Dimana Jalan Kita?

immigration_demonstration-739855

Inikah caranya?

Bismillahirrahmaanirrahim

Masih terngiang di minda ini ceramah yang disampaikan Tok Guru, dimana dalam ceramah beliau menyebut PAS adalah medium untuk Islam.

Tapi kini ianya seolah telah menyimpang dari tujuan, PAS bukan lagi medium menyebarkan dakwah, bukan lagi sumber pemahaman masyarakat kepada agama, kelihatan seolah sebuah parti politik semata.

Lihat dalam ceramah oleh sebilangan penceramah, mencela dan mencaci pihak lawan, kita tidak mahu budaya sepeti itu dipaparkan untuk tontonan masyarakat, imej yang satu masa dahulu lebih Islamik kini dikotori budaya golongan yang berfikiran kolot cuma kulitnya kelihatan cantik.

Perjuangan kita harus mengekalkan imej yang sesuai dengan nama perjuangan kita, bukan turut sama berubah dek arus pembawakan orang kebanyakan, memang benar masa dan keadaan memaksa kita melakukan tajdid dalam pembawakan, tetapi harus diingat maruah dan nilai yang kita ada tidak harus tergadai bersama.

Muhasabah kembali perjuangan ini, semurni mana tujuan dan sasaran kita, ianya tidak harus menjadikan semuanya halal dalam gerak kerja kita.

Saya bukan mengkritik kerana benci, saya lakukan kerana cinta dan sayang saya pada perjuangan ini.

Serulah  kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah  dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan  cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

An Nahl :125

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s