Saya Bersama Anwar Ibrahim

Bismillahirrahmaanirrahim

anwar_ibrahim_140x140Saya agak terkesema apabila bertemu beliau bersama keluarganya di Ceuta, mereka semua ketika itu dalam perjalanan ke Spanyol.

Feri yang akan beliau naiki belum tiba, saya dan juga beberapa kawan mengambil kesempatan bertanya soal politik negara dan pegerakan jemaah-jemaah yang ada di Malaysia, kami cukup kagum dengan jawapan-jawapan yang diberikan.

Pertanyaan yang kami ajukan penuh berhati-hati dan sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang ketua pembangkang di Parlimen, kerana kami sedar dan tahu siapakah beliau, dan kedudukan nya.

Tapi semua itu dalam mimpi saya malam tadi hehehehe…..(jangan marah).

Apa yang ingin saya tonjolkan adalah sikap kita apabila berhadapan dengan orang, kita menghormatinya dan menjaga adab apabila berhadapan dengan orang yang kita hormati dan kita kenali kedudukan nya.

Tapi…adab dan sikap kita kepada Allah jauh sekali seperti adab kita kepada manusia yang kita hormati, sedangkan kepadaNya itulah yang lebih awla, kenapa ek?

Sebab kita tak kenal Allah dengan sebenarnya, iman kita kecil dan lemah untuk beradab dan menghormatiNya, tak rasa bersalahkah kita dengan sikap seperti ini?

Soalan itu pertama sekali saya tujukan pada diri saya sendiri, dan orang yang nak amik cakna mengenainya, sama-sama tingkatkan iman di cuti musim panas ini.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s