Kambing Yang Mulia

 

291685404_01e2123c5a

Bismillahirrahmaanirrahim

Saya nak bawa anda berfikir, dengan satu analogi ciptaan saya sendiri, baiklah wataknya ialah seekor kambing, dan seorang manusia.

Si Kambing ni tabiatnya macam biasalah, nak makan dia makan, nak tidur dia tidur, nak berak dengan slumbernya sambil berdiri dan melepaskannya di mana sahaja yang dia suka, bila tiba musim mengawan, dia main ‘panjat’ sahaja mana dia suka.

Si Manusia pula, macam biasalah, nak makan dia pun makan, lagi best tak kira apa jenis makanan, dia main tarah semua, nak tidur dia tidur, nak buang air kecil mana-mana sahaja dia suka, dinding rumah, dinding bangunan, dinding sekolah, dinding universiti dll, bila dia rasa nak ‘panjat’ dia ‘panjat’ sahaja mana dia suka.

Apa beza manusia dan kambing ni?

Bezanya pada nama, kambing nama nya kambing, manusia nama nya manusia, perangai dan akhlak? Manusia tiru perangai dan akhlak kambing, kenapa pula manusia yang tiru kambing? kambing la yang tiru perangai manusia, kalau ada orang cakap macam ni mungkin dia kurang cerdik, kambing mana ada akal nak berfikir, betul tak?.

So…kambing lagi hebat lah dari manusia, manusia kalah dengan kambing malunya. Manusia jenis macam ni dia kena tanya diri dia “ apa guna aku menjadi seorang manusia?”.

Itu cerita kambing dan manusia, saya nak bawa cerita muslim dan kafir pula, analogi dia sama sahaja cuma tempat kambing tu kita letak orang kafir, dan manusia tu kita letak orang muslim.

Si Kafir ni macam biasalah tabiat dia, bangun pagi dah tarah arak, pergi kerja sampai waktu lunch tarah babi pula, pakaian tak payah cerita lah, dedah sana dedah sini, malam dia rasa nak ‘panjat’ dia pun ‘panjat’, bila beribadat? Sendiri faham lah…

Si Muslim ni pula, bangun pagi dah tarah arak, pergi kerja sampai waktu lunch dia tarah babi juga, pakaian 2×5 dedah sana dedah sini, malam dia rasa ‘lapar’ dia pergi ‘panjat’, bila beribadat? Sendiri faham lah juga…

Apa beza Si Muslim dan Si Kafir ni? Ada bezanya…pada nama, perangai dan akhlak tak ada beza langsung, 2×5 5×2, siapa tiru siapa? Muslim tiru kafir lah, sebab Islam ajaran nya bukan begitu, tapi kafir (atheis, sekular, liberal) ajaran nya begitu, siapa menang?siapa kalah? Semua tahukan.

Muslim jenis ini dia kena tanya diri dia “ Apa erti saya menganut agama Islam?”

Sama-sama kita muhasabah diri, lihat umat Islam seluruh dunia, mereka semua hilang kemuliaan, berapa ramai yang tunduk pada kuasa besar dunia sekarang, sebab mereka lemah dan tak mulia, mereka ikut kafir bukan ikut Islam, jadi mereka ni boleh dibuat macam kambing atau lembu, cucuk hidung bawa kemana sahaja.

Kita nak terus jadi macam ni? Kembalilah semua kepada Islam.

Wallahu Ta’ala A’lam

(Olahan dari usrah kami tanggal 22/5/2009 di Tetouan)

Advertisements

3 thoughts on “Kambing Yang Mulia

  1. Ayat ustad azhar, “cina tokey keda beskal bagi makang ke anak, cine keda beskal bawak anak gi skoloh..cuma cina kedai beskal dok bawak agama jer ke anak dia..”

    “kalau orang Islam pandai bagi makan n bawak gi skoloh jer ke anak dia, same seri ngan cina kedai beskal je la..takdop beza..agama dok bagi..”

  2. Penyelesaian nya si ayah ni kena belajar agama, pastu ajar anak pula…kalau tak belajar macam mana nak tahu kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s