SMUDA @ MADA

 

106282240925l

Bismillahirrahmaanirrahim

Saya mula menuntut ilmu di Pulau Melaka sejak tahun 1999, masa tu nama sekolah SMUDA (Sekolah Menengah Agama (Arab) Darul Anuar).

Tahun 1999 seingat saya bermula transformasi bagi SMUDA, semua pelajar mula tinggal di asrama, sebahagian kecil di rumah sewa, manakan tidak, khabar yang saya terima dari abang-abang senior bahawa tahun 1998 sebahagian pelajar masih lagi tinggal di pondok.

Hampir tujuh tahun saya di Pulau Melaka banyak kenangan pahit manis disana, masa tu saya rasa saya budak lagi, saya lebih rasa seronok berbanding pahit disana, dalam tempoh itu juga saya sempat duduk di bawah tiga mudir, Ust Mat Zain, Ust Nik Abduh, dan Ust Nik Omar.

1_649364275lPerubahan paling ketara di bawah pimpinan Ust Nik Omar, kejayaan demi kejayaan kami kecapi, perubahan dari sudut fasilitis amat memberangsangkan, di bawah kepimpinan beliaulah berubahnya nama sekolah dari SMUDA kepada MADA (Maahad Darul Anuar).

Itu sedikit coretan revolusi sekolah Darul Anuar, sehingga saat saya menulis entri ini baru saya sedar betapa susahnya jerih payah pahit maung jatuh bangun SAR (Sekolah Agama Rakyat)  khususnya di negeri Kelantan.

Bantuan SAR disekat dari kerajaan pusat, gaji guru-guru ada yang tetangguh, faisilitis jangan dibandingkan dengan sekolah-sekolah di negeri lain, kadang-kadang kami memberontak tuntut keselesaan dari pihak sekolah kerana kami membayar yuran asrama, hakikatnya kami budak kecil yang tidak tahu apa-apa.

Di saat ini juga, barulah saya faham kenapa Ust Nik Abduh cakap “ bila berlaku masalah antara guru dan pelajar, guru tetap betul “, kata-kata ini saya ingat sampai sekarang, masa tu Ust Nik Abduh marahkan kami di dataran asrama.

Kami di asrama memang rasa kesusahan ketika itu, kolah mandi ada satu, kalau anda bangun selepas subuh maknanya anda akan ke sekolah dengan mandi-mandi ayam ataupun tak mandi, tak pun mandi di kolah masjid, seingat saya tak ada orang buat sebab kolah masjid depan asrama zink (asrama perempuan).

Paip air ada satu, tu pun di kolah, air mengalir besar jari telunjuk, pelajar di asrama lebih dari seratus orang, rasa macam tak masuk akal kan? Tapi itulah pengalaman yang kami lalui.

Bila petang lepas main bola, berebut la nak mandi, yang tak mandi pun ada, sebelum naik masjid sapu bedak kasi wangi, tapi kami ada inisiatif lain…kami mandi air telaga, tu pun kena masuk hutan sikit, telaga tu kami namakan ‘Telaga Tok Guru’ sebab duduk dalam kebun Tok Guru.

Pada saat ini baru saya sedar kenapa susahnya kami ketika itu, kenapa terseksanya ustaz-ustazah mengajar kami, semuanya kerana kami memilih untuk belajar di SAR, oleh itu hak kami dinafikan oleh pihak kerajaan pusat, seperti yang saya sebut tadi, gaji guru disekat, bil elektrik, bil air, bil telefon yang tertunggak, keperluan sekolah tak memadai, apa nasib masa depan SAR? Dibuka? Ditutup? Itulah mehnah trabulasi yang kami hadapi.

Golongan yang bencikan Islam berasa mereka menang dengan ‘memboikot’ ataupun ‘menganak tirikan’ kami, tapi itu semua tidak mematahkan semangat mereka yang betul-betul ikhlas memperjuangkan Islam, bagi saya ustaz-ustazah adalah pejuang Islam yang mulia, mereka terus sabar walaupun ditimpa mehnah sedemikian rupa.

Sirah Rasulullah S.A.W mencatatkan bagaimana mereka diboikot oleh kaum Quraish ketika itu, berkat kesabaran dan iltizam mereka pada Islam, akhirnya Islam sampai ke tangan kita sehingga kini.

Hingga kini saya tidak redha dengan apa yang dibuat ‘puak’ itu kepada kami. 

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s