Islam Is A Way Of Life

full-time-muslim

Bismillahirrahmaanirrahim

Tahukah anda maqasid (tujuan) al Quran diturunkan beransur-ansur? bagi yang mempelajari ulum al Quran, ada bab mengenai asbabul nuzul , ianya membincangkan sebab-sebab dan keadaan ketika diturunkan ayat, malah banyak kitab khusus yang membicarakan bab ini.

Saya bukan ingin membawa anda perbincangan bab ini, tetapi menjurus kepada “tujuan” al Quran itu diturunkan secara tadarruj (step by step).

Seperti maklum, wahyu (baca: al Quran) akan diturunkan apabila sesuatu berlaku, dengan itu Rasulullah SAW mempunyai panduan dalam menghadapi situasi , para sahabat pula mengambil pengajaran dan mengamalkannya.

Wahyu bukan sahaja datang sebagai wahyu, tetapi sesuatu yang perlu diamal…kerana wahyu adalah bertepatan dengan apa yang berlaku dalam hidup manusia, Islam meliputi semua sudut hidup, wahyu sebagai panduan dalam hidup, siasahnya, kekeluargaanya, ekonominya, pembangunannya, muamalatnya dan ibadahnya.

Para sahabat telah melalui satu madrasah rabbaniyyah, mereka mendapat didikan terus dari Allah SWT melalui pesuruhNya Rasullah SAW. Mereka adalah sebaik-baik kurun, mereka amat memahami apa itu Islam, sehingga mampu diterjemahkan kedalam kehidupan.

Allah SAW mampu untuk menurunkan sebuah al Quran terus kepada Rasulullah SAW, dan membiarkan para sahabat menelaah nya sendiri, tetapi itu bukanlah methodnya, Islam ini harus diterjemah di atas kertas kehidupan, Islam bukan hanya sebuah teori, Islam itu adalah kehidupan, Islam is a way of life.

Jadi ianya melalui satu method untuk memahaminya, maka diturunkan al Quran itu secara berperingkat, bukan sekadar memahaminya tetapi ianya mampu diterjemahkan dalam kehidupan.

Islam berbeza dengan fahaman, fikrah, ataupun ideologi yang lain…ianya bukan sekadar teori, tetapi sebuah kehidupan, ianya diterjemah tak kira masa dan dimana dalam setiap inci kehidupan.

Beza Islam dan yang lain ialah…Islam itu syumul, ideologi ataupun sistem selainnya hanyalah dalam skop dia, terbatas dan terhad di dalam sistemnya, malah banyak kekurangan.

Sukar juga untuk saya terjemahkan hasil pembacaan saya dari kitab Ma’alim Fi Thoriq dalam bentuk penulisan ini, setakat ini sama-sama kita fahamkan nya, Insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s