Suami Isteri (Jadikan suami mu bahagia bila melihat mu)

3122502979_38fde62c89

Bismillahirrahmaanirrahim

Jadikan suami mu bahagia bila melihat mu, kita maklum sebuah perkahwinan yang bahagia ialah apabila suami melihat isterinya berasa tenang dan bahagia, begitu jugalah sebaliknya.

Penulis berpesan disini, aspek paling penting ingin menjadikan hubungan itu bahagia dan tenang adalah penampilan diri yang baik.

Jika kita membuat perbandingan penampilan sebelum perkahwinan dan selepas berkahwin dan mempunyai anak cukup berbeza, sebelum berkahwin penampilan cukup anggun dan menarik hati, selepas berkahwin aspek ini mula tidak dijaga.

Kita juga boleh mendapati sebahagian isteri-isteri ini apabila di rumah, baju yang dipakai cukup tidak menyelerakan, baju itulah yang dipakai untuk memasak, baju itu juga yang dipakai untuk melayan suami.

Penampilan yang baik malah yang terbaik di hadapan suami adalah antara hak suami, dan jangan terkilan dan kecewa jika suami mula mencari lain dek kerana kita yang tidak pandai mengambil hati suami.

Kerana inilah orang arab selalu memberi nasihat kepada anak perempuan mereka supaya sentiasa berhias di hadapan suami mereka, sebagai contoh nasihat Umamah Binti Al Harith kepada anak perempuannya, ” jagalah dua tempat dari bahagian suami mu, iaitu mata dan hidung, jangan biarkan matanya melihat kepada mu dalam keadaan buruk, dan jangan biarkan hidungnya menghidu bau yang tidak enak dari dirimu “.

Ada dari kalangan isteri ini memberi alasan, saya tidak sempat untuk itu semua, saya sibuk dengan urusan saya di rumah dan menjaga anak-anak…

Buat para isteri, anda tidak perlu untuk mengambil masa dan melakukan sesuatu yang meletihkan untuk berhias, cukuplah mengambil berat waktu suami mu pulang, terus mandi dan tukar pakaian dari pakaian harian mu dirumah dengan pakaian yang agak cantik, kemudian kenakan sedikit minyak wangi.

Dengan penampilan yang cantik dan bersih sudah cukup untuk membuatkan suami mu tertarik dan tenang bila melihat dirimu setelah dia kepenatan pulang dari seharian bekerja, dengan ini semoga perasaan cinta dan kasih sayang itu diperbaharui dan mekar sentiasa, insyallah.

Teringat seorang senior pernah mengajukan soalan, antara isteri pertama dan isteri kedua, mana yang lebih mengambil berat tentang anak-anak? Jawapan nya isteri pertama, sebabnya bila suami dah cari yang kedua, isteri pertama ini tiada lagi yang lebih penting selepas suami nya melainkan anak-anak, dan isteri kedua pula biasanya akan sentiasa berhias supaya selalu memikat hati suaminya.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s