hola, comos dias, donde el estation de metro?”, tanya salah seorang dari kami, kami terus ditunjuki ke tingkat bawah untuk ke stasyen metro.

Kami membeli tiket 10 kali perjalanan untuk 3 orang, ianya lebih menjimatkan, seterusnya mencari peta untuk ke tempat-tempat menarik di sekitar bandar Madrid, apa yang saya tahu tentang Madrid hanyalah Real Madrid Football Club.

dsc02903

Terus ke tingkat bawah tanah mencari metro yang akan menuju ke Stadium Santiago Bernabeu, bagi yang first time di Madrid seperti kami, peta perjalanan metro teramat penting sebagai panduan.

Kami tiba di perkarangan luar stadium, keadaan masih lagi lengang, kami mengambil masa seketika untuk menunaikan solat dan sarapan pagi.

dsc02747

Kaunter tiket masih lagi sepi, kami mengelilingi stadium sambil bergambar disekitarnya, jika sebelum ini saya hanya menonton di tivi kelab yang paling berjaya di Eropah malah di dunia ini, sekarang kem mereka di depan kami, saya sedikit teruja.

Santiago Bernabeu

Kaunter sudah dipenuhi pelancong, nampaknya kami terpaksa sabar menunggu giliran, selesai membeli tiket kami ke pintu check in , beg kami diperiksa dengan scan, macam di airpot pula rasanya.

dsc02905

dsc02822

Bermula dari aras paling tinggi stadium, menuju ke aras kedua tempat duduk penonton, perjalanan dari satu tingkat ke tingkat yang lain anda akan melalui galeri piala dan trofi, sejarah kelab, dan sebagainya.

dsc02871

 

dsc02861

 

Sebelum ke padang kami melalui galeri utama, disini ditempatkan Piala Champion League, trofi-trofi pemain terbaik dunia seperti Zidane, Ronaldo, Figo, dan pemain-pemain Real Madrid yang lain.

cimg1260

cimg1210

Akhir lawatan kami ialah butik adidas sebagai penaja rasmi pakaian kelab Real Madrid ini.

Plaza De Toros

dsc02907

Tempat perlawanan antara lembu dan manusia, jika anda ke Tangier, disana juga masih lagi wujud plaza de toros ini, kesan tinggalan Spanyol dahulu kala.

dsc02917

Kami bercadang mahu menonton kehebatan matador yang dianggap wira jika mampu menumbangkan seekor lembu, tetapi tidak kesampaian, kata seorang pak cik disitu perlawanan akan diadakan keesokan harinya, tapi kami tidak berhajat untuk bermalam di Madrid jika bas ada malam itu ke Granada.

Estadio Vicente Calderon

dsc02954

Kelab Ahteletico Madrid, bolehlah dikatakan adik kepada Real Madrid, jika diperhatikan logo kelab ini, hampir sama dengan kelab Atheletico Tetouan, siapa tiru siapa wallahu a’lam.

dsc02961

Kami ingin kedalam jika free, sangkaan kami meleset, pun begitu kami berpuas hati bergambar di sekitar stadium, antara bintang yang paling bersinar pernah dilahirkan kelab ini ialah Fernando Torres.

***

Cuaca panas di Madrid, berbeza dengan Brussels dan Amserdam, kami dahaga dan penat, berehat seketika sambil berbual tentang makanan di Malaysia, ada yang mengidam budu, ada yang mengidam keropok lekor dan juga cencalok, kelakar pula bila dikenang kembali, masakan tidak, untuk mendapat makanan yang halal dinegara bukan Islam ini teramat la susah.

Singgah sebentar di Cyber Café memindah gambar dan membaca perkembangan terkini, khabaran dari PMMM saya ditugaskan sesuatu sebelum puasa berlanjutan sehingga bulan ramadhan, berat untuk menghampakan Tuan Presiden yang kami sayangi.

Setiap kali ingin ke satu tempat ke tempat yang lain, kami akan menaiki metro, kerana itulah ingatan saya agak kabur di Madrid, biasanya saya akan memperhatikan jalan-jalan jika di perjalanan, dengan itu ingatan saya lebih kuat mengenali sesuatu tempat.

Jika di Madrid, anda jangan terkejut jika anda merasakan seperti di Maxico ataupun Chile (saya pun tidak pernah sampai disana), anda akan dapati ramainya warga latin, ada juga yang iras-iras kawan saya disini hehehe…teringat kata Esther, di Spain ramai imigran dari Amerika Selatan.

Kami tidak berasa asing sangat dengan warga Spain, kami pernah ke Sebtah berkali-kali dan berkawan dengan orang Spain, tiga perkara pada mereka ini yang tidak dapat dipisahkan tidak kira lelaki mahupun perempuan, tua mahupun muda iaitu arak, rokok, dan anjing.

Kami ke Mendez Alvaro, disana kami akan berangkat menaiki bas ke Granada, bumi Andalus akan kami jejaki, hati kami bergelojak ingin melihat kesan kehebatan tamadun umat Islam zaman lampau, ketinggian tamadun mereka kerana Islam, kejatuhan mereka bila mereka sendiri meninggalkan Islam.

Sama-sama kita nantikan kisah perjalanan kami seterusnya menjejaki bumi Andalusia, doakan saya mempunyai waktu terluang untuk penulisan seterusnya Insyallah, kini kami menghadapi sedikit masalah, tiadalah yang saya pinta melainkan doa dari sahabat-sahabat buat kami.

Allahumma Yassir Umurana

Wallahu Ta’ala A’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s