Plastik

DSC02523

Bismillahirrahmaanirrahim

Tengahari itu amat panas bagi kami di kota Paris, bekalan air 2 liter empat botol seorang sudah habis kami togokkan, keindahan kota Paris ketika itu tidak mengiurkan kami lagi, di benak kami hanyalah Auchan ataupun supermaket yang lain.

Akhirnya kami menemui Auchan yang agak tersorot kedudukannya di balik bangunan-bangunan kota Paris, biskut dan air menjadi sasaran kami, makanan yang mempunyai unsur daging kami amat menjauhinya.

Selesai pembayaran aku agak kehairanan kerana kami tidak diberi plastik, tanpa banyak berfikir aku terus meluru keluar dengan makanan-makanan itu tadi ditangan ku.

Blurpp….alhamdulillah, hilang dahaga dan terisi perut kami ditengahari itu…setelah beberapa ketika aku mula terfikir kembali mengenai plastik, kenapa pasaraya tidak menyediakan plastik kecuali dengan bayaran jika anda memerlukan nya.

Ianya terjewab setelah aku teringat mengenai Greenpeace, G8, Pemanasan Global dll, perjuangan mereka yang sedar akan peri pentingnya menjaga alam sekitar.

Oleh kerana aku bukan jurusan sains, maka aku tidak tahu bahan apa yang terkandung dalam plastik ni, cuma dari pembacaan yang pernah aku baca, bahan tersebut bisa menipiskan ozon, jika penggunaan plastik berleluasa dan permintaannya tinggi maka penggunaan bahan tersebut juga akan tinggi, kesan nya…proses penipisan ozon menjadi lebih cepat.

Kebanyakan warga eropah sedar akan masalah ini, kebanyakan mereka jugalah yang memperjuangkan isu-isu seperti ini, bukan aku memandang mereka itu dengan perasaan kagum dan hebat, cuma sedih kesedaran seperti ini amat sedikit di negara-negara orang Islam, kenapa? kurang ilmu? tepuk dada tanya diri.

Islam mengajar kita untuk berlaku adil kepada semua, manusia, binatang, dan juga alam sekitar, seorang muslim lebih awla memahami perkara ini. Sayangilah Bumi kita dari pencemaran.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s