Besan Susilo Dipenjara

lu_01.1JAKARTA 17 Jun – Mahkamah antirasuah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang besan kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono kerana terlibat dengan rasuah, satu keputusan yang mungkin boleh membantu pemilihan semula Susilo dengan komitmen yang ditunjukkannya dalam membanteras jenayah seumpama itu.

Kes terhadap bekas pegawai Bank Pusat, Aulia Pohan itu dilihat sebagai satu ujian penting kepada usaha Indonesia untuk membanteras gejala rasuah, terutamanya yang melibatkan individu berkuasa atau berpengaruh.

Aulia, yang anak perempuannya berkahwin dengan anak sulung Susilo, merupakan seorang daripada empat pegawai Bank Pusat yang terlibat dalam skandal yang menyebabkan negara itu kerugian 100 bilion rupiah (RM34.4 juta).

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun setengah kerana penglibatannya dalam meluluskan pembayaran tidak sah kepada anggota-anggota Parlimen – lebih daripada empat tahun yang dicadangkan pihak pendakwaan.

”Sudah tentu penahanan Aulia diikuti pendakwaan serta hukuman yang dijalaninya akan meningkatkan reputasi Presiden dalam memerangi rasuah dan penguatkuasaan undang-undang,” kata seorang ahli akademik, Arbi Sanit dari Universiti Indonesia.

”Beliau (Susilo) tidak cuba menyalah gunakan kuasa untuk mempertahankan saudara-maranya, malah menggesa proses undang-undang itu diteruskan,”

Indonesia sering dikategorikan sebagai sebuah negara paling banyak mengamalkan rasuah di dunia, namun dilihat sedang giat mengatasi masalah tersebut.

Rasuah berleluasa menghalang para pelabur menyuntik berbilion dolar bagi pembangunan sumber minyak, gas dan mineral atau dalam menambah baik kemudahan yang kurang berkualiti.

Akibatnya, pertumbuhan Indonesia jauh ketinggalan berbanding China dan India. – Reuters

Komen : Kalau di negera kita, suku-sakat ada peluang nak lepas diri, tak payah la bicara soal good governece, retorik je semua tu…hatta negara haram Israel pun lebih bagus dalam soal ni, malu la sikit.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s