Rom Dan Parsi Tumbang

113872396_0b71b21ad2

Bismillahirrahmaanirrahim

Mungkin penulisan kali ini berbau politik, itu tidak menghalang saya menyampaikan apa itu ‘kebenaran’…bukankah kita diajar sampaikan walaupun pahit, kerana itulah hakikat sebuah kebenaran yang harus ditelan.

Saya agak kehairanan dengan sebilangan suku kaum Melayu di Malaysia, suku kaum ini memperjuangkan hak orang Melayu, mereka melaung-laungkan slogan ini seolah-olah tiada yang selayaknya di bumi tercinta Malaysia, tidakkah mereka terfikir adakah benar apa yang diperjuangkan?

Untuk mengetahui benar atau tidak, timbangan nya adalah Ad Din, “kolotnya kamu ni…agama..agama..agama..” kedengaran suara bersuara, maafkan saya…sudah tentulah timbangan agama yang saya pilih kerana mereka ini semuanya beragama Islam, tiada kena mengena dengan yang tidak Islam.

Suka saya untuk kita kembali merujuk kepada sejarah, antara nasihat Hasan Al Bana dalam risalah ta’lim menyarankan kita supaya membaca sejarah (sirah nabawiah).

Zaman perkembangan Islam di Mekah dan Madinah, antara kuasa besar ketika itu adalah Rom dan Parsi, kedua-dua kuasa besar ini mungkin boleh diibaratkan Amerika dan Rusia di abad ini.

Tidakkah kita terfikir bagaimana kuasa besar ini akhirnya tumbang di tangan penguasa Islam? Mereka tumbang di atas risalah yang dibawa oleh Rusulullah SAW…risalah “la ila ha illa Allah “, inilah risalah yang membawa kejatuhan Rom dan Parsi.

Bagaimana risalah ini bisa menumbangkan mereka? Risalah ini amat difahami oleh golongan arab, risalah ini membawa maksud “penyembahan hamba kepada hamba” bertukar kepada “penyembahan hamba kepada Sang Pencipta”, ianya mengandungi maksud keadilan, kebenaran, kesamarataan oleh manusia kepada manusia di atas paksi risalah ini.

Risalah ini mudah diterima oleh masyarakat maharen, oleh kerana itulah tumbangnya Rom dan Parsi, rakyat mereka sedar risalah ini penyelamat dan mengeluarkan mereka dari kesusahan hidup di bawah pemerintahan yang zalim.

Risalah ini juga amat ditakuti oleh golongan pembesar dan mereka yang mempunyai kedudukan, mereka sedar risalah ini boleh mengugat periuk nasi, kedudukan, dan harta mereka. Mereka sebenarnya tidak menafikan kebenaran risalah ini…tetapi periuk nasi, kedudukan, kemuliaan telah mengatasi kebenaran risalah ini di jiwa mereka.

Hakikat manusia sukakan kekayaan, kemuliaan, sanjungan orang ramai… bila semua ini telah menguasai diri, sukar bagi mereka menerimanya…mereka menganggap dengan risalah ini tiada lagi pujian, sanjungan orang ramai dan harta yang banyak.

Jelaslah bagi kita jika risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW ketika itu ialah mendaulatkan kaum arab, Rom dan Parsi tidak akan tumbang, malah kaum arab mungkin diserang dan dilenyapkan dari muka bumi (istilah sekarang pembersihan etnik).

Inilah kecantikan dan keistimewaan Ad Din ini, risalah nya bukan dalam skop kecil membela kaum dan bangsa tertentu sahaja, tetapi menjaga kemuliaan, kepentingan, hak setiap individu tidak kira bangsa, warna kulit dan agama, ianya syumul (meliputi) semua aspek hidup.

Cukuplah dari terpekik membela kaum, tumpukan kepada kebajikan semua masyarakat yang memerlukan.

Wallahu Ta’ala A’lam

 

Advertisements

One thought on “Rom Dan Parsi Tumbang

  1. kembali kepada fitrah…. manusia yang hidup dibumi wajib ber Al-quran….. walau apapun fahamnya…. hukum Al-quran menjadi penentu segala kemasalahan….. AD-Din tiada paksaan…. yang utama mengesakan Allah….jgn lakukan kerosakan…. saya bersetuju dengan pendapat anda tentang perjuangan org melayu…. mereka terpalit dengan perjuangan nenek moyang mereka terdahulu….. jika kamu ada jalan… sila lah tunjukkan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s