Dari Kelantan Ke Terengganu

 

 

1_818545188l

Nik Aziz, Aku dan Nasaifuddin, ketika pulang bercuti di Malaysia

Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah setelah dua tahun di perantauan terdetik di hati ingin pulang bercuti di kampung halaman, tahun 2007 aku sempat beraya di Malaysia, lebih kurang tiga bulan aku habiskan cuti di sana dengan menolong abah di kedai  dan jalan-jalan.

Kelantan

Sepanjang tiga bulan di Malaysia, aku kerap ke Kelantan, samada teman abah mengambil bekalan ataupun atas urusan di sekolah (MADA).

Teringat pada satu masa, aku pulang ke Terengganu dengan menaiki bas, selama tujuh tahun belajar di Kelantan dulu, bas lah pilihan utama untuk pulang ke kampung halaman.

Mulanya aku berseorangan di kerusi, ketika bas berhenti di Besut naik seorang brader duduk di tepi aku, oleh kerana mata terlalu mengantuk, sikit pun aku tak hiraukan dia sehingga bas berhenti untuk kami berehat dan makan.

“ Ko belajar mana? “ dia menyapa, “ saya belajar kat Morocco” jawabku, “jauh tu…” jawabnya.

Malu pula rasanya, tadi sikit pun aku tak hirau dia.

 Belajar apa kat sana ? ’’ tanya nya lagi, ‘’ belajar agama’’ jawabku. “ ooo…orang belajar agama ni, saya tengok diorang tak nak masuk dengan budak-budak yang rosak” dia mula membuka topik.

“ kesian budak-budak ni, diorang bukan tak nak berubah, tapi tak ada bimbingan, orang agama pula tak nak mendekati diorang ni” tambahnya lagi.

Aku agak kaku ingin menjawab, ilmu terasa kurang, bukan ingin menyanggah, paling kurang aku mampu meredakan gelojok perspektifnya pada orang agama.

Aku yakin itu pendapat dalam suasana yang dia hadapi, tetapi perlu ingat, ramai lagi orang agama yang memberi bakti dan mengubah masyarakat, memberi fahaman agama yang betul dari terus di ganyang anasir-ansir jahat yang berleluasa di negara kita, jika bukan golongan agama yang memahamkan masyarakat tentang agama, siapa lagi?

Tapi sayang, berapa ramai orang yang belajar agama yang betul-betul faham tentang agama, setiap tahun banyak keluaran agama, berapa ramai di antara mereka yang mampu memberi manfaat?, yang mampu menjadi murabbi?

Jika belajar hanya sekadar nak lulus, membaca malas, jauh lagi mengkaji, lahirlah keluaran agama yang taqlid, tidak ada kelebihan, tidak ada nilai yang dapat dimanfaatkan, tidak mampu menjadi benteng kepada umat.

Dalam masyarakat yang disogok budaya hidonisme, globalisasi, pemikiran barat dan banyak lagi, apa yang mampu menyelamatkan mereka dari semua ini? Pegangan agama.

Umat ini lemah pegangan nya, lihat sahaja peratusan murtad, kes anak luar nikah, buang anak, zina, arak..bla..bla.. anak siapa mereka tu? Melayu dan beragama Islam tapi tak faham apa itu Islam.

Orang yang mampu memahamkan mereka sudah tentulah mereka yang mempunyai keahlian, kemampuan, dan berkecimpung di bidang agama, tapi sayang, seperti mana yang saya sebut tadi, golongan ini juga seolah-olah menghadapi dilema.

Pelajar agama harus sedar hakikat ini, ini jalan yang kita pilih, bersungguh-sungguhlah, masyarakat memerlukan kita dan jangan kita lupa, ilmu yang kita perolehi akan dipersoal oleh Allah kelak, apa yang kita buat dengannya. (rujuk hadith yang dikeluarkan oleh Imam Tarmizi, no : 2341).

Di akhir pertemuan kami…

“ Saya turun dulu.. jumpa lagi, assalamualaikum “ kataku sebelum turun dari bas, “ Insyallah, waalaikummussalam “ balasnya.

1001 macam aku fikir bila dengar katanya tadi, diriku perlu diislah, aku tidak mahu dari golongan ‘itu’.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s