Sheikh Abu Khubza

 

dsc05590Daud, Sheikh dan Fouzi

Bismillahirrahmaanirrahim

Pertama sekali saya mohon kemaafan kepada semua pengunjung blog ini kerana membiarkan anda semua tertunggu kisah yang ingin saya ceritakan ini, saya sedikit sibuk terkejar kesana kemari untuk mendapat persetujuan tajuk dari ustaz, alhamdulillah semuanya selesai, sekarang hanya butuh masa untuk menulis.

Petang

Kami bertiga mulanya bercadang ke rumah ustaz Syarif (mushrif assignment tahun akhir kami), malangnya beliau tidak ada di rumah, Fouzi mencadangkan kami ke masjid Bario.

Apa yang best nya disana?

Selesai solat maghrib Fouzi sekali lagi mengajak kami, kali ini ke rumah Sheikh Abu Khubza, wah!…aku cukup teruja, tapi pada hemat aku, kami tak mudah untuk diterima.

Loceng ditekan, “ siapa? “ suara perempuan menjawab “ kami nak lawat sheikh” sambut Fouzi, “ sebentar” jawabnya, “ sheikh sakit tak dapat nak terima tetamu” kata perempuan tadi, benar sangkaan ku, “ saya bersama pelajar dari Malaysia” balas Fouzi, setelah beberapa seketika “ ok, silakan “, nampaknya sangkaan aku salah, astaghfirullah…teringat ayat 12 surah Al Hujuraat.

Kami berdebar-debar menunggu pintu dibuka, “satu kerja yang tergesa-gesa” monolog ku sendirian, masakan tidak, kami hanya datang berlenggang tanpa apa-apa buah tangan.

Pintu Di Buka

“ Assalamualaikum “ kami bertiga memberi salam “ waalaikummussalam, masuk..masuk.. “ jawab sheikh, jalannya perlahan bersama tongkat, beliau terlalu tua dan uzur.

Suasana sunyi seketika, “ arghh..sekali lagi, kerja gila, datang tanpa bersedia” monolog ku lagi “ kamu semua apa khabar? “ Sheikh memecah sepi dengan soalan nya, setelah berbalas labas suasana kembali sunyi.

Fikir ku, kami membuang masa sheikh hanya sekadar datang dan sunyi tanpa bicara, rasa marah pada Fouzi pun ada, dia orang Morocco tapi tak tahu main peranan, malu kalahkan perempuan.

Akhirnya salah seorang dari kami telah bertanyakan beberapa soalan, bila ada yang start banyak pula soalan-soalan susulan, soalan-soalan kami dijawab dengan penuh ilmiah dan ditambah dengan hadith-hadith sebegai penguat jawapan.

Lama juga sesi berdialog, dari raut wajah, sheikh kelihatan penat melayan soalan-soalan kami, ada ketika sheikh terbatuk-batuk, pun begitu beliau tidak lokek dan terus melayan, kami cepat tersedar, sebelum pulang kami meminta sedikit buah tangan dari sheikh.

“ Boleh kami bergambar dengan sheikh? “ tanya Fouzi.

“ Aku disini, ambil lah gambar “ jawab sheikh dengan nada seloka, kami sedikit tergelak, kami sedia maklum beliau merupakan seorang pejuang aliran salaf, sangkanya beliau tidak akan menerima, sekali lagi fikiran kami jauh meleset.

Apa yang membuat kami kagum apabila dia tidak mahu duduk di kerusi sedang kami berdiri, “ biar aku berdiri bersama kamu “ katanya. Beliau tidak mengizinkan dirinya diagung-agungkan seperti “mereka itu”.

“ Kami minta maaf sheikh datang dengan tangan kosong” kata kami, “ shuma…shuma..(aib, dalam bahasa darijah)” jawab sheikh sambil tangan mengisyarat di bahagian mata, “ aku bukan macam sufi datang kena bawa benda” sambil menggayakan tarian sufi, kami tergelak, kami mengambil peluang mengucup kepala sheikh (jangan salah anggap, mengucup kepala mereka yang lebih tua adalah adat orang Morocco).

Subhanallah, sepanjang bersama sheikh kami dapatkan rasakan kezuhudan beliau, amat ramah dan mesra, jelas tawadhu’nya, betul-betul terlahir kealiman beliau, teringat kata Ibnu Qayyim dalam kitab al Fawaid “tanda orang yang mendapat kebahagiaan dari Allah apabila bertambah ilmu mereka bertambahlah tawadhu’ nya”.

Sheikh Abu Khubza

Kelas Ijtihad…hari ini aku beruntung dapat dengar kisah Sheikh Abu Khubza dari mulut anak murid beliau merangkap ustaz kami di kuliah.

Kata ustaz…

Beliau merupakan muhaddiht dan faqeh abad ini.

Sheikh pernah bertemu Al Baani di Madinah dan berguru dengannya.

103184499l“ Kamu (orang-orang Morocco) mempunyai roti yang mengenyangkan “. Itulah kata pujian Al Baani kepada Sheikh Abu Khubza.

Siapa tidak kenal Al Baani? Banyak pertelingkahan ilmiah antara beliau dan muhaddith Maghribi, Ghumari, walaupun pendapatnya mendapat sambutan pro dan kontranya, beliau tetap dianggap muhaddith abad ini, betul-betul juhud mempertahankan sunnah.

Amat rugi jika seorang yang hebat seperti Al Baani memuji kealiman Abu Khubza tetapi masyarakat di sekelilinnya tidak pandai mengambil manfaat.

Sheikh sangat terkenal di timur (Mesir, Saudi dll), kebanyakan mereka di timur bercita-cita ingin belajar dan mendapat sanad hadith dari beliau.

Walaupun begitu amat mendukacitakan, kebanyakan orang Morocco tidak mengenali beliau, hatta di Tetouan sekalipun, jika ditanya “kamu kenal Abu Khubza? ” ada yang menjawab “tidak”.

Beliau pejuang aliran salaf, terlalu lama berkecimpung dalam kerja dakwah, beberapa kali dipenjarakan kerana kritikannya yang pedas, itulah sifat seorang alim berkata benar walaupun pahit.

Kata ustaz…” kamu ambillah manfaat dari pengajian bersama sheikh sebelum dia meninggalkan kita, kerana dia sudah terlalu tua… “.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s