Cepat Panas Cepat Sejuk

 

dsc04575

Bismillahirrahmaanirrahim

Bumi Morocco ini cukup indah untuk dikenang bila dah pulang ke Malaysia nanti, banyak benda dapat dipelajari disini, selain pembelajaran di kuliah seperti budaya mereka.

Pulang dari masjid petang tadi terdengarlah dek telinga ini perbualan pakcik-pakcik dengan dialek darijah mereka, apa yang dapat aku dengar mereka duk saling bermaaf-maafan, minta diampunkan dosa, di akhir kalam mereka jika diistilahkan dengan bahasa kita ialah 0-0.

Cukup senang hati ini melihat gelagat mereka, di usia senja begitu tiada apa lagi yang mampu diharapkan dari sebuah kehidupan dunia ini melainkan amalan-amalan yang akan dibawa ‘kesana nanti’.

Benar kata kawan-kawan disini, orang arab Morocco cepat reda marah mereka, pagi mereka bergaduh petang diorang dah boleh lepak sama-sama di kedai kopi menonton bola, budaya mereka cukup berbeza dan tersendiri.

Hayat aku di Malaysia banyak jumpa orang gaduh, bila dah gaduh tak mudah bagi mereka untuk bermaafan, jika bermaafan di hari raya pun hanya sekadar retorik, hati mereka penuh rasa benci dan amarah.

Tak bagus macam tu, hidup sempit, semua benda rasa tidak kena, insyallah sama-samalah ubah, aku tahu budaya setiap tempat tak sama malah banyak perbezaannya, tapi yang buruk buat apa nak diamalkan, kita amalkan yang baik-baik sahaja, barulah maju umat kita.

Sekadar coretan santai, mana tahu suatu hari nanti bila rasa terkenang bisa ku tatap kembali tulisan ini, pemukiman disini rasanya dah tak lama, kepada Allah segalanya ku panjatkan rasa syukur.

Wallahu Ta’ala A’lam

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s