Dimana Akhir Perjalanan Ini?

Bismillahirrahmaanirrahim

Sebuah perjuangan…dimana akhirnya (saya bercakap perjuangan mendaulatkan Islam). Ada orang berjuang nak menegakkan sebuah Daulah Islamiah, bila tercapai, berakhirkah perjuangan dia? contohnya ada orang berusaha sungguh-sungguh pikat perempuan sebab suka tengok kecantikan dia, bila dia dapat, dia suka, bila kecantikan tu hilang apa jadi agaknya? itu maknanya salah tujuan.

Itulah sebuah perjuangan, sebelum anda terjun ke medan perjuangan hendaklah tahu tujuan ataupun titik akhirnya, lepas tu menyusul jalan menuju kearah itu, dengan menuntut ilmu, mencari pengalaman, keluar mengundi atau apa sahaja yang bisa mencapai kearah target dan tujuan perjuangan.

Perjuangan mendaulatkan Islam ni luas skopnya, umur kita tak cukup, mungkin anak cucu cicit kita yang dapat merasai hasil perjuangan, untuk mendaulatkan Islam kita tak cukup tangan nak buat semua kerja, khususkan pada kemahiran dan kemampuan kita…kita tahu Islam itu syumul, semua sudut adalah Islam, Islam adalah kemajuan, majukan kemajuan dengan acuan Islam, Islam adalah politik, berpolitik dengan acuan Islam…apalagi di sudut rohani dan ibadahnya, jika kesemua sudut mencapai tahap CEMERLANG ketika itu ” Islam itu tinggi tiada yang lebih tinggi darinya “perfect maknanya tak ada kecacatan, semuanyakan cemerlang.

Masa tu siapa mampu lawan ekonomi Islam? ekonomi Islam menguasai dunia, siapa mampu lawan tentera Islam? tentera Islam paling kuat di dunia…maka tiadalah yang lebih tinggi daripada Islam pada masa itu. Itu target, itu azam, itu juga mungkin angan-angan buat mereka yang tidak punya keyakinan pada janji Allah.

Jalan menuju kearah itu jauh sekali….lihat sahaja dunia sekarang, siapa pegang ekonomi dunia? siapa paling maju? tentera mana paling kuat? siapa juga yang baik akhlak dan kuat pegangan agamanya? (kadang-kadang kita tengok orang kafir lebih baik akhlaknya, lebih teguh perinsip mereka) baca, faham dan kaji buku Apa Ertinya Saya Seorang Muslim?.

Ranjau ketika berjuang kita letak tepi dulu, perjuangan maknanya onak dan duri macam cili maknanya pedas makan jugakan, itu adat resamnya, jangan banyak bicara penat lelah, risau nanti terzahir niat di hati, orang pertikai ikhlas atau tidak? perjuangan entah kemana…merungut sahaja yang banyak.

Kadang-kadang masalah datang dari dalam, ada Islam Sekular, ada Islam Liberal dan macam-macam Islam yang direka mengikut acuan kepala otak ataupun nafsu sendiri…duri dalam daging ini harus diatasi, bertambah lagi kerja, kita bukan sahaja lawan musuh yang zahir malah musuh dalam selimut.

Golongan musuh dalam selimut (nama Islam tapi lawan Islam) banyak membuang masa kita mencapai cita-cita sebuah umat Islam yang berdaulat, mereka merencatkan cita-cita “Islam itu tinggi tiada yang lebih tinggi darinya”, jangan dilupa golongan ini lebih bahaya dari musuh yang zahir, mereka ni barah yang merosakkan dan mematikan kita.

Jangan pandai omong amalnya tiada (siapa tu?aku ke? wanauzubillah), kadang-kadang kita perlu omong yang berdegar-degar, buat tambah semangat, itu juga amal bukan?, mintak dijauh omong tanpa amal, perjuangan memerlukan kita.

Sejak kejatuhan khilafah bangkit ramai pejuang, seperti Al Afghani dan anak muridnya Mohd Abduh (ini antara contoh nama, banyak pejuang Islam di dunia ini) di kurun ke 18 masihi, berterusan ke kurun ke 19 hinggalah ke harini, perjuangan menegakkan kembali kedaulatan Islam masih lagi berterusan…ianya bukan kerja sehari dua, tapi berkurun-kurun.

Kenapa kita berjuang? lihatlah nasib umat…muliakah kita sekarang? umat ini hilang keizzahan mereka, bila Islam mereka tinggal atau mereka dijauhkan dari Islam.

Dimana titik nokhtahnya? jangan dihiraukan soal itu, perjuangan perlu diteruskan…buat mereka yang cakna dan sayang pada Islam, wajib berjuang di medannya demi mendaulatkan Islam, tidak kira siapa kita, atlet, artis, arkitek, peguam, pelajar, pengajar, apa bidang sekalipun tegakkan Islam di medan kamu, bukankah Islam itu syumul meliputi semua ceruk dan sudut kehidupan? sehingga kita mencapai sebaik-baik umat.

Nanti kita sambung penulisan ini, panjang-panjang orang bosan, tak pun merapu lari tajuk asal, orang pening tak faham, setakat ni faham-fahamkan ya.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s