Malukah Kita?

Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah sehingga kini kami masih lagi berpeluang mengikuti kelas tafsir juzu’ 30 oleh Al Fadhil Ustaz Abdul Qadir di Masjid Martil.

Aku cukup tertarik apabila ustaz menyebut mengenai MALU.

Kebanyakan manusia sekarang sudah mula terhakis sifat malu mereka, tidak lagi malu melanggar hukum Allah SWT apatah lagi sesama manusia.

Meletakkan Malu Pada Tempatnya

Sifat malu adalah sedia wujud dalam diri manusia, ada orang malu untuk melakukan kesalahan di hadapan kedua ibu bapanya, di belakang perangai macam syaitan, ada orang malu berperangai buruk di hadapan guru, sheikh ataupun ustaznya, tetapi sebaliknya bila di belakang guru beliau, jelas disini sifat malu bisa membataskan perbuatan buruk seseorang.

Cuma bila dan bagaimana menggunakan malu itu hendaklah diketahui kedudukannya.

Malu bertanya ketika tidak faham, satu kesilapan, tidak malu menunjukkan aurat juga satu kesalahan, oleh itu ORANG YANG BIJAK ialah meletakkan malu pada tempatnya, sesuatu yang tidak diletakkan pada tempatnya, itu adalah zalim.

 

Bagaimana malu kita dengan Allah SWT?

Orang yang bijak dan berfikir akan meletakkan malu kepada Allah SWT itu lebih utama, kerena mereka sedar Allah SWT pernah berpesan dengan firmanNya :

 

Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi.

 

Al A’laa : 7

Jika kita mampu malu untuk tidak berkelakuan buruk di hadapan kedua ibu bapa, ataupun di hadapan guru kita, kenapa tidak di hadapan Allah SWT? meletakkan malu kepada Allah SWT itu adalah lebih utama, kerana Allah SWT lebih mengetahui perbuatan kita dalam keadaan terang-terangan ataupun tersembunyi.

Setiap kali ingin mengumpat, malulah kita pada Allah SWT kerana Allah SWT maha mendengar, setiap kali melihat maksiat malulah kita pada Allah SWT kerana mata itu kepunyaan Allah SWT yang kita pinjam, malulah kita kepada Allah SWT dari membuka aurat, kerana setiap inci aurat yang dibuka tidak ada bezanya dengan tubuh yang tidak tertutup. Tidak malukah kita berbuat dosa sedang Allah SWT melihat kita?

Peringatan ini saya tujukan buat diri sendiri dan mereka yang masih lagi menyayangi sifat malu yang mereka miliki, kerana mereka yang tidak mahu menjaga malunya Rasulullah berpesan buat mereka…

Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu

 

Riwayat Bukhari

 

Wallahu Taala Alam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s