Rahsia Sang Juara

2243200658_14b96686f5

Bismillahirrahmaanirrahim

Pada suatu hari, ada dua orang lelaki amat meminati sukan lumba kereta, mereka berdua berkongsi idola yang sama, legenda Formula One, Mamat Sempoi.

Maka keduanya pergilah ke rumah Sang Leganda ini, mereka disambut dengan mesra sekali.

Berlakulah perbualan antara mereka :

Bob : Tuan Mamat…apakah rahsia kejayaan anda?

Mamat Sempoi : ermm…  (sambil tangannya bermain di dagu)

Marley : Amat berbesar hati jika Tuan Mamat dapat berkongsi rahsia kejayaan bersama kami, semoga ianya menjadi panduan buat kami berdua.

Mamat Sempoi : Baiklah…(bangun dari tempat duduknya menuju ke rak buku), inilah rahsia kejayaan saya selama ini (sambil menghulurkan senaskah buku).

Rahsia Sang Juara ‘ tajuk yang hebat.

Bob dan Marley cukup teruja membelek buku tersebut, ianya sebuah buku panduan mengenai enjin dan rahsia pemanduan buat Sang Juara.

Mamat Sempoi : Selagi mana kamu mentaati panduan-panduan di dalam buku ini, percayalah…untuk menggapai kejayaan seperti saya, adalah layak menjadi milik kamu.

Bob dan Marley pulang dengan setiap dari mereka membawa senaskah buku panduan tersebut, mereka berdua memasang azam yang tinggi untuk menjadi juara.

Setelah keduanya berkecimpung di dalam dunia perlumbaan, nama mereka tersohor seantero dunia, kejuaraan sentiasa menjadi milik mereka.

Mamat Sempoi amat bangga dengan keduanya, kejayaan mereka hasil dari buku panduan yang diberi.

Pada suatu hari, satu kemalangan yang amat dahsyat berlaku ketika perlumbaan berlangsung, kereta yang dipandu Bob meletup dan terbakar, Bob tidak dapat diselamatkan.

Setelah diselidik akhirnya ketahuilah bahawa, enjin kereta Bob diubahsuai dan tidak mengikut panduan-panduan yang ditulis di dalam buku Rahsia Sang Juara.

Mamat Sempoi : Bodoh dan amat sengal apa yang dibuat Bob…tidakkah jelas segala panduan yang telah aku tulis di dalam buku itu…adakah dia fikir dia seorang yang bijak?

Mamat Sempoi teramat kecewa dengan apa yang telah dilakukan Bob, segala yang diingini untuk menjadi juara sudah sedia terhidang, sedikit tersasar dari panduan yang diberi akhirnya membawa padah.

Selepas beberapa tahun berlalu, maka terpahatlah nama Marley sebagai lagenda pelumba kereta dan dikenang sepanjang zaman, dek ketaatan beliau kepada buku panduan yang diberi oleh Mamat Sempoi akhirnya membuahkan hasil yang lumayan.

Apakah yang membuatkan Bob ditimpa kecelakaan?

Tidak TAAT.

Mereka-reka @ memandai-mandai.

(Itu jawapan saya, anda pula bagaimana? Fikir-fikirkan)

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s