Orang Asli

 

1561508972_e37f83d5c0

Bismillahirrahmaanirrahim

Kehidupan orang asli, apa yang dapat kita bayangkan? Mungkin tak banyak yang dapat kita katakan jika kita tidak pernah hidup bersama mereka.

Saya juga tidak pernah hidup bersama mereka, sekadar sedikit maklumat tentang mereka adalah.

Seperti yang sedia maklum, perkembangan ilmu orang asli tidaklah seberapa untuk membezakan kebenaran dan kesalahan, sehingga ada sebahagian golongan yang mempunyai kepentingan tentu memanipulasikan mereka demi menjayakan matlamat.

Sebagai contoh, bila pilihanraya hampir tiba, polititkus-politikus akan masuk ke kawasan pedalaman untuk meraih undi dari mereka, orang asli tidak faham bila anda bicara soal ketuanan bangsa, PPSIM, kemerosotan ekonomi dll, bagi mereka cukuplah anda datang dengan membawa atap, gula, tivi, hadiahkan motorsikal dan sesuatu yang dapat membantu kehidupan harian mereka.

Dengan cara ini, peratusan mendapat undi dari mereka adalah besar, makin banyak ‘gula-gula’ ditabur, makin mudah anda mendapat sokongan mereka.

Kenapa dengan mudah mereka diperlakukan begitu? Cukup dengan sedikit kesenangan dan kemewahan sudah mampu membeli undi mereka, walhal pelaburan yang dikeluarkan golongan politikus itu tidaklah seberapa berbanding keuntungan berlipat ganda yang akan mereka perolehi.

Ini kerana orang asli tidak mempunyai maklumat, pencerahan ilmu, malah masih ramai dari mereka yang tidak mampu membaca, bagaiman isu negara mampu menarik minat mereka, lebih malang jika maklumat disekat dari sampai kepada mereka.

Bayangkan jika seluruh negara masyarakatnya mempunyai pemikiran seperti orang asli ini, siapa yang mampu memberi kesenangan kepada mereka, mereka itulah yang akan dituruti ataupun diundi, bangkit lah pejuang keadilan, pejuang Islam, pejuang alam sekitar, malah pejuang apa sekalipun, mereka tidak mampu menang jika minda masyarakat masih lagi seperti ini.

Saya utarakan perkara ini kerana saya hidup dalam linkungan masyarakat yang mementingkan tembolok mereka, sedangkan mereka sebenarnya diperbodohkan oleh mereka yang berkuasa.

Ini semua kerana jauhnya mereka dari ilmu, minda mereka dijajah dengan pemikiran materialisme lebih besar dari ilmu, natijahnya masyarakat ini rela melakukan apa sahaja ataupun diperlakukan apa sahaja demi kesenangan dan kemewahan tembolok sendiri.

Perkara ini diluahkan kepada saya oleh seorang sahabat di kuliah mengenai masyarakat disini, mereka tidak akan mengundi golongan yang tidak mampu memberi material, malah diketawa (dihina) sesiapa yang menyeru kepada Islam.

Memang saya tidak nafikan negara ini pemerintahannya lebih menampakkan kedikdatoran dan keliberaliannya, mereka banyak ditaburkan dengan keseronokan sehingga masyarakatnya lalai dari melihat kebenaran, layaklah mereka ini hidup dalam kehinaan dek jauh dari agama.

Kita di Malaysia dalam diam kian merangkak kearah itu, jika masyarakat kita tidak celik ilmu, para cendekiawan kabur melihat kebenaran, tunggulah saat kita seperti mereka, bisa dicucuk hidung seperti lembu bahkan lebih teruk.

Mahukah begitu? Tepuk dada tanya diri. 

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Orang Asli

    • tanggungjawab yang macam mana ek? apa tidak benar negara ini mengamalkan diktatorship? mungkin tidak sepenuhnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s