Api Dan Petrol

Bismillahirrahmaanirrahim

Dulu masa sampai Morocco ni, aku tengok pakaian mereka ni ‘cara-cara’ juga, yang lelakinya yang perempuanya…fuhhh, masa tu baru sampai Morocco mata pun sibuk nak tengok suasana baru.

Dalam kepala aku pakaian ‘cara-cara’ macam ni boleh tengok di rabat sahaja, rupannya tak…di ceruk pekan Martil ni pun boleh jumpa, jadi aku buat konklusinya di mana-mana ada pekan di situ adalah pakaian ‘cara-cara’.

Seceruk pekan Moulay Bouslaham pun tak kalah dengan fesyen bajunya, mungkin dengan ini boleh mengukuhkan lagi konklusi aku tadi.

Itu sekadar muqaddimah, ianya ada kaitan dengan budak ‘api’, bila umur makin meningkat, jiwa pun berubah, macam budak kecil la…kita bagi dia tanah (geran tanah), bukannya dia suka, cuba bagi aiskrim, melompat-lompat nak lagi,jika diberi geran tu pada orang tua, menangis-nangis sukanya, jiwa berubah-ubah… begitu juga jiwa pemuda, sekarang dalam jiwa mereka ada api.

Pemuda akan terbakar bila disimbah petrol, banyak unsur-unsur petrol di sekeliling dia, dari terbakar pemuda ni harus menjauhi petrol, kena selalu berjaga-jaga dari terkena percikan petrol.

Pemuda yang biarkan dirinya memasuki petrol akan menjadikan dirinya terbakar, kalau petrol sikit mungkin terbakarnya tak lama, tapi bila petrol banyak…bukan sekadar susah nak padamkannya, malah melarat membakar benda lain, masa tu nak cari jalan keluar susah dah…

Aku rasa bagi jiwa pemuda yang normal, dalam usia-usia aku ni ada satu jenis petrol yang selalu kena jaga, kalau kalah, takut kalah tak dapat bangun balik…iman mahu kena kuat, mata selalu kena jaga, jalan keluarnya 1+1= 3/4/5 hahaha…faham tak fomula ni??? kalau tak mampu, sibukkan diri dengan benda yang berfaedah.

Allahhumma Tsabbit Qulubana ‘ala Tho’atik Wa Diinik

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s