Lemahnya Roh Umat

Bismillahirrahmaanirrahim

 

Lemahnya roh Islam…umat Islam di seluruh dunia tidak kira benua mana pun ia, begitu lemah dan rapuh dimakan zaman yang penuh kerosakan ini, jika diamati umat ini melalui sejarah yang pahit setelah satu demi satu negara Islam dijajah, bukan sahaja umat ketika itu jauh dengan fahaman Islam sebenar (apabila unsur falsafah yang negetif menyerang mereka) malah terkesan dengan ideologi penjajah yang disebarkan oleh pendakwah mereka (orientalis dan paderi), umat ini penuh derita diperlakukan. 

 

Umat Islam tidak lagi mempunyai fahaman Islam seperti mana fahaman salafussoleh (sahabat,tabiin dan golongan yang mengikut jejak mereka), bahkan mereka(umat) di zaman ini mempunyai fahaman rekaan sendiri tehadap Islam (kesan ideologi rekaan manusia)

 

Asas

 

Umat ini lemah pada asas pegangan mereka, mereka jauh dari al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, mereka tidak memahami apa yang ada di dalam al Quran dan Sunnah, mereka telah diasuh tidak kira di peringkat keluarga, sekolah mahupun universiti dengan asuhan yang jauh untuk memahami Islam yang sebenar.

 

Iman

 

Iman sebagai asas menangkis semua unsur buruk yang datang, demi memperoleh iman yang mantap wajiblah kita mencarinya pada jalan yang betul, tinggikan azam, ikhlaskan niat keranaNya dan mengikut jalan yang diajar Rasulullah SAW, bagi kita akan dibuka pintu dariNya.

 

Allah berfirman : sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu ni’mat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu merubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri

 

Al Anfaal :53

 

Pada Allah segala-galanya ada, baik mahupun sebaliknya, kitalah yang menentukannya, untuk mencapai sesuatu itu hendaklah berusaha sehingga memperolehi apa yang ada di sisi Allah…begitu juga dengan iman…untuk memperolehinya kita harus berusaha dengan mentarbiyah ataupun mendidik hati.

 

Jika anak kecil diasuh dengan suasana keluarga yang baik, diajar lisan yang baik, dijauhkan mereka dari perkara kotor seperti cakapan yang buruk, menonton televisyen (rancangan yang memberi impak negetif), dan diajar mengenal Allah dan RasulNya, hasilnya anak kecil ini bersih dari sifat mazmumah dan kuat melawan unsur negetif, ia hasil tarbiyah bertahun-tahun kedua ibu bapanya.

 

Begitu juga hati….hati ini perlu ditarbiyah, bagaimana tarbiyahannya? Penuhilah hati ini dengan mengingati Allah, berbaik sangka, berbesar hati, bermurah hati, ikhlaskan hati, ajarlah hati ini membenci sesuatu yang buruk dan sukakan kebaikan, sederhana dengan dunia, hasilnya lahirlah hati yang suci maka wujudlah iman, dari hati akan lahirlah amal perbuatan, baik hati kita, baiklah amalannya, buruk hati kita, maka buruklah amalannya.

 

Itulah asas yang wajib ada pada umat ini, demi menempuh zaman yang penuh dengan serangan seperti hedonisme, dunia tanpa sempadan, budaya kuning dll, semuanya ini memerlukan kekuatan Iman agar dengan itu bisa menjadi benteng menangkis fawahish (keburukan), kemaksiatan, kerosokan moral dsb.

 

Tidak hairanlah jika ada dari kalangan umat ini yang mempelajari agama sehingga ke peringkat tertinggi tetapi buruk pemikirannya, malah turut bersama-sama dengan mereka yang menjual agama, ini kerana hati mereka tidak dididik dengan perkara baik bahkan diajar dengan keseronokan dunia, suka melihat maksiat, sukakan duit, dsb nya, tidak hairan jugalah jika ada dikalangan mereka ini menerima rasuah, kerana hati mereka dididik sukakan duit walaupun mempunyai akal yang cerdik.

 

Marilah semua pemuda-pemudi umat, umat ini tidak akan berubah tanpa kita mengubahnya, di saat ini kita islahkan hati kita, beramal dengan amal yang baik, kuat menolak kemaksiatan, semoga dengan itu budaya Islamiah akan kembali hidup, roh Islam tidak lagi tidur, begitulah Islam tersebar, bukan hanya sekadar seruan yang benar, juga dengan amal dan budaya Islamiah yang cantik dan mengagumkan umat lain.

 

Wallahu Ta’ala A’lam

 

Advertisements

2 thoughts on “Lemahnya Roh Umat

  1. Salam…best artikel ini.. thumbs up untuk bakal fuqaha Tetouani…

    Teruskan berjuang melalui bidng penulisan~

    regards,
    rajawalibiru

    • Salam Ust Fikri…insyallah perjuangan tetap komited di atas jalanNya…Ust Fikri juga hebat, sama-sama iltizam dalam perjuangan mendaulatkan Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s