Kemuliaan Kaum Hawa

 

180507466_421630b5ce

Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada Allah SWT atas pemberian nikmat yang tidak terhingga banyaknya, selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan para sahabat sekaliannya.

P.T.B

Penjara Tanpa Bicara, tersebutlah kisah di sebuah negeri yang tidak diketahui namanya, terdapat seorang lelaki yang dipenjara tanpa bicara oleh pemerintahnya, hukuman penjara selama 40 tahun lamanya, kini umurnya telah mencapai 65 tahun.

Bayangkan dari usia mudanya sehingga mencapai 65 tahun, tiada yang mampu dia nikmati melainkan kegelapan penjara, kedinginan dindingnya dan seksaan pengawal-pengawal penjara, lelaki ini penuh dalam penderitaan.

Tersebutlah pada suatu hari, muncul seorang pemuda yang tidak dikenali telah datang dan memecahkan dinding penjara, membawanya lari keluar tanpa pengetahuan pengawal penjara, dengan strategi dan taktik yang dimiliki telah membantu lelaki tadi keluar jauh dari penderitaan tadi.

Apa agaknya yang dirasai oleh lelaki malang tadi? Ya! Sudah tentu dia berasa bersyukur dan terhutang budi sebesar-besarnya dengan pertolongan pemuda tadi, tiada yang mampu digambar dengan kata-kata demi menzahirkan kesyukuran beliau kepada pemuda tadi.

Disisa hidup lelaki tadi, dia tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan buat pemuda tadi, sebagai membalas jasanya yang tidak terhingga itu. Lelaki malang itu sempat berkahwin dan mengecapi kebahagiaan sehingga ke akhir usianya.

Dari cerita ini, lelaki malang tadi teramat bersyukur dengan kedatangan pemuda tersebut, pemuda itu membawa satu rahmat dalam hidupnya, membawanya keluar dari satu penderitaan kepada kehidupan yang bahagia.

Oh…Wanita!!!

dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan

al An’aam : 151 

Zaman sebelum kedatangan Islam masyarakat arab hidup dalam kejahilan, minum arak, menilik nasib, membunuh anak-anak mereka dan bermacam-macam lagi.

Kebanyakan anak-anak yang dibunuh adalah perempuan, anak perempuan dianggap membawa sial, seperti kemiskinan dan bala-bala yang lain.

Perempuan pada masa itu tidak membawa apa-apa nilai buat masyarakat jahiliah, mereka hanya diperlukan ketika perlu.

Perempuan hidup penuh penderitaan, kegelapan, kehinaan, tidak dihargai, kecuali sebilangan kecil golongan bangsawan.

Dalilnya mereka dibunuh bila dianggap membawa bala kemiskinan, sepertimana dalam ayat diatas.

Nikmat Paling Besar

Datangnya Islam membawa rahmat buat wanita, ayat di atas jelas melarang perbuatan membunuh anak-anak kerana takutkan bencana dan bala kemiskinan.

Wanita terselamat dan keluar dari belenggu kejahilan umat ketika itu, darjat mereka diangkat dan dimuliakan, satu surah khusus di dalam al Quran sempena nama mereka.

Wanita dimuliakan oleh Islam, wajib bagi mereka bersyukur dengan kedatangan Islam, tiada yang mampu dilakukan demi membalas nikmat Islam ini melainkan dengan taat segala suruhan dan larangan yang terkandung di dalamnya, percayalah walaupun dengan mentaati semua perintah dan larangan masih lagi tidak mampu membalas nikmat yang diberi, layakkah kita mengkufurinya sedangkan kita tidak mampu membayar nikmat yang diberi?

Wanita ibarat lelaki malang di dalam cerita tadi, pemuda yang datang menyelamatkannya itu pula ibarat Islam yang membawa rahmat dan kebahagiaan dalam hidupnya.

Wanita Kini

Berapa ramai dikalangan mereka menderhakai suami?

Berapa ramai dikalangan mereka yang mengikut nafsu?

Berapa ramai dikalangan mereka yang bersyukur?

Berapa ramai dikalangan mereka yang taat dengan perintah dan larangan?

Tidakkah mereka sedar umat terdahulu melalui segela kepayahan untuk keluar dari kegelapan jahiliyyah?

Kenapa kita tidak bersyukur atas jerih payah orang-orang terdahulu?

Tidak berasa bersalahkah kita kepada mereka dengan mengkhianati dan mengotori nikmat Islam ini?

Bayangkan jika di zaman ini wanita masih lagi seperti zaman jahiliyyah…adakah mereka akan dipandang mulia dan dihargai?

Butakah matahati sehingga kita tidak tahu beruntung?

Tahu Beruntung

Jadilah kita umat yang tahu beruntung, kita tidak melalui kesusahan demi mendapat kemuliaan, kita tidak perlu menumpahkan darah…kita hanya dituntut bersyukur dengan mentaati perintah dan laranganNya.

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat  kepadamu , dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari -Ku.

Al Baqarah : 152

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s