Euro Trip (Granada)

clip_image0021

 

Perjalanan kami diteruskan lagi, kali ini kami memasuki tanah Andalus, panjang sejarahnya di sini.

 

Kami tiba di station bas Granada sekitar 2,3 pagi…tidak ada yang boleh kami lakukan melainkan menunggu waktu siang.

 

 

 

 

clip_image0022

 

 

Kami menuju ke Alhambra, jiwa kami sikit teruja ingin melihat keindahan istana disana, sebelum ini kami hanya digambarkan Alhambra dengan alunan lagu-lagu, cerita-cerita dan filem, kali ini kami akan melihat dengan mata kepala kami sendiri.

 

 

clip_image0023

 

 

Bas no 3 terus meluncur laju menuju kaki bukit ke Alhambra, kami ditunjukkan dua cara ke sana, samada mendaki bukit ataupun menaiki bas, kami memilih pilihan pertama, lagipun kami masih muda dan kuat (bajet duit hehehe).

 

 

clip_image0024

 

 

Tiba di puncak kami cukup kagum melihat kawasan dan binaan-binaan istana disitu, taman-taman nya terjaga dan amat cantik.

 

Tiba-tiba kami dihalang memasuki beberapa taman, barulah kami tahu di beberapa kawasan harus mempunyai tiket, walaupun kami boleh dikata yang terawal sampai di pagi itu akhirnya menjadi lewat kerana terpaksa menanti giliran dapatkan tiket punacanya kerana tidak tahu tempat penjualan tiket.

 

Antara tempat yang boleh kita lawati disitu seperti Alcazaba القصبة , Palacio Nazaries, Generalife, Muzium dan taman-tamannya yang cukup cantik.

 

 

 

 

Alcazaba

clip_image0025

 

Binaan pertama yang dibina di kota Alhambra, Alcazaba sebuah kubu perang yang tetap utuh binaannya, kini di puncak menara diletakkan loceng dan satu plate yang ditulis mengenai kejatuhan kota itu ditangan Kristian.

 

  

Palacio Nazaries

clip_image0026

 

 

Istana yang dipenuhi dengan khat-khat, tiada dari setiap inci dinding istana itu tidak diukir melainkan sedikit sahaja. Satu bilik ke bilik yang lain kita akan dihiasi ukiran-ukiran yang cukup halus seninya , tamannya juga besar dan cantik.

 

 

Generalife

clip_image0027

 

 

Kelihatan seperti sebuah istana kecil, kami cukup takjub dengan taman-taman yang ada di sekitar Generalife, mungkin disitulah tempat raja bersenda gurau bersama anak-anak dan isteri-isteri yang mereka miliki wallahu a’lam.

 

 

Muzium Alhambra

clip_image0028

 

Jika anda kesana, jangan lepas peluang untuk melawat Muzium Alhambra, banyak kesan-kesan yang dimusnahkan dahulu disimpan sebagai koleksi muzium, seperti kubur-kubur sultan, tembikar-tembikar dan duit-duit yang diguna pakai pada masa itu.

 

Apa yang tergambar difikiran kami mengenai Alhambra ialah air pancut dari patung singa, kami dimaklumkan kawasan tu sedang dibaik pulih, lagipun tiket yang kami miliki memang tidak membenarkan kami memasuki kawasan tersebut.

 

 

clip_image0029

 

 

Banyak yang telah dimusnahkan, tetapi masih banyak yang tidak mampu dimusnahkan, kerana setiap inci dinding bangunan di Alhambra dihiasi dengan ayat al- Quran, simbol kerajaan andalus dan nama-nama sultan terdahulu, ianya terlalu banyak.

 

clip_image00210

 

 

Jika dihayati kehalusan seni bina disitu kita dapat bayangkan betapa hebatnya umat dahulu mencapai tamadun ketika itu, tetapi musnah bila mereka lalai dan hanyut dengan kesenangan yang mereka miliki sehingga dengan mudah musuh merobek segalanya.

 

Sejarah Andalus panjang untuk dicoretkan, sedih untuk dikenang, kesan yang tinggal sebagai pengajaran buat kita supaya ianya dapat dijadikan iktibar dari berulang nya kesilapan yang sama.

 

 

clip_image00211

 

 

Tak banyak yang boleh saya coretkan disini mengenai sejarahnya, perjalanan kami sekadar ziarah buat umat Andalus dahulu yang mempertahankan kedaulatan Islam pada masa itu, kesan yang tinggal cukup membuktikan kehebatan tamadun yang pernah kita miliki.

 

Kami sayu meninggalkan kota Alhambra dengan harapan kehebatan yang kita miliki dahulu akan berulang buat kali kedua, Islam itu tinggi tiada yang lebih tinggi melainkannya.

 

 

 

clip_image00212

 

 

Kami mencari sedikit barang sebagai kenangan untuk dibawa pulang, selesai shopping kami mengisi perut dengan kebab, kawasan Granada tidak susah sangat untuk dapatkan makanan halal, ramai ikhwan kita yang bekerja disekitar kawasan tersebut, kebanyakan mereka dari Morocco dan Syiria.

 

Perjalanan diteruskan, kami akan menaiki bas ke Sevilla untuk melengkapkan dan mengakhiri Euro Trip kami kali ini, disana nanti kami akan menemui seseorang, siapakah dia? Apa hubungan kami dengan nya? Nantikan di episod yang akan datang, semoga kami mempunyai masa untuk terus mencoret disini inyAllah.

 

Wallahu Ta’ala A’lam

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s