1000 Tahun

Bismillahirrahmaanirrahim

Sambil berjalan di alam maya, terlintas band-band yang pernah meniti dibibir oleh rakan-rakan di sekolah dulu, masa tu mungkin diistilahkan zaman ‘mencari identiti’ bak kata sahabatku.

Butterfingers

Band underground, cukup popular di kalangan mereka yang layan muzik grunge, apa yang boleh respek, diorang ni masih kekal dengan imej tersendiri dan tidak menggadaikan perjuangan muzik diorang demi ‘dunia’ macam O.*.G

Lagu-lagu yang dibawa kini lebih mempunyai isi dan falsafah sejajar dengan revolusi dunia, antaranya lagu 1000 Tahun ini lebih membawa kita berfikir suasana dan mentaliti masyarakat di negara ini yang masih ditakuk yang lama.

Sepertimana yang saya sebut tadi, walaupun isi kandungan lagu mereka berubah tetapi halatuju dan tujuan mereka jelas dalam skop perjuangan muzik mereka, jadilah mereka tetap teguh dan tidak hanyut.

Sepanjang saya mengenali muzik underground  mereka banyak mengkritik, tidak kira kerajaan yang korupsi, polis yang boneka, dan politikus yang retorik, meraka jadikan medium muzik tempat luahan, pada saya muzik underground bebas menyampaikan idea dan luahan perasaan berbanding genre muzik lain yang hanya menjaga kepentingan tertentu termasuklah nasyid kontemporari.

Contohnya lagu cinta, jika diteliti muzik mereka bebas dari membicarakan soal cintan-cintun mat Romeo dan Juliet, cuma bila istiqamah pada halatuju perjuangan diganggu-gugat soal ‘dunia’, bukan soal tujuan lagi bagi mereka ini, maka semuanya dihalalkan, walaupun ‘kulit’nya masih sama tetapi maruah dan nilai sudah digadai, ianya realiti, buktinya jelas pada band-band yang melonjak naik.

Maafkan saya kerana terlalu membicarakan soal muzik…tetapi jika anda seorang yang berfikir, apa yang saya bawa ini sebenarnya berlaku dalam kitaran hidup kita (bukan muzik sahaja), saya paparkan muzik sebagai satu analogi untuk kita berfikir.

Jika anda obses pada golongan yang layan muzik underground, mungkin saya akan disangka buruk, jelas saya katakan bukan hedonisme golongan ini yang saya seru, cuma falsafah perjuangan mereka membuat saya teruja, sama-sama fikirkan.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s