Bini Ramai

Bismillahirrahmaanirrahim

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap  perempuan yang yatim , maka kawinilah wanita-wanita  yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil , maka  seorang saja , atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

An Nisaa- 3

Ayat di atas adalah dalil disyariatkan boleh berkahwin lebih dari satu, samada dua, tiga ataupun empat.

Masalahnya…

Sejauh mana di kalangan masyarakat kita memahami ayat ini, adakah hanya dengan memahami yang Islam mebolehkan lelaki berkahwin lebih dari satu maka dengan sesukanya kita berkhawin lebih dari satu?, ataupun tidak memahami nya langsung, nak kahwin..kahwin…?

Imam Maraghi dalam tafsirnya menjelaskan ayat ini adalah dalil yang membolehkan lelaki berkahwin lebih dari satu, tetapi dengan syarat… ADIL.

Jelas beliau lagi jika seseorang lelaki betul-betul meyakini dirinya mampu berlaku adil dari sudut ‘luaran’ seperti tempat tinggal, pakaian, makan dan yang sama waktu dengannya, maka dibolehkan baginya, adapun yang berkaitan hati (kasih sayang@cinta) ianya tidak dipertanggungjawab keatas dirinya (tidak dikira berdosa jika tidak berlaku adil).

Tetapi jika perkahwinan lebih dari satu itu mendatangkan mudharat sepeti terabainya anak-anak, anak-anak membenci ayahnya, isteri cuba membunuh suaminya (ini ada dicatat dalam kes-kes yang pernah terjadi), maka cukuplah dengan yang satu.

Apa yang penting dalam perkahwinan yang melebihi dari satu ini ialah mengelak dari berlaku zalim, samada terhadap isteri pertama, anak-anak mahupun isteri kedua.

Ada juga kes bila sebuah rumah tangga bergolak si suami lari dan mencari orang ketiga, akhirnya berkahwin lebih dari satu, keadaan selepas itu bertambah teruk, disini si suami bukan cuba mengatasi masalah tetapi lari mencari ketenangan, jika seorang pun tidak mampu atasi apatah lagi dua..tiga..dan empat…

Jika anda lelaki sejati, mampu berlaku adil, mengelak berlaku zalim, dan keadaan bertambah buruk, silakan, dua..tiga..empat menanti anda, jika semua ini tidak mampu anda penuhi, simpan dan pendamkan hasrat itu, kerana ADIL itu akan ditanya dan dipertanggungjawab di akhirat kelak.

Di dalam tafsir ini lagi Imam Maraghi melahirkan rasa kebimbangan beliau mengenai suasana yang banyak mempengaruhi para wanita muslimah kita, lihat sahaja pada pakaian dan pergaulan mereka, seolah tiada batas lagi.

Disini Imam Maraghi mencadangkan orang lelaki berkahwin lebih dari satu, supaya dengan cara ini dapat membantu para muslimah kita daripada terus hanyut mengikut keadaan yang kian tidak terkawal kini, pun begitu bagi lelaki itu tetap terikat dengan syarat yang telah disebutkan tadi.

Sebenarnya banyak sebab yang membolehkan bagi lelaki itu berkahwin lebih dari satu, seperti tidak mempunyai anak,  mengelak dari berlaku zina dan yang sewaktu dengannya, tetapi ingatlah ADIL itu tidak lari dan tetap akan dipertanggung jawabkan kepada mereka yang berkahwin lebih dari satu ini, dan beriltizamlah dengan adil kerana dengan adil mampu mengelak dari seseorang itu berlaku zalim.

Nak kahwin ramai? Tepuk dada tanya diri…mampukah kita?

Wallahu Ta’ala A’lam

Rujukan : Tafsir Maraghi, surah An Nisaa, Juz 4.

2 thoughts on “Bini Ramai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s