I’m Muslim Liberal Moderat

Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah, inilah sebaik-baik ungkapan yang harus ku ucapkan setelah selesai segala urusan di Tetouan, mungkin aku akan kembali ke Tetouan lagi mahupun tidak.

Terima kasih buat dua orang adik baru yang sudi melawat kami di Tetouan, apakan daya tak dapat nak bawa korang jalan-jalan, ktorang nak kembali ke markaz korang baru sampai pula, lain kali insyallah.

Semalam tengah menunggu bas, kami disapa oleh seorang minah arab dan seorang lelaki Jerman, si laki ni bisa ngomong Indonesia dengan baik, katanya udah dua tahun bekerja di Acheh, Islamic Finance.

Si Minah ni orang Morocco, katanya lahir di Jerman, keluarga semua berada di Jerman, kembali ke Morocco hanya bercuti bersama cowok.

Kami mengenalkan diri sebagai pelajar agama.

” Kamu balik nanti jadi apa? Ustaz eh? ” Tanya minah ni.

” Sikit lebih kurang la…tapi kami nak belajar lagi” jawab kami.

” Are you muslim? ” tanya member aku ni kepada minah tu.

” Yup! i’m muslim liberal moderat…saya tak suka Islam yang… ini haram, itu haram, itu tak boleh, ini tak boleh ” jawabnya dengan bangga.

Kami bertiga tergamam dan cuba mencover muka yang tergamam ini dari diperasani.

” Saya pernah lawat Malaysia…sebuah negara Islam moderat dan menjadi contoh kepada negara lain, saya nak ajak ayah saya lawat Malaysia” tambahnya lagi.

Kesian kami tengok keadaannya, Islam pada nama, tak kenal apa itu Islam, dari perbualan kami, dia tak pernah baca al Quran.

Salah siapa agaknya?

Ibu bapa dia? mungkin juga.

Negara Morocco ni kot? mungkin juga.

Diri dia sendiri? mungkin juga.

Kami pun berbincang la sikit lepas diorang pergi, apa sebab jadi camtu, dan penyelesaian yang boleh dia buat. Untuk makluman, orang Morocco adalah yang paling ramai berhijrah ke Eropah, dan sebahagian ulama kita sudah ramai yang membincangkan hukum hijrah ke negara kafir.

Apa pun saya doakan dia diberi hidayah dan tika mana pintu hatinya diketuk dengan hidayah, dia tidak mengsia-siakan nya, peluang tidak selalu datang berulang kali.Amenn.

Wallahu Ta’ala A’lam


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s