Kegelapan Eropah

2220531041_73a7822b4f2

Bismillahirrahmaanirrahim

Zaman kegelapan di eropah dulu cukup memberi kenangan yang pahit buat warganya  untuk dikenang sehingga kini, sejak kecelaruan pihak gereja dalam menafsir agama kristian dan perbezaan pendapat antara mereka yang telah mengakibatkan kejumudan dan kongkongan di sudut ilmu.

Bermulalah era kebangkitan disana, masyarakat nya tidak mampu tahan hidup di bawah kongkongan pihak gereja, malah yang lebih teruk apabila pihak gereja menentang golongan bijak pandai seperti saintis dan ahli fikir (ahli falsafah), mereka dibunuh, dibuang negeri dll.

Setelah kebangkitan itu berjaya, mereka memutuskan bahawa setiap yang melibatkan agama tidak ada kaitan dalam soal kehidupan, doktrin ini mereka berjaya semai kedalam pemikiran masyarakat, bagi mereka setiap yang melibatkan agama akan membawa kemunduran dan kejumudan.

Kebencian mereka pada agama cukup kuat, semuanya kerana sejarah gelap yang mereka lalui, kesalahan pihak gereja yang menggunakan agama sesuka hati dan menjumudkan keadaan, bayangkan jika penyalah gunaan agama ini berlaku pada umat Islam, alim ulama tidak melakukan pembaharuan dalam hukum, tidak menggalakkan ijtihad, banyak mengharamkan sesuatu sehingga umat ini sempit dalam kehidupan mereka?

Saya cukup kagum dengan usaha-usaha yang dilakukakan oleh Sheikh Al Qaradhawi, beliau banyak membantu umat ini dari sudut hukum kontemporari, malah usaha beliau banyak dimanfaatkan masyarakat Islam di eropah dan Amerika.

Insyallah di kesempatan yang ada saya akan membicarakan bezanya alam Islam dan eropah, kerana banyak dikalangan kita menganggap suasana yang dihadapi keduanya adalah sama, dan soalnya sama, sehingga apa yang ingin dicapai eropah cuba dicapai juga.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

4 thoughts on “Kegelapan Eropah

  1. salam…sy ingin bertanya…
    adakah aristotle,plato, n socrates hidup slepas zaman kgelapan ataupun sebelum itu???

    • salam….ketiga2 mereka tu hidup zaman sebelum nabi Muhammad lahir lagi, kalaulah diorang tu hidup pada zaman gelap eropah, eropah akan jadi cerah terang benderang ataupun mati dipenggal…diorang gelap sebab diorang jumud tak terima ilmu dan dikongkong pihak gereja yang seolah2 berkuasa…umat islam juga melalui zaman gelap dan terus gelap bila menolak ilmu.

  2. assalamualaikum, sy nak tanya, adakah zaman kegelapan eropah berkaitan dengan andalus? jika ya, zaman kegelapan berlaku sebelum atau selepas Islam tiba di andalus? dimana pulak letaknya zaman renaissance dalam proses ini?

    • Waalaikummussalam

      Kegelapan eropah bukan sebab Islam di Andalus, tetapi kerana pengamalan sistem feudal golongan pemerintah dan paderi mereka. Malah, eropah cerah sebab Islam di Andalus.

      Kegelapan di eropah berlaku lebih awal dari kedatangan Islam di Andalus.

      Zaman renaissance berlaku selepas Islam dah bertapak di Andalus, orang-orang eropah belajar disana, kemudian membawa balik ilmu tersebut ke eropah, maka berlakulah kebangkitan/renaissance di eropah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s