Euro Trip (Cordoba)

 

imgp8551

Bismillahirrahmaanirrahim

Cuaca cukup cerah pada hari itu, perjalanan kami berjalan seperti yang didoakan, tiada masalah di imigrasen cuma sedikit kelambatan feri.

Perjalanan kali ini ke Granada dan ke Cordoba, saya tidak berhasrat untuk bercerita tentang Granada (saya sudah cerita di post yang lepas), kali ini saya ingin bawa anda ke Cordoba atau dalam bahasa arabnya القرطبة.

dsc03667

Cordoba sebuah bandar di dalam wilayah Andalus,kita sedia maklum Andalus banyak melahirkan imam-imam besar, antara Imam yang pernah dilahirkan di Cordoba ialah Imam al Qurtubi pemilik Tafsir Qurtubi, Ibnu Rushd seorang alim falsafah antara kitab yang dimiliki beliau ialah Bidayatul Mujatahid Wa Nihaayatul Muqtasid dan ramai lagi.

Dari awal lagi kami telah membooking hostel di Cordoba setelah check out hostel di Granada, semuanya diuruskan oleh pihak hostel di Granada untuk kami di Cordoba nanti, satu bentuk perkhidmatan yang bagus.

Kami tiba di Cordoba sebelah malam, kami terus menaiki bas no.3 menuju ke Jalan San Fernando, hostel yang dibooking tidak jauh dari situ, selesai urusan kendiri kami tidur supaya dapat bangun awal ke Mezquita Catedral.

Awal Pagi

imgp8497

5 minit perjalanan dari hostel ke masjid Cordoba, perkarangan masjid lengang, mungkin musim sejuk jadi tak ramai pelancong yang berkunjung.

Sebelum membeli tiket kami disapa oleh Pak Guard yang bertugas disitu “ Kamu muslim? “ “Ya” balas kami, “ tolong jangan solat di dalam, ini adalah gereja untuk penganut Kristian” katanya.

imgp8530

Teringat kisah Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah solat di  dalam masjid ini, Pak Guard yang menjalankan tugas ketika itu hanya terdiam kaku, kisah ini saya dengar dari beberapa orang, dan diperkuatkan lagi oleh beberapa orang yang lain.

Masjid itu cukup besar dan luas, kelihatan seni binanya seperti masjid nabawi di Madinah, lantainya licin, cahaya di dalam masjid malap, alangkah ramainya umat muslimin ketika itu jika dibayangkan dengan kebesaran masjid.

imgp8521

Ruang tengah diubah suai dengan binaan Kristian, tempat mereka solat dan tempat pengampunan dosa, semuanya cukup lengkap persis sebuah gereja.

dsc03777

Disitu juga ditempatkan sebuah mini muzium, kesan binaan masjid yang sudah roboh dan ukiran khat-khat dipertontonkan buat pengunjung disitu.

dsc03791

Di sebelah kanan masjid ada pintu khas antara masjid dan istana raja, berhampiran pintu itu juga ada satu tempat khas buat raja bersuluk ataupun membaca al Quran, semua penjelasan ini saya curi dengar dari pemandu pelancong yang memberi penerangan.

Sepanjang berada di dalam masjid, kami telah diekori oleh Pak Guard yang bertugas, mungkin risau kami akan solat disitu, alhamdulillah tiada masalah yang timbul.

Pulang

Kami berangkat ke stasyen bas sebelum jam 2 pm waktu tempatan, bas dari Cordoba ke Algeciras hanya dua kali, sekali pada waktu pagi dan jam 2.30 pm, jadi kami perlu tiba awal disana.

dsc03821

Ketika di dalam feri dari Algeciras ke Tanger saya mengceritakan perjalanan kami di Sepanyol kepada seorang pak cik arab, ketika beliau mendengar tentang masjid Cordoba dia bacakan satu hadith nabi, hadith mengenai penyakit Al Wahhan, Rasulullah SAW apabila ditanya oleh para sahabat apa itu al Wahhan? Kata Rasulullah “ Cintakan dunia dan takutkan mati”, hadith ini direkod  di dalam Sahih Imam Abu Daud oleh Al Baani, dan dinilai sahih, rujuk no hadith : 4297.

“ Bila hati manusia terpaut dengan kecintaan dunia, mereka akan gentar untuk menghadapi mati, secara automatiknya mereka akan meninggalkan jihad, semoga akan kembali zaman kegemilangan itu insyAllah “ “amin” itu  yang mampu saya ucapkan.

dsc03813

Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar, setinggi kesyukuran kepadaNya, saya syorkan kepada teman-teman yang mampu kesana, berjalan la kesana, hayatilah kegemilangan yang pernah kita ada, semoga ianya mampu memberi inspirasi dan kesan yang baik buat bekalan hidup kita insyAllah. 

Wallahu Ta’ala A’lam

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s